Khamis, 21 Oktober 2010

Sebab Anwar Kerap Ke Indonesia

Anda semua perasan tak kenapa sejak dua menjak ni Anwar selalu ke Indonesia? Sebab lain kita semua dah tahu iaitu nak hadiri Festival Filem Gay dan sebab keduanya ialah nak semarakkan kebencian di kalangan rakyat Indonesia kepada Kerajaan Malaysia. Tapi saya tengok kebanyakan rakyat Indonesia buat derk aje. Yang keluar berdemo pun kurang daripada 0.01% saja dari jumlah penduduk.

Tapi kan sekiranya hanya itulah saja tujuannya kenapa dia harus mencemuh media di Malaysia dan memuji diri sendiri kan.. Lagipun kalau dia kata dia bagus pun rakyat Indonesia boleh buat apa? Bukannya mereka boleh datang mengundi kat sinipun.. Lain lah kalau Anwar nak lantik mereka sebagai pengundi hantu yang sah taraf.. Macamana pulak pengundi hantu boleh jadi sah pulak, pening-pening.. Tapi kan pening-pening ni la yang Anwar suka, tambah lagi kalau yang pening tu ialah hakim yang mengendalikan kes dia liwat Saiful tu..

Masih ingat kah kita semua pada dua tiga tahun yang sudah? Alah masa Tun Dr. Mahathir dipinggirkan dan diperlekehkan oleh bekas Perdana Menteri kita yang paling bagus tu.. Bukan ke masa tu terdapat rakyat di beberapa negara membangun terutama sekali negara Islam di Timur Tengah telah menyuarakan kesanggupan mereka untuk menerima Tun sebagai pemimpin mereka sekiranya rakyat Malaysia sudah tak suka?.. Tawaran macam tu lah sebenarnya yang Anwar nak dengar.

Kepada rakyat Indonesia apa tunggu lagi cakap la kat Anwar tu yang anda semua inginkan dia jadi pemimpin Indonesai saya rasa berdesup dia datang. Bukan senang nak dapat pemimpin bagus macam tu sebagaimana susahnya kami nak dapat pemimpin bagus yang dulu tu.

FIKIR-FIKIRKAN..

JANGAN MARAH..

Selasa, 19 Oktober 2010

Kenapa Yahudi Bijak?

Oleh : Dr. Stephen Carr Leon


Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon



Nota:

Rencana ini saya terima dari email seorg sahabat.

Ini lebih kurang satu analisa ringkas mengenai tabiat yahudi yg menyumbang kpd kebijaksanaan generasi muda mereka....

Nampaknya apa yg mereka amalkan banyak bersamaan dgn saranan Nabi kita SAW.

Contoh termudah anak melayu yg genius Adi Putra ...mak dia hari2 baca surah maryam dan surah apa lg satu lupa..klu x silap surah yusuf juga masa mengandungkan dia.

Pengajaran dari diatas utk kaum muslimin. Klu boleh rajin2lah amalkan langkah2 berikut:

1) Sekurang2nya perdengarkan utk anak2 bacaan quran atau ayat2 ruqyah tiap2 hari

2) Bacakan buku2 kisah nabi dan kitab2 hadis2 ..setiap hari walau sedikit

3) Byk makan ikan, minyak ikan (btk pil pun ada), kekacang (kacang badam??), elakkan kepala ikan, kurangkan daging dan ayam

4) Makan buah2 dulu sebelum makan nasi

5) Belikan buku2 matematik mudah....campur tolak utk anak yg tgh membesar

6) Elakkan tengok TV bersama anak...atau kurangkan, spent masa lebih utk bacakan buku atau buat matematik sama2

7) Makan buah kurma dan kismis sentiasa

8) Utk baby buat susu pastikan campur air zam-zam, campurkan juga air2 bacaan ruqyah selalu (penting kesihatan zahir&batin)

Mudah2an generasi Islam yg akan dtg generasi yg genius selain terlindung dari gangguan jin dan syaitan ...InsyaAllah

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Hasbunallahu wa ni`mal Wakil'' [Allah (Alone) is Sufficient for us, and He is the Best Disposer of affairs (for us).]'' (3:173).

Jumaat, 27 Ogos 2010

PAS Parti Yang Dimakan Sumpah

Sebenarnya saya tak mahu menulis pasal politik dalam bulan yang mulia  ni. Tapi bila masuk bab ni nampaknya terpaksa juga la. PAS nampaknya seperti orang yang dimakan sumpah. Sentiasa mengamalkan pendekatan matlamat menghalalkan cara. Setelah berpenat lelah mengeji dan mencerca UMNO pada suatu masa dahulu kerana bergabung dengan MCA dan MIC dalam BN, mereka melakukan perkara yang lebih daripada itu. Mereka biarkan Islam dan institusi Islam seperti masjid dihina membiarkan kafir harbi DAP memasuki masjid hingga ke saf paling depan dan ahli PAS terdiam. Mereka seperti manusia yang diserang stroke. Bermulut herot dan tak dapat berkata-kata. Itulah akibatnya jika terlalu sangat menghina sesama Islam. Sekarang lihatlah sendiri betapa hina dan kejinya PAS.

Berikut artikel yang saya ambik dari blog GAP.

lagi satu penghinaan.

Apa jaminan teo nie ching BERSIH untuk melayakkan dia masuk masjid ?

Tak pakai tudung, pakaian ketat silap aribulan datang bulan ?

Apatah lagi kalau kaki seks bebas macam elizabeth wong ?

Sundalan punya pas, kalau nak undi pun takkan sampai tahap gila babi macam ni !

22 Ogos 2010, Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) telah masuk untuk berceramah dan menyampaikan sumbangan kepada ahli-ahli PAS di Surau Al-Huda Kajang Sentral. Bukan sekadar masuk ke dalam surau, malah Teo pergi ke barisan saf pertama untuk berceramah kepada orang Islam di dalam surau. Pada waktu tersebut, jam 9.33 malam. Ini bermakna, sama ada Teoh memberikan tazkirah selepas selesai solat terawih atau antara solat terawih.

Ini satu penghinaan kepada umat Islam. Apakah sampai tiada langsung wakil rakyat Islam untuk dijemput ke surau tersebut? Apakah tiada tempat lain untuk menyampaikan sumbangan dan ucapan hingga terdesak membawa masuk DAP memijak sejadah di saf pertama untuk memberi tazkirah? Mengikut Mazhab As Syafie, orang kafir haram dan ditegah sama sekali untuk masuk ke dalam masjid sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah At Taubah, ayat 28.

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haraam sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika Ia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana" surah At Taubah ayat 28.

Al-Qurtubi, di dalam tafsirnya Al-Jami’ li-Ahkam Al-Quran melaporkan bahawa Ibn ‘Abbas r.a. berkata yang najis itu kesyirikan yang menjadi pegangannya, bukan tubuh badannya. Pegangan DAP masih lagi ideologi sosialis.

Orang Islam tidak akan miskin jika DAP tidak beri bantuan dan sumbangan. Mereka sudah berkempen sampai dalam surau dan masjid untuk bertazkirah, memberi sumbangan dan meraih undi daripada orang Islam. Ingat, mereka ada agenda yang tersendiri. Jika orang Melayu tidak sokong DAP, nescaya DAP tidak akan boleh berkuasa.

DAP hanya mahu kuasa melalui undi orang Melayu. Hari ini mereka akan berlakon baik, bila berkuasa nanti terserlahlah sikap sebenar DAP. Berhati-hatilah bangsaku. Apa yang Khmer Rouge buat pada orang Islam di Kemboja perlu diambil iktibar.

sumber angin perubahan

Selasa, 24 Ogos 2010

Arak Punca Segala Kejahatan

Dosa manakah, minum minuman yang memabukkan, berzina atau membunuh. Itulah teka-teki sebagai inti khutbah Khalifah Ustman bin Affan r.a. seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy, dalam khutbah Ustman itu mengingatkan umat agar berhati-hati terhadap minuman khamr atau arak. Sebab minuman yang memabukkan itu sebagai pangkal perbuatan keji dan sumber segala dosa.


Dulu hidup seorang ahli ibadah yang selalu tekun beribadah ke masjid, lanjut khutbah Khalifah Ustman. Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan dengan seorang wanita cantik.

Kerana sudah terjatuh hati, lelaki itu menurut sahaja ketika disuruh memilih antara tiga permintaannya, tentang kemaksiatan. Pertama minum khamr, kedua berzina dan ketiga membunuh bayi. Mengira minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu, lelaki soleh itu lalu memilih minum khamr.

Tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu malah dia melanggar dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu dan membunuh bayi di sisinya.

"Kerana itulah hindarilah khamr, kerana minuman itu sebagai biang keladi segala kejahatan dan perbuatan dosa. Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar. Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir ayatnya, ia akan kekal di neraka."
 
TERTUNGGU-TUNGGU BILA KERAJAAN SELANGOR NAK TUTUP KILANG ARAK SEPERTI YANG MEREKA JANJIKAN SEBELUM PILIHAN RAYA KE-12

Jumaat, 20 Ogos 2010

Riak Memusnahkan Pahala

Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya pun bertanya beliau, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?"


Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahawa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."

Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh."

Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."

"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."

Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti di hariban Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah.

Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahawa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."

Isnin, 9 Ogos 2010

Apa Jasa Pas?

AWANG hairan apabila Pas berterusan mendakwa UMNO tidak Islam atau kurang Islam setiap kali memperkatakan soal Islam. Padahal UMNOlah parti paling berjasa kepada perkembangan syiar Islam di negara ini.


UMNO jugalah yang paling ke hadapan dalam mempertahankan kesucian Islam. Terbaru dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh agama lain. UMNO turut menjadi parti Islam di negara ini membina paling banyak masjid, sekolah agama, universiti termasuk universiti Islam, memperkenalkan Tabung Haji dan pelbagai instrumen Islam dalam sistem perbankan dan insurans.

Peranan aktif Malaysia dalam dunia Islam yang diperakukan oleh masyarakat antarabangsa, juga adalah atas dasar UMNO. Kesederhanaan pendekatan UMNO membolehkan ramai bukan Islam di negara ini memeluk Islam terutama ketika era kepimpinan Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Rekod pencapaian itu belum mampu ditandingi Pas yang lebih banyak retorik. Bahkan UMNO terlebih dahulu merintis kerjasama dengan parti-parti kaum dan agama lain berdekad-dekad lebih awal berbanding Pas yang baru setahun jagung.

Ramai masih ingat betapa pemimpin Pas ghairah melabel bukan Islam sebagai kafir. UMNO yang berbaik-baik dengan parti bukan Islam ditentang serta dituduh kafir. Bukan setakat itu sahaja, UMNO konsisten memerangi ekstremisme agama dan menjadi pelindung terbaik kepada penganut agama lain.

Dasar UMNO juga membolehkan kaum minoriti di peringkat awal kemerdekaan berkongsi kuasa. Kaum minoriti juga boleh menguasai ekonomi, adalah atas kemurahan hati kepimpinan Melayu di bawah UMNO.

Selain itu, Malaysia dijadikan model negara Islam termasuk oleh negara rantau Arab adalah kerana pengurusan yang cemerlang. Sebab itu, Awang hairan apabila ramai pemimpin Pas menolak idea permuafakatan dengan UMNO kononnya kerana parti itu kurang Islam dan meletakkan banyak syarat.

Anehnya Pas tidak menetapkan sebarang batasan kepada DAP dalam kerjasama mereka, malah asyik tunduk kepada parti tersebut yang secara terbuka menentang gagasan negara Islam. Pada Awang, Pas menjadi parti paling dayus meskipun menggunakan nama Islam. Paling menjijikkan apabila ada pemimpin angkuh seperti Mahfuz Omar yang suka menghina orang Islam lain. Pedulikan golongan seperti itu, yang suatu hari akan menangis keinsafan kerana merekalah sebenarnya yang mengkhianati perjuangan Islam.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, mana-mana golongan yang menolak dan menyulitkan usaha ke arah perpaduan, akan menerima pembalasan. Rasulullah sendiri adalah pejuang perpaduan yang tidak meletakkan syarat dan batasan dalam usaha murninya. Meskipun baginda mendokong permuafakatan dengan penganut agama lain, namun teras kepimpinan baginda adalah mendahulukan perpaduan sesama umat Islam.

Betul juga apa yang dikatakan oleh Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia semalam. Ini sebenarnya soalan yang paling susah untuk dijawab dalam dunia. Kalau tak percaya cuba la jawab. Ha.. kan dah tak boleh jawab..
 
FIKIR-FIKIRKAN..
 
JANGAN MARAH..

Jumaat, 6 Ogos 2010

Kerajaan Selangor Benarkan Surat Sokongan Sebab BN Pun Buat

Senang sungguh jadi Penipu Rakyat (PR) ni. Kalau BN buat apapun diorang akan kata jahat. Begitu juga dengan hal berkaitan surat sokongan ni. Tapi bila mereka yang buat, senang saja bagi alasan sebab BN yang mulakan. Habis tu kalau semua yang BN mulakan semua kamu boleh sambung lebih baik bagi kat BN balik la Selangor tu. Biar BN sendiri sambung apa yang mereka dah mulakan.

Apa yang amat malang sekali di saat Kerajaan yang diterajui oleh BN tengah memperketatkan peraturan berkaitan Surat Sokongan dengan mengeluarkan "GARIS PANDUAN KE ATAS SOKONGAN YANG DITERIMA DARIPADA PEMIMPIN KERAJAAN, INDIVIDU YANG BERPENGARUH ATAU MANA-MANA ORANG MENGENAI SESUATU URUSAN KERAJAAN", Kerajaan Penipu Rakyat Selangor membenarkan Surat Sokongan digunakan dengan sewenang-wenangnya sehingga boleh tipu surat sokongan YB.

Baca apa kata wartawan Agendadaily di bawah.

Cakap menang senang namun dari segi praktikalnya semua orang politik tahu ‘ surat sokongan’ adalah satu aset yang sangat berharga bagi mereka.Orang politik apa lagi wakil rakyat boleh merasa diri mereka tak laku kalau tak boleh tenyeh rekomen itu ini.


Itu yang antaranya membuatkan rakyat di kawasan mereka wakili tunggu tepi pagar rumah atau mengetuk pintu tengah malam untuk minta tolong sign surat itu ini termasuk anak nak masuk universiti dan permohonan biasiswa.

Jadi jangan hairan kalau Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim Rabu umum Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen pakatan rakyat di negeri itu boleh terus dengan amalan keluar surat sokongan.

Menariknya untuk menguatkan kenyataannya bagi meneruskan amalan itu Khalid mengunakan alasan surat sokongan politik dimulakan oleh Barisan Nasional.

Soalnya kalau ‘ surat sokongan’ itu bukan satu keperluan politik kenapa mahu ikut BN ?

Bukankah lebih cantik Menteri Besar itu mengaku sajalah pengeluaran surat sokongan juga satu keperluan untuk survival politik pakatan rakyat.

Usaha kerajaan negeri Selangor nak tunjuk baik dalam isu surat sokongan seperti orang yang sudah tergigit lidah.

Ini mengenangkan bagaimana DAP Selangor nampaknya secara diam-diam sudah ‘ kenduri’ sakan surat sokongan yang terdedah kepada satu dunia menerusi keputusan Jawatankuasa Disiplin DAP memecat Ahli Majlis Perbandaran Klang Tee Boon Hock.

Bayangkan menerusi surat sokongan yang dikeluarkannya sahaja 15 buah syarikat termasuk satu yang anaknya jadi rakan kongsi dapat kontrak bernilai lebih RM 1 juta.

Nilai wang jangan dikira tetapi modus operandi dan nawaitunya.

DAP sentiasa mau tunjuk dirinya telus,anti-rasuah dan segalanya yang baik-baik.

Isunya sekarang cuma menunggu kepastian samada surat sokongan beliau pandai-pandai keluar sendiri atau dibuat atas arahan Exco Kerajaan Negeri Selangor Ronnie Liu.

Keduanya-duanya nampaknya nak lepas tengkok masing-masing dengan saling menafikan.

Apa yang nyata di depan mata ialah pembangkang pun sakan punya kenduri surat sokongan.

Malah beberapa orang wakil rakyat DAP Selangor lain juga dipetik sebagai berkata mereka selama ini ada mengeluarkan surat sokongan.

Pada Rabu lalu Khalid Ibrahim menasihati semua pemimpin pakatan di negeri ini supaya mengelak daripada mengeluarkan surat sokongan berunsur perniagaan.

Nasihatnya agak terlambat.

Kalau surat sokongan berunsur perniagaan tak laku bagaimana mungkin 15 buah syarikat boleh dapat kontrak menerusi surat sokongan yang dikeluarkan oleh seorang bertaraf Ahli Majlis Perbandaran DAP saja yang didakwa dibuat atas arahan Ronnie Liu.

Insiden Tee mungkin berlalu tanpa pengetahuan sesiapa jika ia tidak terdedah dan Khalid tidak payah pening nak bercakap bab surat sokongan.

Ini baru bab DAP.Bagaimana pula dengan wakil rakyat PKR dan PAS di Selangor.

Apakah mereka tidak langsung mengeluarkan surat sokongan?

Jika tidak…makanya nampak DAP lah yang paling berkuasa di Selangor dalam perkongsian kuasa ‘ tidak sebantal mimpi lain-lain ini’.

Mungkin juga mereka merasa diri mereka sangat berharga jika PKR dan PAS nak terus bernafas di Selangor. – 4/8/2010

Rabu, 4 Ogos 2010

Bukti Anwar Tak Liwat Saiful (bahagian II)

Catatan bahagian satu sebelum ni kita dah dapat gambaran bahawa Anwar sebenarnya tak bersalah. Mereka yang tak menyokong Anwar sebenarnya dengki dengan kelebihan yang ada pada Anwar terutama faktor kehensemannya. Kita ikuti sambungannya.


2. Alibi

Sebelum Anwar ditahan Polis iaitu ketika beliau masih mengadakan lawatan sambil belajarnya ke Kedutaan Turki, tampil dua orang yang paling rapat dengan Anwar (walaupun ada dakwaan mengatakan ada orang lain yang lebih rapat dengan Anwar selain mereka berdua) menafikan dakwaan liwat tersebut iaitu Azizah dan Nurul Izzah. Mengikut Azizah, Anwar sedang bermesyuarat pada masa beliau didakwa meliwat manakala Nurul Izzah mendakwa Anwar berada bersama keluarga. Secara tak langsung mereka ini adalah alibi yang boleh membuktikan Anwar tak bersalah. Mengikut maklumat , ramai lagi alibi Anwar yang sanggup tampil.

Sekali imbas kenyataan Azizah dan Nurul Izzah adalah bercanggah. Mana boleh dua orang yang sama berada di tempat yang berbeza pada masa yang sama. Bagaimanapun percanggahan tersebut adalah sebagai bukti mereka tidak berpakat atau dengan kata lain tidak berkonspirasi. Ini secara automatik menunjukkan bahawa UMNOlah yang berkonspirasi. Lagi pun Anwar yang diceritakan oleh mereka bukanlah Anwar yang sama. Anwar yang bermesyuarat adalah Anwar yang menyamar saja. Anwar yang sebenar sedang terlantar menderita kesakitan akibat disuntik racun arsenik bebarapa tahun yang lalu. Mana mungkin dalam keadaan tersiksa begitu Anwar masih mampu meliwat pemuda seperti Saiful tambahan lagi pada saat usianya sedang menuju ke penghujung jalan.

Jika sekali imbas mereka macam sama tetapi apabila diperhatikan betul-betul memang tak dapat dinafikan banyak perbezaan antara Anwar sebenar dengan Anwar yang menyamar. Lagi pun secara logiknya Anwar yang sebenar pernah disuntik racun arsenik dan disiksa dalam penjara. Anwar yang segar bugar sekarang tak menunjukkan ciri-ciri pernah diracun dan disiksa. Air muka Anwar yang menyamar sangat kusam dan keruh berbanding air muka Anwar sebenar yang sentiasa berseri-seri. Karektor mereka juga jauh berbeza. Anwar yang sebenar sentiasa tenang dan lemah lambut manakala Anwar yang menyamar kelihatan ganas, bengis dan panas baran sehinggakan wartawan pun disergahnya.

Individu yang akan menjadi alibi untuk kes liwat Anwar sebenarnya adalah Anwar sendiri. Sebab itu mahkamah selalu menangguhkan perbicaraan. Rupanya mereka takut mengadapi kedatangan Anwar yang akan menjadi alibi kepada Anwar sendiri. Apa yang menggemparkan ialah seorang individu yang tidak dikenali juga akan menjadi alibi Anwar. Individu tersebut ialah En. Ali B. Untuk makluman semua En. Ali B tiada kaitan lansung dengan seorang pelakon lama yang dikenali sebagai Ahmad B. Melihat kepada alibi Anwar yang tak dapat disangkal ini membuktikan Anwar tak bersalah dan patut memohon kepada mahkamah supaya kes liwatnya digugurkan sebelum perbicaraan.

Alamak!! Bersambung lagi ke...

Telefon Baru Nokia

TELEFON bimbit pintar keluaran terbaru Nokia menampilkan kelainan yang ketara daripada segi rekaan dan juga tawaran aplikasi.


Dikenali sebagai Nokia N8, model itu disempurnakan dengan pelbagai fungsi moden untuk memudahkan pengguna berhubung dan berhibur.

Antara aplikasi unik gajet telekomunikasi itu adalah capaian laman web rangkaian sosial, perkhidmatan televisyen web dan program Ovi Store.

Fungsi multimedianya pula dilengkapi kamera 12 megapiksel dengan lensa Carl Zeiss dan lampu flash xenon.

Kelebihan turut ditampilkan pada fungsi rakaman video berdefinisi tinggi (HD).

Pengguna juga boleh menjalankan proses mengedit video menerusi perisian intuitif khas binaan dalam.

Dari segi fungsi audio, model itu menyokong kualiti bunyi Dolby Digital Plus jika disambung kepada sistem teater rumah.

Bagi capaian rangkaian sosial, pengguna boleh mengemaskini status, berkongsi lokasi dan foto, integrasi kalendar serta mendapat maklumat terkini menerusi akses mudah kepada Facebook dan Twitter.

Selain itu, model berkenaan turut dilengkapi aplikasi Ovi Maps global dengan tawaran fungsi peta navigasi pemanduan di 70 buah negara di seluruh dunia.

Menerusi platform Symbian 3 edisi terbaru, ia menambahkan lagi kuasa pacuan telefon bimbit itu terutama pada fungsi multi sentuhan serta skrol dan pemfokusan menggunakan jari.

Paparan antara muka penggunanya pula disempurnakan melalui pembinaan grafik dua dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D) serta dilengkapi kadar respons sentuhan yang sangat cepat.

Nokia N8 dijangka memasuki pasaran Malaysia menjelang suku tahun ketiga tahun ini. Maklumat dan spesifikasi lengkap mengenainya boleh diperolehi menerusi laman web www.nokia.com.

Selasa, 3 Ogos 2010

GEMPAR!! Bukti Anwar Tak Liwat Saiful (bahagian I)

Satuuu!!.. Malaysiaa!!..
Satuuu!!.. Malaysiaa!!..

Masuk kali ni dah kali ke berapa puluh kes Anwar liwat Saiful ditangguhkan. Sampaikan dah tak larat dah rasanya nak kira. Tapi dalam pada kes ditangguhkan sehingga bertahun ramai lagi sebenarnya yang masih sangsi tentang kebenaran tuduhan liwat tersebut.


Pada pendapat saya Anwar sebenarnya tak meliwat Saiful. Itu adalah konspirasi presiden UMNO semata-mata. Kenapa presiden? Kenapa tak sebut nama saja? Sebabnya kalau sebut nama nanti jika bertukar presiden susah. Hari tu pun dah susah nak ubah daripada Konspirasi Mahathir kepada Konspirasi Najib. Walau bagaimanapun alasan konspirasi saja tanpa penjelasan lanjut sebenarnya tidak berapa kuat untuk menafikan tuduhan liwat tersebut.

Pada pendapat saya penafian perlu disertakan dengan fakta dan penjelasan yang kukuh. Memang susah untuk memahami perkara yang teknikal begini tetapi ia tetap perlu diketahui memandangkan perkara-perkara seperti inilah yang menjadikan kes ini telah tertangguh sekian lama. Untuk membuktikan bahawa pendapat saya adalah benar sila baca fakta berikut :-

1. Lawatan Sambil Belajar Ke Kedutaan Turki

Sebagaimana semua rakyat Malaysia tahu sebaik saja laporan Polis dibuat oleh Saiful bahawa beliau telah diliwat, Anwar didapati berada di Kedutaan Turki. Anwar ke kedutaan tersebut disebabkan program lawatan sambil belajar untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai kenapa kedutaan tersebut dinamakan Kedutaan Turki bukannya nama lain seperti Kedutaan Kalabakan ke, Kedutaan Den Pasar ke dan macam-macam lagi la.

Disebabkan karisma yang tinggi pada diri Anwar, auranya dan jasanya yang sangat banyak terhadap dunia dan Malaysia khasnya, kakitangan Kedutaan Turki berebut-rebut untuk bersalam dengan Anwar bahkan rakyat Turki yang masih dalam perjalanan ke Malaysia juga memohon kepada Kedutaan negara tersebut supaya menahan Anwar daripada menghabiskan lawatan sambil belajarnya lebih awal. Mereka memaklumkan bahawa mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk terjun dari pesawat semata-mata untuk bersalam dan mendapatkan tandatangan Anwar. Untuk tidak menghampakan rakyat Turki dan bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini, Duta Turki telah memaksa Anwar untuk bermalam di kedutaan tersebut.

Inilah yang menjadi punca Anwar dituduh bersembunyi di Kedutaan Turki sedangkan Anwar bukan sengaja memanjangkan lawatannya ke kedutaan tersebut tetapi terpaksa melakukannya untuk tidak menghampakan peminat-peminatnya. Disebabkan cemburu dengan kepopularan Anwar maka Polis telah datang ke kedutaan dan menangkap Anwar dengan ganasnya iaitu dengan memijak-mijak dan menghentakkan kaki ke lantai kedutaan.

Cuba kita perhatikan berapa banyak perkataan KEDUTAAN digunakan dalam ayat di atas. Penggunaan perkataan KEDUTAAN yang berulang-ulang bahkan sihingga melebihi sepuluh kali membuktikan bahawa Anwar tidak meliwat Saiful. Dengan ini memang patutlah Anwar memohon supaya tuduhan ke atasnya digugurkan.

Faham atau tidak nantikan sambungannya...

Ahad, 1 Ogos 2010

UMNO sengaja tak mahu menang di Kelantan

Baru-baru ni masa cuti sekolah saya ke negeri Kelantan, sebuah negeri yang didakwa maju oleh pemimpinnya disebabkan ada sebijik Pasaraya Tesco dan sebijik Pasaraya Giant telah dibuka di Kota Bharu.

Dalam pada dok pusing-pusing dan asyik memerhatikan kemajuan negeri Kelantan yang sangat pesat, saya sempat singgah di sebuah kedai makan.

Rupanya kedai makan tersebut adalah juga menjadi port tempat pengerusi JKKK UMNO bertemu dan berbincang. Sebaik saja saya tahu yang kebanyakan mereka adalah Pengerusi JKKK saya mulalah berminat nak pasang telinga untuk mengetahui apa yang dibincangkan oleh mereka.

Manalah tahu kot mereka ni merancang macamana nak kuatkan sokongan rakyat kepada UMNO supaya dapat rampas balik Kelantan ke, apa ke..

Malangnya selepas lebih setengah jam menunggu, rupanya percakapan mereka ini semua hanya berkisar kepada dua tajuk utama saja iaitu Honda CRV dan Bini Nombor Dua. Siapa yang dah beli, siapa belum beli, bila nak beli dan bila nak tambah..

Dalam hati saya terfikir, kalau macam ni la gamaknya, UMNO Kelantan tak akan kuat. Apakan tidaknya pemimpin bawahanpun dok pikir pasal nak kaya dan nak kawin saja. Pemimpin atasan pula dok buat apa?

Ada sorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jeli kalau tak silap saya. Baru setahun dua dapat jawatan tersebut dah sibuk nak buat banglo besar tepi jalan. Huh.. ganas sungguh.. Betul kata orang, UMNO tempat nak jadi kaya bukan tempat berbakti kepada masyarakat. Nampak gayanya UMNO ni macam tak nak menang je kat Kelantan. Dah selesa kot..

Tapi Jangan lupa PAS pun apa kurangnya. PAS pun dah jadi lubuk tempat kumpul harta juga sekarang ni. Bahkan kadang-kadang tu pemimpin PAS dah labih UMNO dari pemimpin UMNO. Tambah lagi sejak PAS dah keluar daripada status Parti Islam ni..

Rakyat bawahan dapat apa?..

FIKIR-FIKIRKAN..

JANGAN MARAH..

Rabu, 21 Julai 2010

Bila Penipu Menuduh Mufti Berbohong


Sehari dua ini timbul balik persoalan tentang perpaduan antara UMNO dan PAS selepas ia disebut oleh mufti Perak Datuk Harussani Zakaria. Datuk mufti terpaksa menyebut kembali perkara tersebut apabila melihat betapa lemah dan hinanya PAS sebagai sebuah parti politik berbagai bangsa dan agama yang mula bercakap mengenai Negara Islam tetapi apabila disergah oleh DAP terus terdiam.


Ya, PAS parti yang majoriti ahlinya merupakan orang Melayu dan beragama Islam nampaknya mula untuk bercakap semula pasal Negara Islam apabila menyedari sokongan daripada orang Melayu Islam semakin berkurangan walaupun cuba ditipu oleh En. Mahfuz Bean bahawa sokongan kepada parti pelbagai agama mereka masih kuat.

Macam biasa pemimpin PAS menipu lagi. Terbaru dua penipu utama PAS iaitu Mahfuz Bean dan Salahuddin Pedang Samurai cuba menipu rakyat Malaysia terutamanya ahli PAS yang sentiasa bersedia dan sanggup ditipu bahawa Mufti Perak berbohong berkaitan kenyataan mufti tersebut mengenai terdapat pemimpin utama UMNO dan PAS datang menemuinya untuk menjadikannya pengantara perpaduan UMNO dan PAS. Penipuan tersebut lantas disangkal oleh Datuk Harussani.

Itulah PAS. Untuk menampakkan pemimpin mereka yang sentiasa menipu sebagai baik, mereka sanggup menggandakan penipuan dengan menuduh orang baik bertaraf mufti sebagai pembohong.

Peristiwa Paling Tragis Abad Ini
Masih teringat lagi bagaimana Salahuddin dengan selamba dan konfidennya membuat sidang media menipu rakyat Malaysia tentang Bob Pedang Samurai sehinggakan setiap kali nampak muka Salahuddin pasti teringatkan pedang samurai.

Apakah mereka ingat dengan berterusan menipu, sokongan orang Melayu Islam kepada mereka akan kembali? Meraka boleh sebut penipuan mereka sebagai strategi sebagaimana mereka sebut rasuah sebagai sumbangan tetapi jangan harap orang Melayu akan sokong mereka lagi.

PAS adalah parti pelbagai bangsa dan agama yang berobjektifkan keduniaan semata mata. Matlamat mereka adalah kuasa dan kekayaan yang bersulam dengan dendam kesumat.

SELAMAT TINGGAL PAS..

FIKIR-FIKIRKAN..

JANGAN MARAH..

Ahad, 18 Julai 2010

Di Mana Karam Singh Walia?


Entah mengapa Karam Singh Walia "terlepas pandang", kita pun tak tahu. Selalunya, Karam Singh Walialah yang akan mendahului untuk kes-kes sebegini. Namun sehingga hari ini, Karam Singh Walia masih lagi tidak "menjuarai" kes curi pasir di Selangor. Walaupun isu ini sedang hangat diperkatakan rakyat Selangor, Karam Singh Walia bagai tidak punya "mood" untuk membuat sebarang "scoop" berkenaan isu ini.


Mungkinkah Karam Singh tidak berminat lagi untuk membongkar negeri Selangor setelah Pakatan Rakyat mentadbir? Apakah Karam Singh Walia sudah habis idea untuk mengarang "pantun" untuk kerajaan Pakatan Rakyat? Atau apakah Karam Singh Walia enggan "menjual pantun"nya kepada Khalid Gagap? Hairan juga saya. Kenapa begitu "sepi" sekali Karam Singh Walia terhadap Pakatan Rakyat. Bukankah Karam Singh pernah dianugerah sebagai wartawan terbaik? Dimanakah "etika" itu kini?

Ketika itu, Dr. Khir yang menjawat jawatan Menteri Besar Selangorlah yang paling "kalut". Dia terpaksa menjawab setiap perinician yang dikeluarkan oleh Karam Singh Walia. Jenuh juga dia terpaksa mengarang "pantun" balas. Mungkin Dr. Khir terpaksa mengupah seorang "pemantun khas" untuk tujuan "mari berbalas pantun" dengan Karam Singh Walia. Tapi, kenapa hanya Dr. Khir saja yang terpaksa berhadapan dengan Abang Karam? Oh ya! Karam Singh Walia hanya "attack" Selangor saja, negeri lain dia "kacau" sikit-sikit saja. Tak tahulah arahan "siapa". Mungkinkah Kalimullah?

Tapi kini Dr. Khir dah tak jadi MB dah. Beliau dah jadi Ketua Pembangkang. Itu pun kena gantung setahun dari menghadiri sidang DUN Selangor. Namun nampaknya, Dr. Khir kini juga telah "mengambil alih" kerja Karam Singh Walia. Pada hari ini, Dr. Khir sendiri yang turun padang mengejar dan membongkar kes "curi pasir" di Selangor!

Entah ke mana perginya "abang mesra alam" kita ini. Dulu, sebelum Pilihanraya Umum ke-12, hari-hari "abang" kita ini muncul dalam TV3 dengan "pantun-pantun"nya yang menggamit halwa telinga penonton Buletin Utama. Namanya tiba-tiba begitu gah sekali sebagai pembongkar masalah rakyat.

Saya masih ingat ketika itu, En. Karam Singh Walia begitu tekun dengan kerjanya. Dia begitu komited untuk menyampaikan masalah dan penderitaan rakyat. Selain itu, dia juga sanggup meredah hutan belantara untuk mendedahkan kes-kes kemusnahan alam sekitar, projek-projek haram, aktiviti menggondolkan muka bumi dan sebagainya. Malah kes paip rumah tersumbat dan longkang pecah pun dia laporkan.

Saya harap Karam Singh Walia akan kembali menghangatkan Selangor dengan isu-isu panas. Saya harap Karam Singh akan dapat kembali ke Selangor dengan "skill" yang lebih menggerunkan. Saya harap Karam Singh akan dapat aspirasi ilham untuk menyusun pujangga "pantun" yang lebih pedas dan indah. Kembalikan Karam Singh Walia kepada rakyat! Janganlah sombong...

Baru saya teringat. Mungkin Karam Singh Walia sedang sibuk dengan rancangan yang di"host"kannya iaitu "Aduan Rakyat" di TV3. Hebat sekali Karam Singh sehingga diberi kepercayaan untuk mengetuai sebuah slot di TV3. Nama rancangan pun "Aduan Rakyat". Aduan "Pakatan" Rakyat atau Aduan Rakyat? Heiii..."compius" saya dibuatnya. Tapi macam slot tu macam Aduan "Pakatan" Rakyat jer...hehehe.

Bukti Melayu Memang Penduduk Asal Malaysia


Parti paling racist di Malaysia iaitu DAP dalam usahanya untuk mendapatkan taraf sama rata dengan penduduk bumiputra sering memomokkan kepada masyarakat bahawa orang Melayu bukan penduduk asal negara ini sama seperti mereka juga. Kenyataan DAP itu ternyata dipersetujui oleh dua parti balaci terdesak yang turut dianggotai oleh orang Melayu iaitu PKR dan PAS. Satu kajian yang dijalankan telah membuktikan dakwaan DAP dan balaci-balacinya adalah tipu.
Kajian arkeologi oleh pakar-pakar arkeologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengesahkan bahawa rumpun Melayu merupakan penduduk asal Malaysia sejak lebih 40,000 tahun dahulu.

Hasil kajian itu sekali gus menyangkal teori migrasi yang dikemukakan oleh penyelidik dari Vienna School of Thought, Heine-Geldern pada 1930-an yang mendakwa rumpun Melayu berhijrah ke Malaysia dari Tanah Besar Utara.

"Data arkeologi yang diperolehi di Semenanjung Malaysia dan Sarawak menunjukkan rumpun Melayu adalah penduduk asal bumi Malaysia sejak lebih 40,000 tahun lalu dan bukan berhijrah ke sini dari Tanah Besar Utara.

"Artifak-artifak seperti seramik yang ditemui di lebih 100 kawasan ekskavasi yang dijalankan menunjukkan bahawa ia adalah berbentuk tempatan dan bukan dibawa masuk dari luar," jelas UKM dalam portal beritanya di http://pkukmweb.ukm.my/news.

Hasil kajian itu didedahkan Ketua Penyelidik Arkeologi UKM, Profesor Datuk Dr. Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman semasa membentang kertas kerjanya bertajuk '38 Tahun Arkeologi di UKM' pada Seminar Penanda Aras Penyelidikan Arkeologi di Bangi yang berakhir kelmarin.

Antara lokasi yang menjadi tapak kajian adalah Pulau Kalumpang dan Beruas (Perak); Kota Johor Lama, Kota Seluyut, Kota Sayong Pinang dan Muar (Johor); Kota Melaka (Melaka); Kota Lukut (Negeri Sembilan) dan beberapa tapak di Tasik Kenyir, Terengganu.

Nik Hassan Suhaimi yang juga Timbalan Pengarah Akademi Tamadun Melayu (ATMA) berkata, keputusan kajian itu selari dengan penemuan tengkorak manusia di Gua Niah, Sarawak oleh Tom Harrison dan isterinya pada 1958.

Tambah beliau, penyelidikan arkeologi di UKM sejak 1980-an menemui pelbagai data baru tentang asal usul kerajaan Melayu tertua di Malaysia iaitu kerajaan Kedah Tua yang diperolehi dari tapak arkeologi Sungai Mas, Kedah.

"Isu penting dalam zaman kerajaan awal ialah proses Indianisasi. Berdasarkan kajian yang dibuat di UKM, proses Indianisasi itu boleh ditukar kepada proses pembumiputeraan kebudayaan India," katanya seperti yang dilaporkan portal tersebut. - Malaysia Instinct
Kesian kat PAS, asal DAP cakap saya kena percaya. Nak tak percaya takut BOS marah pulak. Last-last terkantoi jugak. Hai nasib.. nasib..

FIKIR-FIKIRKAN..

JANGAN MARAH..

Sabtu, 17 Julai 2010

PAS Parti Yang Kian Terpinggir



Sejarah telah membuktikan bahawa PAS merupakan parti politik Melayu yang paling kuat selepas UMNO. Banyak isu yang dibangkitkan oleh PAS gagal ditangkis oleh UMNO terutamanya isu yang berkaitan dengan agama Islam. Perjuangan PAS untuk memartabatkan Islam terutamanya dalam pelaksanaan hukum hudud dan syariah Islam yang lain berjaya menarik ramai cendekiawan Islam untuk menyertai parti tersebut.

Nama PAS begitu sinonim dengan kebaikan, akhlak yang mulia dan iman yang sempurna. Sehinggakan sekiranya ada di kalangan ahli PAS yang menghadapi masalah moral atau terlibat dengan kegiatan yang kurang baik hampir mustahil orang ramai akan mempercayainya. Para mat dan minah rempit, bohsia dan bohjan dan semua golongan yang dipandang serong oleh masyarakat yang ingin menunjukkan bahawa mereka telah berubah ke arah kebaikan hanya perlu tunjukkan sokongan mereka kepada PAS, pasti masyarakat akan dapat menerimanya. PAS menjadi pilihan mereka yang alim, warak, yang baru bertaubat, yang ingin mencari kebenaran, yang ingin menuju ke jalan Allah, yang tidak mementingkan keduniaan dan macam-macam lagi.

Tetapi itu semua telah berlalu. Pilihan Raya Umum yang ke-12 telah merubah segalanya. Kejayaan PAS rupanya telah mencapai klimaks. Keyakinan yang tinggi bahawa pembangkang akan dapat mengambilalih Kerajaan daripada Barisan Nasional dan keterujaan yang teramat sangat untuk membalas dendam terhadap UMNO telah meletakkan PAS pada tahap yang hina. PAS hanya mampu melutut di kaki DAP. PAS seperti melukut di tepi gantang. Bahkan untuk bercakap mengenai kepentingan Islam sekalipun PAS terkedu apabila pemimpin DAP ada di sebelah. PAS hanya digunakan untuk mengutuk UMNO saya. Sekiranya pemimpin PAS tersilap bercakap mengenai hukum hudud atau penubuhan Negara Islam, DAP hanya perlu buat-buat batuk atau berdehem sahaja pasti PAS terdiam.

PAS bukan lagi pejuang Islam, bukan lagi pejuang Hudud dan bukan lagi pejuang Syariat Islam. Sementelah lagi PAS sudah tidak lagi menjadi Parti Islam apabila membuka keahliannya kepada golongan kafir. Apa lagi yang ada pada PAS? Ramai orang Melayu Islam sudah mula menjauhkan diri dari PAS. Tambahan lagi dengan melihat perangai pemimpin PAS yang hina kerana melakukan semua perkara buruk dan jijik yang pernah dituduh dilakukan oleh UMNO. Apa perkara buruk yang dilakukan oleh UMNO yang PAS tak buat? Tak ada. Semua telah Berjaya dilaksanakan oleh PAS dengan cemerlangnya.

PAS sebenarnya sedar bahawa mereka sekarang semakin terpinggir dan mereka juga sedar hanya satu talian hayat saja yang mereka masih ada iaitu bergabung dengan UMNO. Itu pun untuk masa yang terhad sahaja memandangkan UMNO semakin pulih dari kebencian masyarakat. PAS perlu wujudkan keikhlasan dalam diri dan segera berbaik dengan UMNO sebelum UMNO tidak mahu memandang PAS lagi walau sebelah mata. Pada masa itu semuanya sudah tidak berguna lagi. PAS akan jadi sejarah yang penghujungnya akan disebut “PAS, Parti Islam Semalaysia Yang Sudah Tiada Islamnya Lagi”.

SELAMAT TINGGAL PAS..

FIKIR-FIKIRKAN..

JANGAN MARAH..

Selasa, 6 Julai 2010

Tun Dr Mahathir : Kepemimpinan 22 Tahun Yang Sentiasa Diingati


Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah diberi pelbagai nama jolokan dan gelaran, positif dan negatif, oleh pelbagai kelompok manusia, kawan dan lawan, di dalam dan luar Malaysia. Kepada kawan di Malaysia beliau pernah dipanggil `Bapak Perindustrian', `Perwira Melayu', `Bapak IT' dan puluhan lagi gelaran.


Kepada kawan di luar Malaysia beliau pernah dikenal sebagai `The Voice of the South, The Master Strategist', `Hero of the Underdog' dan paling terakhir sebagai Ibnu Khaldun abad ke-21.Kepada lawan di Malaysia beliau pernah dicemoh sebagai `Penjahanam Bangsa', `Penjual Harta Negara', `Pembela Korporat Korap' dan pelbagai lagi gelaran yang tak enak bunyinya.

Di luar Malaysia, media Barat pernah menggelarnya `The Dictator', `Anti-Semitic', `Authoritarian and Corrupt' dan bermacam lagi nama yang keji bunyinya.Yang menariknya, gelaran-gelaran ini amat terpolarisasi sifatnya, sama ada terlalu memuji-memuja atau sangat negatif dan seolah-olah mengeji. Tidak ada gelaran yang `jalan tengah' dalam mana ciri-ciri positif dan negatif tersimpul satu.

Maka demikian keadaannya sungguh menarik kepada ramai pemerhati mengenai Dr. Mahathir. Dapat disimpulkan bahawa Dr. Mahathir, biar apa pun gelaran yang diberikan oleh sesiapa saja, adalah seorang tokoh yang mendapat perhatian umum dan cukup luas audiennya, bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Di kalangan anggota ASEAN beliau dianggap sebagai seorang pemimpin yang full-of-substance, atau kental lagi berisi.

Dalam UMNO ada yang menganggapnya sebagai seorang magician, yang punyai banyak muslihat dan mantera. Ada juga yang melihatnya macam seorang guru besar yang garang dan kuat disiplin serta suka merotan. Tak kurang juga bilangan orang BN dan UMNO yang melihatnya sebagai seorang intelektual, yang dilatih dalam bidang kedoktoran perubatan, tetapi menguasai ilmu dan infomasi yang mendalam tentang pelbagai bidang lain.Kalau kita teliti setiap komen, pemerhatian dan gelaran yang telah diberikan terhadap Dr. Mahathir kita akan dapati beliau mempunyai kesemua ciri tersebut. Seperti cerita kanak-kanak tentang 12 orang buta dengan seekor gajah, tidak ada seorang pun yang memberikan komentar terhadap Dr. Mahathir telah mengalami semua aspek kesan daripada kepimpinannya.

Lain orang, lain pengalamannya dalam berinteraksi dengan Dr. Mahathir. Maka lainlah persepsi dan pandangan mengenai beliau.Apabila kita gaur-campur kesemua pandangan ini, maka Dr. Mahathir bukan hanya seorang `gajah', malah jauh lebih besar dari itu. Sebenarnya beliau adalah suatu fenomena. Biar sebanyak manapun pandangan yang telah diluahkan oleh pelbagai orang dan yang telah dirakamkan dalam bentuk tulisan, jauh lebih besar lagi bilangan manusia di seluruh dunia yang mempunyai pandangan masing-masing mengenai Dr. Mahathir tetapi tidak meluahkannya secara terbuka. Mungkin mereka tidak ada kesempatan berbuat demikian atau tidak punyai saluran untuk menyuarakannya.

Yang menyokong atau membangkang mungkin mengatakan bahawa bangunan Petronas Twin Tower sebagai `Twin Tower Mahathir', perlumbaan kereta Formula 1 di Sepang sebagai `F1 Mahathir', jambatan Pulau Pinang sebagai `Jambatan Mahathir', lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur, atau KLIA, sebagai `KLIA Mahathir', lebuh raya Utara-Selatan sebagai `Lebuh Raya Mahathir', yang pastinya, dari sudut linguistiks, perkataan atau nama Mahathir sudah menjadi suatu idiom yang telah diterimapakai dan digunakan dalam wacana rasmi dan perbualan seharian di Malaysia.

Apabila sesuatu hal atau seseorang mempunyai pengaruh dan kesan yang bagitu luas dan mendalam dalam sesebuah masyarakat, lokal dan global, seperti kini yang dialami oleh Dr. Mahathir, maka, dari sudut sosiologikal, ia mengangkat sesuatu hal atau tokoh berkenaan ke taraf suatu fenomena. Maka tidaklah keterlaluan untuk mengungkapkan Dr. Mahathir sebagai suatu fenomena. Inilah pertama kali seorang pemimpin Malaysia boleh dikategorikan sedemikian.

Yang paling penting ialah tempoh jangka waktu yang panjang beliau menerajui Malaysia. Beliau bermula, awalnya, sebagai seorang Menteri Kabinet, pada 1974, dan akhirnya menjadi Perdana Menteri, pada 1981 dan bersara pada 2003. Ertinya, beliau telah menjadi Menteri Kabinet kira-kira 30 tahun dalam tempoh 46 tahun Malaysia merdeka.Yang paling signifikan ialah fakta bahawa hampir 22 tahun, dalam tempoh 30 tahun beliau menjadi Menteri Kabinet itu atau dalam tempoh 46 tahun Malaysia merdeka, beliau telah menjawat jawatan Perdana Menteri.

Oleh kerana jawatan-jawatan kabinet yang telah beliau sandang itu, seperti Menteri Pelajaran dan Menteri Perdagangan dan Perusahaan Antarabangsa, adalah jawatan-jawatan yang sangat tinggi profilnya di pandangan masyarakat tempatan dan dunia, maka beliau senantiasa berada dalam pemerhatian umum, setidak-tidaknya dalam radar sosial setiap rakyat Malaysia.

Dalam bidang kajian demografi, tempoh 30 tahun itu dihitung sebagai satu generasi. Maka Dr. Mahathir telah memerintah selama satu generasi. Oleh yang demikian, segala dasar dan pelaksanaan dasar yang digubalnya mengesankan setidak-tidaknya tiga generasi, iaitu, generasi beliau (yang berumur 50-an semasa beliau mula-mula menjadi Menteri Kabinet), generasi yang lahir lepas kemerdekaan 1957, dan generasi yang lahir selepas beliau menjadi Menteri Kabinet.

Ini bermakna kesan pelaksanaan semua dasar yang diperkenal oleh Dr. Mahathir telah mengesankan tiga generasi rakyat Malaysia. Tidak pernah seorang Perdana Menteri Malaysia sebelum beliau memerintah lebih dari satu generasi. Faktor jangka waktu ini sangat signifikan dalam meletakkan beliau sebagai seorang pemimpin yang mencapai taraf fenomena. Kerana beliau punyai waktu yang relatifnya sangat panjang untuk memperkenalkan sesuatu dasar, melaksanakannya, merobahnya bila perlu dan memperkenal sesuatu yang baru. Dalam kata lain, kita telah didedahkan kepada pemerintahan gaya Mahathir cukup panjang.

Dalam tempoh berkenaan beliau telah mampu atau terpaksa menangani pelbagai isu domestik yang mencabar. Dalam tempoh berkenaan juga beliau mempunyai waktu dan ruang untuk menerobos ke arena politik antarabangsa dan melibatkan diri dengan aktif.

Dalam konteks Malaysia, beliau telah melakukan satu anjakan paradigma penting dalam bidang ekonomi yang mengesankan kehidupan setiap rakyat Malaysia. Beliau telah merobah wajah ekonomi Malaysia daripada bergantung kepada komoditi utama, seperti bijih, getah dan kelapa sawit, kepada yang berorientasikan pengeluaran industri untuk eksport. Dalam bidang pengeluaran industri ini pula Malaysia tidak hanya menumpukan kepada pengeluaran dan eksport barangan yang menggunakan teknologi rendah dan sederhana (seperti industri membuat pakaian, bahan elektronik dan lain-lain) tetapi juga yang menggunakan teknologi tinggi (seperti industri automobil, ICT dan aeroangkasa).

Limpahan ekonomi daripada anjakan paradigma ekonomi ini telah dirasakan oleh rakyat Malaysia dengan meningkat berlipat gandanya pendapatan per kapita daripada sekitar AS$800 ke AS$3,000 dalam tempoh dua dasawarsa. Loncatan pendapatan per kapita inilah yang dijadikan bahan bualan dan pujian, malah menimbulkan semacam rasa ajaib, di kalangan pimpinan negara-negara Dunia Ketiga, OIC, dan juga pimpinan negara maju G7 serta badan-badan dunia seperti Bank Dunia dan IMF.Kejayaan ekonomi ini pastinya telah melibatkan pembentukan rangkaian hubungan bilateral dan multilateral dalam bidang ekonomi dengan pelbagai negara di dunia dan juga dengan gergasi-gergasi syarikat multinasional global.

Berlandaskan hubungan ini dan juga kejayaan yang dicapai telah memungkinkan beliau menerobos ke arena politik antarabangsa.Beliau telah memprofil Malaysia, di pentas politik global, sebagai sebuah middle-range power, justeru melipat gandakan kegiatan Malaysia dalam ASEAN, APEC, Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Mesyuarat ASEAN-Eropah (ASEM) dan akhir-akhir ini OIC.

Melalui platform wacana Selatan-Selatan dan Dialog Antarabangsa Langkawi beliau bukan sahaja meletakkan Malaysia sebagai sebuah kuasa politik bahkan juga sebagai satu model pembangunan ekonomi yang boleh dijadikan ikutan.Banyak lagi kegiatan yang boleh disenaraikan yang telah dilaksanakan oleh Dr. Mahathir dalam tempoh 30 tahun sebagai Menteri Kabinet termasuk 22 tahun sebagai Perdana Menteri, yang mengesankan manusia dalam dan luar Malaysia. Tidak semuanya berjaya. Adunan kejayaan dan kegagalan beliau itu telah memperkukuhkan lagi klise bahawa manusia itu tidak sempurna.Kejayaan beliau dalam ketidaksempurnaan itulah yang telah menjadi buah mulut sedunia dan akan terus menjadi buah mulut. Inilah yang sebenarnya telah mengangkat Mahathir ke taraf suatu fenomena. - Prof Datuk Dr. Shamsul Amri Baharudin adalah Pengarah Institut Kajian Oksidental (Ikon).

Ehsan My Destination

Di harapkan kita seluruh rakyat Malaysia dapat menilai dalam benak fikiran kita akan segala Jasa dan Pengorbanan Tun Dr Mahathir Pahlawan Terbilang Malaysia dan Dunia Islam. Pemimpin UMNO seharusnya berusaha gigih dalam menjayakan amanat Tun Dr Mahathir ini dan bukannya terus melupakan apa yang di usahakan oleh Tun Dr Mahathir selama ini.

Pemimpin UMNO yang ada hari ini seolah oleh lupa peranan dan tanggungjawap Tun dalam membela nasib orang orang Melayu khusunya. Kerana mementingkan undi Bangsa lain maka orang Melayu seolah oleh telah di pinggirkan.

Jangan kerana Inginkan Undi Bangsa Lain Kelak Kehilangan Undi Melayu pula. Sejarah mungkin berulang!!!

(Dicilok dari PAPA GOMO)

Arahan Presiden Tak Dapat Sambutan


Beberapa hari lepas Presiden UMNO Datuk Seri Najib dah berikan arahan supaya serangan dibuat terhadap pembangkang. Bagaimanapun nampak arahan Presiden UMNO telah disambut oleh parti pembangkang bukannya oleh pemimpin UMNO.

Semasa melawat ke Melaka dua minggu lepas saya ditemani oleh oleh 2 kakitangan Kerajaan di mana seorang daripadanya adalah pemandu yang membawa saya melawat. Dalam perjalanan saya diberikan beberapa akhbar pembangkang untuk dibaca. Daripada tiga akhbar yang diberikan saya hanya membaca satu berita iaitu Suara Keadilan kerana mengutarakan tajuk dan gambar yang menarik iaitu "Felda Bangkrap".

Sebenarnya banyak lagi berita dalam akhbar berkenaan yang berunsurkan fitnah membabitkan isu-isu yang besar tetapi hanya Felda yang mengambil tindakan menyaman akhbar tersebut. Bagaimanakah dengan berita berita sensasi yang lain? Adakah ini bentuk serangan yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Najib? Atau memang berita-berita yang saya anggap fitnah tersebut sebenarnya adalah betul?

FIKIR-FIKRKAN..

JANGAN MARAH..

Khamis, 1 Julai 2010

Lawak Ala PKR


Seorang ayah dan anak dari golongan suku kanibal, sedang berburu untuk mendapatkan daging manusia. Buruan mereka kali ini untuk santapan malam. Tidak lama kemudian muncul seorang lelaki tua yang kurus.

Lalu si anak pun berkata," Tengok Pak!! Adak mangsa!" "Jangan!" kata ayahnya, "lihat saja tubuhnya, tak adak isi, tentu tak cukup untuk kitak. Lagik pun tentu adak penyakit." Tidak lama selepas itu, muncullah pula seorang lelaki gemuk.

Maka dengan girang, si anak pun berkata, " Wah, itu rezekik kitak Pak, tahan untuk duak hari !"

"Jangan!" kata ayahnya, " kitak boleh mati kenak serangan sakit jantung kalau makan daging diak yang banyak lemak. Tunggu saja yang lain ."

Sekian lama menunggu hari pun dah hampir senja, tiba-tiba muncul seorang gadis yang sangat cantik dan seksi giler kat tempat mereka menunggu mangsa.

Maka sekali lagi si anak berkata dengan girang, "Uiih!!! Pak yang kalik ini bagus Pak, tentu isik diak lazat. Ayuk kitak makan, lapar nih.." " Jangan!" sekali lagi ayahnya berkata, "Kitak tak akan makan perempuan inik."

"Kenapa Pak?" tanya si anak. Lalu ayahnya pun menjawab, " Sebab kitak akan bawak diak balik rumah dalam keadaan hidup...., Untuk santap malam inik, kitak makan saja ibu mu...."

FIKIR-FIKIRKAN..

JANGAN MARAH..

Isnin, 28 Jun 2010

Politik, Pilihan Raya Dan Kakitangan Kerajaan


Apabila dikaitkan politik, pilihan raya dan kakitangan Kerajaan, kita sering dihidangkan dengan kata-kata manis berupa jaminan bahawa sekiranya pilihan raya diadakan di kawasan yang majoritinya didiami kakitangan Kerajaan maka kawasan tersebut merupakan kawasan selamat BN. Adakah kenyataan tersebut mempunyai kebenaran?


Saya adalah merupakan salah seorang kakitangan Kerajaan di peringkat bawahan. Urusan kerja telah membawa saya ke seluruh negara untuk melawat pejabat Kerajaan Persekutuan. Lawatan kerja yang saya lakukan melibatkan peringkat ibu pejabat negeri hinggalah ke stesen-stesen kecil yang terletak di daerah-daerah.

Hasil daripada pemerhatian yang saya buat, saya berpendapat majoriti kakitangan Kerajaan sebenarnya adalah penyokong pembangkang. Kakitangan bawahan dilihat lebih percayakan berita dan maklumat daripada media pembangkang daripada maklumat dari media arus perdana. Manakala kakitangan atasan pula sering menyalahkan tangan-tangan ghaib yang juga diistilahkan sebagai wahyu apabila melibatkan kesilapan tadbir urus dalam jabatan yang mereka telah dipertanggungjawabkan.

Di peringkat pusat pula, daripada pengalaman saya sendiri di Putrajaya didapati kakitangan bawahan yang menyokong pembangkang adalah lebih vokal berbanding mereka yang menyokong Kerajaan yang seolah-olah takut diketahui bahawa mereka adalah penyokong Kerajaan. Bagi kakitangan atasan pula lebih menjelikkan lagi. Ketika berbual sesama sendiri berdegar-degar mereka kutuk hampir semua keputusan Kerajaan tetapi apabila berdepan dengan Menteri, KSU atau Ketua Jabatan, merekalah pembodek nombor satu.

Adakah dasar Kerajaan yang terlalu terbuka dengan mengambil kakitangan tanpa mengira langsung latarbelakang politik menjadi punca semua ini berlaku? Atau adakah benar terdapat suara-suara ghaib atau wahyu yang mengarahkan perkara-perkara yang tidak mematuhi peraturan dilaksanakan?

Bayangkan jika mereka ini balik ke kampung dan menceritakan tentang keburukan Kerajaan tanpa mengira cerita yang mereka bawa berasas atau tidak kepada orang-orang kampung. Tentu senang untuk mempengaruhi orang kampung kerana mereka adalah Kakitangan Kerajaan terutamanya yang bertugas di Putrajaya.

Harap-harap pendapat saya ini adalah tidak betul sama sekali.

FIKIR-FIKIRKAN..

JANGAN MARAH..

10 PESANAN ALLAH S.W.T KEPADA NABI MUSA A.S.

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya dari Jabir bin Abdillah r.a. berkata Rasulullah S.A.W bersabda : "Allah S.W.T. telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran a.s. dalam alwaah 10 bab :


· Wahai Musa jangan menyekutukan aku dengan suatu apa pun bahawa aku telah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang-orang musyrikin.

· Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu nescaya Aku peliharamu dari sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik.

· Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka.

· Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-Ku.

· Jangan hasad dengki dan irihati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang-orang, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripada-Ku.

· Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.

· Jangan mencuri dan jangan berzina isteri jiran tetanggamu sebab nescaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya.

· Jangan menyembelih korban untuk selain dari-Ku sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku.

· Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri.

· Jadikan hari Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan anak keluargamu. Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda lagi : "Sesungguhnya Allah S.W.T menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa a.s. dan Allah S.W.T memilih hari Juma'at sebagai hari raya untukku."

Jumaat, 4 Jun 2010

Kenapa Kawan Anwar Serang Konvoi Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza?

12 rakyat Malaysia yang dibebaskan
akan pulang ke tanahair Ahad ini.

Kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin memang diketahui semua sudah berlarutan sekian lama dan tidak akan ada kesudahannya. Tambahan lagi terdapat di kalangan umat dan negara Islam sendiri yang kelihatannya seolah-olah setuju dengan tindakan biadab tersebut. Keadaan ini hanya akan berhenti apabila Yahudi yang merupakan kawan si Nuar dapat menguasai sepenuhnya tanah Palestin dan mengusir rakyatnya keluar dari tanahair mereka.

Walau bagaimanapun perbuatan mereka menyerang Konvoi Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza betul-betul telah malampaui batas. Tambahan lagi mereka menuduh para sukarelawan yang yang menyertai misi kemanusiaan tersebut telah mengancam mereka dengan senjata. Ini telah mengesahkan tuduhan mereka selama ini bahawa perbuatan kejam mereka sebagai satu tindakbalas terhadap serangan rakyat Palestin dan untuk perlindungan diri adalah rekaan semata-mata.

Persoalannya sekarang ialah siapakah sebenarnya yang beruntung hasil daripada serangan tersebut?

Jika kita selidiki sedalam-dalamnya didapati konvoi bantuan tersebut adalah melibatkan Perdana Global Peace Organisation (PGPO) yang dinaungi oleh Tun Dr. Mahathir dan melibatkan anaknya Mukhriz sebagai penasihat. Misi tersebut juga disokong penuh oleh Kerajaan Malaysia. Sekiranya misi tersebut berjalan lancar dan menemui kejayaan secara tidak langsung akan mengangkat nama Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasional. Sudah tentu ada puak-puak tertentu dalam negara ini yang tidak akan biarkan perkara tersebut berlaku.

Apabila berlaku serangan terhadap konvoi tersebut, maka muncullah dua ekor badut cuba menonjolkan diri sedangkan tidak ada seorangpun daripada kalangan mereka yang menyertai misi tersebut. Seorang mahu satu perhimpunan diadakan tak mengira parti politik untuk mengutuk serangan tersebut. Manakala seorang lagi mendesak PM supaya mengadakan Sidang Tergempar Parlimen.

Pada pendapat saya tidak mustahil Nuar merupakan salah seorang yang berada di belakang serangan tersebut memandangkan ramai nama-nama besar Yahudi adalah merupakan kawan rapatnya dan tujuannya tak lain dan tak bukan ialah tujuan serampang dua mata iaitu untuk menghalang Kerajaan Malaysia dan Tun Dr. Mahathir daripada diangkat sebagai pembela rakyat Palestin dan untuk mengangkat namanya sendiri sebagai sebagai seorang yang anti Yahudi. Bagaimanakah pula pendapat anda?

FIKIR-FIKIRKAN..

JANGAN MARAH..

Khamis, 3 Jun 2010

Freemason Dan Gerakan Zionisme





Freemason salah satu sayap kepada gerakan zionisme antarabangsa bagi agenda strategik zionisme. Gerakan ini juga mengguna pelbagai nama dan pendekatan dalam gerakan mereka samaada dalam bentuk kemanusiaan, kebajikan, pendidikan, keamanan dan sebagainya.

Zionisme

Ianya dinisbahkan kepada sebuah Bukit Zion di Quds (Jerusalem), di mana dikatakan tempat ibadat nabi Daud dan tempat bersemadinya tuhan mereka ‘Yahweh”. Theodore Herzl (1860-1904) merupakan pelopor kepada gerakan Zionisme pada tahun 1869 iiaitu di Basel, Switzerland. Kongres pertama Zionis mewujudkan resolusi dan protokol antaranya mewujudkan suatu penempatan Yahudi di bumi Palestin, memecahbelahkan Daulat Osmaniah mengikut Negara bangsa dan lain-lain.

Gerakan zionis yang bermotif politik menggunakan simbol agama bagi agenda mereka. Zionisme mewujudkan semangat yahudi dan perancangan merampas tanah palestin, mewarkan kewujudan Haykal Sulaiman di perkarangan Masjid al-Aqsa.

Dalam al-Quran merakamkan kejahatan golongan Yahudi yang keras dan sanggup membunuh para nabi mereka seperti dalam surah al-Maidah:78 dan al-Baqarah:61. Yahudi juga merupakan dalang kepada perang saudara England-Perancis, Perang Dunia 1 dan 2, perang Iraq dan perang di Afghanistan.

Peranan mereka juga mewujudkan jaringan mereka seperti Lions Club, Ilmuniti, Bahahi, gerakan wahabi, Rotary, Qadiani dan agensi perisikan barat. Mereka bergerak dalam pelbagai sudut dan mengguna pelbagai nama serta mempunyai dana kewangan yang banyak serta jaringan yang luas dan mantap.

Fahaman dan pemikiran seperti Sosialisme, kapitalisme, liberalisme dan globalisme merupakan buah pemikiran bijak yahudi yang diterima pakai umat manusia sedunia..

Hegomoni Yahudi dan Zionisme dapat menguasai Amerika sebuah kuasa besar dunia dan menguasai pelbagai bidang dan kedudukan strategik Negara besar dan digunakan bagi kepentingan mereka dan bagi menjaga kelangsungan Negara Israel di bumi Palestin.

Agenda Meruntuh Khilafah Islamiah

Gerakan ini pernah berjaya menyumbang kepada kejatuhan dan perpecahan empayar khilafah Osmaniah suatu ketika dahulu. Dendam dan sikap benci mereka terhadap umat Islam dan khilafah Islamiah begitu meluak-luak yang menjadi ancaman kepada mereka. Justeru bagi meleraikan kekuatan daulat Islam mereka bersama menyokong gerakan Turki muda yang dipimpini Kamal Ataturk dan gerakan batiniah, Bahai, dan wahabi. Mereka juga bekerjasama dengan agensi perisikan barat dan menyebar fahaman kebangsaan kalangan umat Islam bagi tujuan pecah belahkan khilafah Osmaniah. Kerana daulat Osmaniah sememangnya digeruni barat dan menjadi ancaman kepada mereka, justeru perpaduan umat Islam dileraikan dengan begitu halus dan pelbagai pendekatan dan strategi.

Daulat Osmaniah yang merupakan empayar daulat Islam bermanhaj Ahli Sunnah wal Jamaah, bermazahab as-Syafei dan mendokong aliran tariqat sufi, bahkan golongan sufi meruapakan para penyebar dakwah Islam ke eropah dan panji kekuatan pasukan pertahanan Turki Osmaniah. Justeru roh dan kekuatan Islam tersebut harus dimusnahkan. Iaitu dengan mencipta aliran tariqat palsu dan mendokong aliran wahabi yang sememangnya bertentangan dan anti sufi. Kerjasama dengan Mohamad bin Wahab (pelopor kepada akidah dan aliran wahabi), Mereka bertindak melampau membunuh umat Islam bagi menyebarkan dakyah ajaran mereka yang berselindung di sebalik al-Quran dan Hadis dan memerangi mereka yang bertentangan mereka,.

Gerakan zionisme melalui freemason ini begitu bijak memperlaga umat Islam bahkan kalangan Negara Eropah. Mereka menguasai media, kewangan, dan perdagangan serta menjadi golongan intelek dan akademik. Bagi mengekalkan penjajahan dan rampasan Yahudi terhadap tanah umat Palestin adalah penting gerakan sulit seperti freemason yang bebas bergerak di seluruh dunia dan agensi NGO mereka berselindung disebalik nama dan pendekatan yang baik. Gerakan mereka ini bekerjasama rapat dengan agensi perisikan Israel (mossad). Jaringan mereka berjaya menyusup dalam pelbagai tempat dan peringkat di media, perkhidmatan awam, politik, kewangan dan perniagaan serta pelbagai nama NGO dan parti politik.

Iliminiti yang ditubuh pada 1 Mei 1776 oleh Adam Weishaupt di Bavaria, Jerman. Merupakn seorang ahli kepada Knight of Temples yang merupakan suatu jaringan Freemason. Iaitu gerakan sulit bagi mengekalkan hegomoni yahudi dan agenda mereka. Knight of Temple ini telah wujud di zaman perang salib 1118 m.

Simbol

Duit Dollar Amerika Syarikat khususnya 1 Dollar simbol kepada gerakan ini. Yang menunjukkan penguasaan dan pengaruh mereka di Amerika Syarikat. Iaitu sejak dahulu kala lagi sehinggalah kini. Mereka mempunyai jaringan kukuh dengan golongan gerakan mereka di Eropah dan di pelusuk dunia. Senibina ‘White House’ yang bercirikan Rom merupakan manifestasi kekuatan dan empayar kekuasaan baru mereka. Begitu juga simbol piramid dan bentuk Pentagon suatu isyarat kepada gerakan sulit antaranya Freemason.

Golongan ini berjaya membentuk ‘isme’ pemikiran kepada masyarakat dunia antaranya kapitalisme, sosialisme, liberalisme dan globalisme. Yang mana mereka adalah pemikir dan ahli strategis yang kesemuanya bagi agenda kepentingan mereka dan strategi menguasai dunia dan pengaruhnya secara berterusan. Dimana sentiasa ada pelapis kepada gerakan jahat ini. Sistem demokrasi juga merupakan agenda pemikiran mereka dalam mewujudkan Negara bangsa dan sistem pilihanraya yang memecahbelahkan ummah setiap kali menjelang pilihanraya.

Orientalisme dan agensi perisikan

Organisasi ini Melakukan kajian terhadap umat Islam dan pemikirannya dari segi budaya, sejarah, bahasa, keilmuan, dan ilmu-ilmu Islam bagi tujuan halatuju mereka dan kepentingan perancangan mereka serta bagi menyelewengkan fahaman umat Islam dan dunia amnya. Perkembangan umat Islam dituruti dan dititikberatkan. Daripadanya digunakan untuk perang saraf dan menyebarkan perkara negatif umat Islam dan memecahbelahkan perpaduan umat Islam. Konsep Negara bangsa dan kepentingan Negara sendiri adalah acuan mereka dalam agenda demokrasi.
 
Persoalan
 
Persoalannya sekarang kenapa dua daripada logo tersebut macam kenal saja. Kenapa logo tersebut ada sekali kat sini macam ngam saja. Entahlah... Sama-samalah kita FIKIR-FIKIRKAN...

Rabu, 2 Jun 2010

Lawak Pelacur

Suatu hari Pihak Majlis Agama Islam telah melakukan operasi dikawasan pelacuran...

Petugas : "Engkau akan saya bawa ke Pejabat Majlis Agama Islam!"

Pelacur : "Tak kisah kemana pun.. janji bayarannya ok

Selasa, 1 Jun 2010

Anjing-anjing Neraka

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.

· Bacalah Al-Qur'an

· tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.

· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.

· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.

· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.

· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.

· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.

· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.

· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."

Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."

Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"

Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."

Rabu, 26 Mei 2010

Ramalanku Benar Belaka


Sebenarnya saya pernah berniat untuk tidak mengulas lagi pasal politik dan niat saya itu telah saya ceritakan kepada seorang kawan yang boleh dikatakan selalu jugaklah menjengok blog saya ni. Itupun disebabkan saya suruh.

Walau bagaimanapun memang betul la kata Tok Guru Nik Aziz yang merupakan bekas ustaz Kemas yang dilantik oleh UMNO bahawa dalam kehidupan ini agama dan politik memang tidak dapat dipisahkan. Pembawakan politik yang betul yang berpaksikan dan dipandu oleh agama (bukan mempergunakan agama) adalah asas kepada kita untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Bagi saya PAS telah gagal mencapai semua sasaran yang ditetapkan semasa parti tersebut ditubuhkan. Berdasarkan keadaan semasa pula matlamat tersebut telah dikesampingkan dan digantikan dengan matlamat baru iaitu kuasa. Untuk mencapai matlamat baru tersebut mereka terpaksa menukar juga asas perjuangan untuk menegakkan Islam kepada mempertahankan agama hindu dan kristian. Bertukar daripada memperjuangkan kepentingan Melayu kepada melindungi kaum Cina dan India. Buktinya mereka jadi gagap bila Islam dihina tapi jadi petah bilah agama hindu dan kristian dihina. Mereka jadi bisu bila Melayu dihina tapi bersuara bila Cina dan India dihina. Itulah cara untuk berkuasa di negara ini iaitu melalui undi dan undi golongan tersebut amat penting.

Bukan ini tujuan saya kembali mengulas berkaitan politik tetapi memperkatakan tentang ramalan saya berkaitan PAS yang semuanya telah menjadi kenyataan iaitu kejayaan terbesar PAS menjilat kembali semua kahak hijau dan lendir yang mereka ludahkan. Mereka telah dengan begitu sempurnanya mengesan kembali semua tempat mereka meludah bukan saja ditepi-tepi longkang dan di jalan-jalan bahkan di dalam kandang babi sekalipun untuk dijilat kembali.

Sebagaimana yang kita tahu tuduhan terbesar PAS kepada UMNO adalah tuduhan bahawa UMNO parti kafir lantaran UMNO bekerjasama dengan parti kafir iaitu merujuk kepada parti MCA dan MIC. Bagaimanapun menjelang tahun 90-an PAS telah bekerjasama dengan Semangat 46 dan DAP (untuk keselesaan PAS menggelarkan DAP parti bukan Islam bukan parti kafir). Bermula daripada situ saya telah menjangkakan bahawa PAS akan menjilat kembali semua kahak hijau yang mereka ludahkan satu persatu.

Mari kita imbau kembali tuduhan PAS kepada UMNO selain daripada yang di atas di mana semuanya tuduhan tersebut telah mereka sendiri laksanakan :-

1. Sebab mereka tak buat masjid mereka kata masjid yang dibuat oleh UMNO haram sebab guna duit haram. Bila mereka bekuasa mereka tukar semua ajk masjid kepada orang mereka dan gunakan masjid yang dituduh haram tersebut sebagai tempat merangka strategi politik mereka.

2. Sebab mereka tak dapat projek mereka tuduh orang yang dapat projek Kerajaan melalui jalan salah iaitu rasuah. Bila mereka berkuasa mereka jadikan rasuah sebagai syarat nak dapat projek iaitu kalau dapat projek kena bagi rasuah pada parti mereka. Untuk rasa selesa mereka panggil rasuah sebagai sumbangan. Supaya nampak baik rasuah dibuat dalam bentuk tanggungan mengerjakan haji atau umrah yang diberi sebagai balasan dapat projek.

3. Sebab keluarga dan kawan-kawan tak dapat projek mereka tuduh Kerajaan mengamalkan kronisme dan nepotisme. Bila mereka berkuasa mereka lantik anak, bini dan menantu ke jawatan yang mereka mempunyai kepentingan. Projek Kerajaan diagihkan di kalangan kawan-kawan keluarga mereka.

4. Sebab nak tarik sokongan Raja-raja Melayu, semasa Kerajaan menggubal undang-undang supaya Raja boleh didakwa, mereka menuduh UMNO menderhaka kepada Raja tapi bila sedikit saja Raja tegur perbuatan mereka, mereka membantah hingga sanggup bawa kes ke mahkamah dan sampai berguling-guling atas jalan macam orang gila.

5. Sebab dengki dengan pengiktirafan Negara Islam lain kepada Malaysia sebagai sebuah Negara Islam yang maju mereka mendakwa Malaysia bukan Negara Islam sebab hudud tidak dilaksanakan. Tapi bila mereka berkuasa dan tidak melaksanakan hudud mereka kata hudud adalah perkara kecik saja dalam Islam. Ada pulak yang kata tak boleh buat hudud sebab UMNO tak bagi. Perkara yang Allah suruh boleh ditinggalkan jika UMNO tak suruh.


6. Sebab dengki dengan Tun Dr. Mahathir yang semakin harum namanya di seantero dunia, mereka suruh Tun letak jawatan secara psykologi kononnya Tun tak akan lepaskan jawatan sampai nyanyuk. Tapi bila tiba giliran mereka, Tok Guru bekas ustaz Kemas tu sampai dah betul-betul nyanyuk, dah merapu meraban pun masih nak berpaut pada jawatan lagi. Bagi mereka kuasa adalah segala-galanya.

7. Sebab mahukan semua orang Islam sertai parti mereka, mereka tuduh UMNO bukan parti Islam dengan merujuk ahli UMNO yang terdiri daripada kaum bumiputra Sabah dan kaum Portugis di Melaka. Sekarang mereka pula buka keahlian kepada bukan Islam untuk dapatkan undi mereka.

8. Semasa wabak JE melanda negara, mereka menuduh UMNO yang menggalakkan penternekan babi secara besar-besaran yang menjadi punca kepada wabak tersebut. Apabila Kerajaan ingin menghapuskan babi untuk mengawal wabak JE mereka membela penternak babi pula dan bila berkuasa mereka meluluskan meluluskan projek babi mega lagi.

Eh.. ini saja ke? Mesti ada banyak lagi ni.. Boleh sapa tolong tambah?..

Isnin, 24 Mei 2010

Model Baru Telefon Nokia

Nokia C6

KOMITED dalam memperluaskan rangkaian produk telekomunikasinya, Nokia tidak pernah jemu untuk tampil dengan pelbagai perkhidmatan teknologi yang dekat dengan hati pengguna.

Kehadiran gajet-gajet termaju yang diintegrasi bersama aplikasi moden itu pasti akan melengkapkan misi Nokia untuk menghubungkan manusia secara lebih komprehensif.

Memegang erat matlamat itu, syarikat berkenaan memperkenalkan tiga lagi model telefon bimbitnya iaitu Nokia C3, Nokia C6 dan Nokia E5.

Kesemua model tersebut didatangkan dengan fungsi papan kekunci QWERTY rangkaian penuh bagi memudahkan capaian aplikasi seperti mesej, rangkaian sosial, emel dan sembang secara dalam talian.

Menurut Ketua Pemasaran Nokia, Anssi Vanjoki, kemudahan itu bakal memberi peluang pengguna mengakses pelbagai platform komunikasi mobiliti yang semakin mendapat permintaan tinggi sekarang.

''Pengguna hari ini mahu menikmati pengalaman komunikasi mobiliti terbaik menggunakan peranti yang mudah dan ringkas.

''Justeru melalui model-model telefon bimbit ini, pengguna akan dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut dengan lebih lancar,'' katanya.

Tidak cukup dengan itu, kesemua model itu turut disempurnakan bersama perkhidmatan inovasi Ovi bagi kemudahan capaian seperti muzik, peta, emel dan aplikasi-aplikasi terkini

Bukti Hang Tuah Wujud


Selepas hampir 500 tahun kejatuhan Empayar Melaka, manuskrip pertama yang menyenaraikan lakaran pelbagai jenis keris termasuk keris legenda ‘Taming Sari’ berjaya ditemui.

Manuskrip dipercayai berusia 250 tahun itu ditemui seorang pengkaji sejarah, Wan Ahmad Arshad, 41, di Terengganu kira-kira tiga bulan lalu.

Menurutnya, dia mengambil masa tiga bulan untuk membuat kajian dan menterjemah kandungan manuskrip setebal 33 muka surat itu.

“Ada 27 lakaran pamor atau bahagian tepi bilah keris disenaraikan dalam manuskrip itu termasuk Taming Sari dan keris milik Hang Jebat.


“Berdasarkan penelitian dan perbandingan, saya dapati lakaran Taming Sari itu menyamai keris dalam simpanan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, penemuan itu sekali gus menolak dakwaan bahawa Hang Tuah tidak wujud kerana senjata yang mempunyai kaitan dengan pahlawan itu disenaraikan dalam manuskrip yang berkisar keagamaan.

“Manuskrip ini berkisar mengenai pengajaran dan amalan tarekat Syadzilliah yang diasaskan As Sheikh Abu Hassan Al-Shazilli di Mesir pada kurun ke-13.

“Ia juga banyak memfokuskan kepada ilmu hikmat dan amalan perang termasuk zikir Hizbulbahar,” katanya.

Pengusaha Galeri Pusaka Moyang itu berkata, pada bahagian bawah lakaran keris itu tertera ayat ‘keris Hang Tuah, sebuah negeri atau sebelah negeri harganya, cerita Taming Sari’ manakala satu lagi lakaran tertera ayat ‘Hang Jebat, sebelah negeri harganya, cerita pengkarang harganya’.

“Berdasarkan kajian, pamor keris diperbuat daripada nikel untuk meresap racun supaya senjata itu lebih berbisa,” katanya.

Wan Ahmad berkata, sebelum ini, wujud pelbagai versi mengenai Taming Sari dan ada juga yang menganggap ia sekadar legenda.

“Dengan penemuan ini, ia membuktikan secara bertulis bahawa Hang Tuah dan saudaranya memang wujud,” katanya.

Wan Ahmad sebelum ini pernah mendakwa memiliki senaskhah al-Quran milik pahlawan Melayu itu yang berusia lebih 600 tahun yang ditemui dirumah moyangnya di Perak.

Menurutnya, al-Quran itu diperoleh Hang Tuah ketika ke Rom yang diperintah Empayar Uthmaniah bagi mempelajari ilmu bedil (meriam) dankini disahkan berusia 697 tahun seperti tercatat dalam sijil kesahihannya.

Katanya, pemergian Hang Tuah ke Rom itu atas perintah Sultan Mansor Syah dan semua itu tercatat dalam Sejarah Melayu.