Jumaat, 6 Ogos 2010

Kerajaan Selangor Benarkan Surat Sokongan Sebab BN Pun Buat

Senang sungguh jadi Penipu Rakyat (PR) ni. Kalau BN buat apapun diorang akan kata jahat. Begitu juga dengan hal berkaitan surat sokongan ni. Tapi bila mereka yang buat, senang saja bagi alasan sebab BN yang mulakan. Habis tu kalau semua yang BN mulakan semua kamu boleh sambung lebih baik bagi kat BN balik la Selangor tu. Biar BN sendiri sambung apa yang mereka dah mulakan.

Apa yang amat malang sekali di saat Kerajaan yang diterajui oleh BN tengah memperketatkan peraturan berkaitan Surat Sokongan dengan mengeluarkan "GARIS PANDUAN KE ATAS SOKONGAN YANG DITERIMA DARIPADA PEMIMPIN KERAJAAN, INDIVIDU YANG BERPENGARUH ATAU MANA-MANA ORANG MENGENAI SESUATU URUSAN KERAJAAN", Kerajaan Penipu Rakyat Selangor membenarkan Surat Sokongan digunakan dengan sewenang-wenangnya sehingga boleh tipu surat sokongan YB.

Baca apa kata wartawan Agendadaily di bawah.

Cakap menang senang namun dari segi praktikalnya semua orang politik tahu ‘ surat sokongan’ adalah satu aset yang sangat berharga bagi mereka.Orang politik apa lagi wakil rakyat boleh merasa diri mereka tak laku kalau tak boleh tenyeh rekomen itu ini.


Itu yang antaranya membuatkan rakyat di kawasan mereka wakili tunggu tepi pagar rumah atau mengetuk pintu tengah malam untuk minta tolong sign surat itu ini termasuk anak nak masuk universiti dan permohonan biasiswa.

Jadi jangan hairan kalau Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim Rabu umum Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen pakatan rakyat di negeri itu boleh terus dengan amalan keluar surat sokongan.

Menariknya untuk menguatkan kenyataannya bagi meneruskan amalan itu Khalid mengunakan alasan surat sokongan politik dimulakan oleh Barisan Nasional.

Soalnya kalau ‘ surat sokongan’ itu bukan satu keperluan politik kenapa mahu ikut BN ?

Bukankah lebih cantik Menteri Besar itu mengaku sajalah pengeluaran surat sokongan juga satu keperluan untuk survival politik pakatan rakyat.

Usaha kerajaan negeri Selangor nak tunjuk baik dalam isu surat sokongan seperti orang yang sudah tergigit lidah.

Ini mengenangkan bagaimana DAP Selangor nampaknya secara diam-diam sudah ‘ kenduri’ sakan surat sokongan yang terdedah kepada satu dunia menerusi keputusan Jawatankuasa Disiplin DAP memecat Ahli Majlis Perbandaran Klang Tee Boon Hock.

Bayangkan menerusi surat sokongan yang dikeluarkannya sahaja 15 buah syarikat termasuk satu yang anaknya jadi rakan kongsi dapat kontrak bernilai lebih RM 1 juta.

Nilai wang jangan dikira tetapi modus operandi dan nawaitunya.

DAP sentiasa mau tunjuk dirinya telus,anti-rasuah dan segalanya yang baik-baik.

Isunya sekarang cuma menunggu kepastian samada surat sokongan beliau pandai-pandai keluar sendiri atau dibuat atas arahan Exco Kerajaan Negeri Selangor Ronnie Liu.

Keduanya-duanya nampaknya nak lepas tengkok masing-masing dengan saling menafikan.

Apa yang nyata di depan mata ialah pembangkang pun sakan punya kenduri surat sokongan.

Malah beberapa orang wakil rakyat DAP Selangor lain juga dipetik sebagai berkata mereka selama ini ada mengeluarkan surat sokongan.

Pada Rabu lalu Khalid Ibrahim menasihati semua pemimpin pakatan di negeri ini supaya mengelak daripada mengeluarkan surat sokongan berunsur perniagaan.

Nasihatnya agak terlambat.

Kalau surat sokongan berunsur perniagaan tak laku bagaimana mungkin 15 buah syarikat boleh dapat kontrak menerusi surat sokongan yang dikeluarkan oleh seorang bertaraf Ahli Majlis Perbandaran DAP saja yang didakwa dibuat atas arahan Ronnie Liu.

Insiden Tee mungkin berlalu tanpa pengetahuan sesiapa jika ia tidak terdedah dan Khalid tidak payah pening nak bercakap bab surat sokongan.

Ini baru bab DAP.Bagaimana pula dengan wakil rakyat PKR dan PAS di Selangor.

Apakah mereka tidak langsung mengeluarkan surat sokongan?

Jika tidak…makanya nampak DAP lah yang paling berkuasa di Selangor dalam perkongsian kuasa ‘ tidak sebantal mimpi lain-lain ini’.

Mungkin juga mereka merasa diri mereka sangat berharga jika PKR dan PAS nak terus bernafas di Selangor. – 4/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan