Jumaat, 23 Disember 2011

Apakah Terdapat Komplot Di Kalangan Kakitangan Kerajaan Sendiri Untuk Menjatuhkan Kerajaan??

Sebagaimana yang saya selalu ceritakan sebelum ini bahawa terdapat begitu ramai kakitangan Kerajaan Pusat selama ini yang menyokong pembangkang terutamanya mereka yang berpangkat tinggi.

Bila keluarnya pekeliling berkaitan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) baru-baru ini yang berkaitan pelaksanaan gaji minimum ramai kakitangan Kerajaan yang tertanya-tanya mengapakah lampiran berkaitan senarai tangga gaji tidak disertakan?

Bila penerangan diberikan di setiap jabatan dan bila kakitangan Kerajaan mula menerima surat OPTION barulah segalanya terserlah. Betapa berbezanya kenaikan gaji, terutama di kalangan kumpulan pelaksana dengan pegawai atasan terutama JUSA. Begitu juga dengan pegawai yang telah lama berhidmat dengan pegawai baru terutamanya bagi perjawatan kanan.

Gaji pegawai bawahan contohnya N1 yang bergaji RM8++ menerima kenaikan gaji sebanyak RM80 sahaja dan gaji barunya ialah RM9++. Manakala gaji JUSA C RM6,+++ mendapat kenaikan gaji sebanyak RM5,+++ dan gaji barunya ialah RM12,+++.

Begitu juga bagi kumpulan pelaksana yang dah bekerja lebih 12 tahun contohnya N32 yang bergaji RM2,7++ mendapat kenaikan sebanyak RM1++ dan gaji barunya ialah RM2,8++. Manakala kakitangan dalam gred yang sama yang baru saja dinaikkan pangkat yang bergaji RM2,4++ mendapat kenaian gaji sebanyak RM3++ dan gaji barunya ialah RM2,7++.

Ramai kakitangan Kerajaan mula mempertikaikan tentang skim gaji baru tersebut dan ramai yang bertanya Inikah apa yang dikatakan RAKYAT DIDAHULUKAN? Rakyat yang bagaimana?

SBPA seolah-olah sengaja hendak menaikkan kemarahan kakitangan paling majoriti dalam Kerajaan  terutamanya dari kumpulan pelaksana. Apakah ini merupakan komplot oleh tangan hitam dalam Kerajaan sendiri supaya kakitangan Kerajaan mengundi pembangkang terutamanya di parlimen Putrajaya dalam PRU ke 13 nanti?

FIKIR-FIKIRKAN..

JANGAN MARAH..

Khamis, 22 Disember 2011

Pembangkang Takut Kalau Harga Barang Turun

Pembangkang di Malaysia ni sebagaimana kita semua tahu hanya tahu berpolitik sepanjang masa. Mereka tidak pernah memikirkan tentang kesusahan rakyat. Kebajikan bagi mereka hanya bahan kempen tapi tidak pernah dijadikan realiti terutama di negeri yang mereka perintah.

Pembangkang sangat takut sekiranya Kerajaan menurunkan harga barang walaupun rakyat suka kerana itu akan merugikan masa depan politik mereka. Mereka serang Kedai rakyat 1 Malaysia kerana jual barang pada harga murah tetapi mereka biarkan kedai lain yang menjual barang pada harga yang mahal.

Mereka momokkan kepada rakyat bahawa minyak petrol ron 95 tidak bermutu dan rakyat kena bertukar kepada minyak ron 97 yang kualitinya lebih baik tapi sebenarnya mereka ingin rakyat merasakan bahawa harga minyak tidak dikawal oleh Kerajaan.

Pembangkang sangat berharap ekonomi negara tidak meningkat dan sentiasa dalam keadaan rendah dan tertekan. Dengan itu harga barang sentiasa tinggi. Mereka burukkan Malaysia di luar negara dan cuba mewujudkan keadaan yang tidak aman di dalam negara supaya pelabur menjauhi dari melabur di Malaysia.

Kesimpulannya apa yang rakyat suka sebenarnya tidak disukai oleh pembangkang tetapi mereka mahu rakyat menyukai mereka. Mereka tidak membantu rakyat tetapi sentiasa mencari kelemahan terhadap semua program bantuan kepada rakyat yang dibuat oleh Kerajaan.

FIKIR-FIKIRKAN..

JANGAN MARAH..

PAS Buat Tak Apa, UMNO Buat Tak Boleh.

Keputusan roboh madrasah muktamad – Azizan


ALOR SETAR 21 Dis. – Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini sekali lagi menegaskan bahawa keputusan untuk merobohkan Madrasah Salihiah Kanchut bagi membina kompleks beli-belah adalah muktamad mengikut ketetapan Majlis Fatwa Negeri.

Kata beliau, tidak timbul lagi sebarang salah faham memandangkan persetujuan telah dicapai oleh kerajaan negeri dan pemaju untuk merobohkan madrasah itu.

“Kerajaan negeri telah bersetuju, jangan salah faham kerana kerajaan negeri dan pemaju telah bersetuju supaya bangunan yang paling akhir dirobohkan adalah madrasah tersebut setelah bangunan kompleks membeli-belah itu siap.

“Semua sudah selesai, memanglah dahulu Majlis Fatwa memutuskan agar bangunan tersebut tidak dirobohkan namun keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada Julai 2011 telah memindanya dan bangunan itu sudah dibenar untuk dirobohkan. Kita boleh bina bangunan di atas tapak madrasah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Darulaman, di sini hari ini.

Beliau mengulas notis penangguhan mengosongkan bangunan madrasah tersebut di Jalan Tambang Badak dekat sini yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) kepada Jawatankuasa surau berkenaan baru-baru ini.

Pelbagai pihak termasuk Jawatankuasa madrasah tersebut mengecam tindakan kerajaan negeri yang membenarkan madrasah berstatus tanah wakaf khas dan berusia 100 tahun itu dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah kompleks membeli-belah.

Dalam pada itu, menurut Azizan lagi, pihaknya turut mengarahkan MAIK memperoleh tapak baru bagi menggantikan Madrasah Salihiah tersebut.

“Perkara ini mengikut cadangan daripada Majlis Fatwa di mana pihak pemaju juga sudah memberikan sejumlah pampasan kepada MAIK untuk mencari tapak baru selain surau baru akan dibina dalam kompleks membeli belah ini.

“Saya sudah melihat pelan surau di dalam kompleks tersebut dan berpuas hati,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain kata Azizan, pihaknya berpuas hati dengan projek pembinaan kompleks beli-belah Aman Central yang dijangka siap mengikut jadual ditetapkan.

“Sekarang dalam peringkat untuk merobohkan bangunan lama. Nampaknya ada pembaharuan walaupun baru-baru ini ada pihak minta injunksi mahkamah supaya operasi pembinaannya dihentikan tetapi kini ditolak mahkamah.

“Kita berharap pembinaan bangunan baru akan dilakukan secepat mungkin dan mengubah suasana bandar ini,” katanya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau UMNO buat, walau nak roboh suaru sementara untuk diganti dengan surau baru yang kekal, lebih besar dan selesa pun tak boleh. Habis orang PAS mengamuk sampai guling-guling atas jalan. Tapi bila PAS nak robohkan surau yang dah berusia lebih 100 tahun dan digantikan dengan pasaraya. Orang PAS semuanya senyap macam tikus.
 
PAS mula meninggalkan perjuangan untuk hari akhirat demi mengejar kesenangan dunia yang sementara. Persoalannya. Bolehkah orang kampung nak bersembahyang Subuh secara jemaah dalan surau di pasaraya pada pukul 5 atau 6 pagi?
 
Fikir-fikirkan..
 
Jangan Marah..

Sabtu, 8 Oktober 2011

Gelagat Kakitangan Kerajaan Pro Pembangkang Semasa PM Benang Bajet

Memalukan  bila melihat gelagat pembangkang kakitangan kerajaan semasa PM Datuk Seri Najib bentangkan bajet 2012 semalam. Seperti biasa saya selalu memerhatikan sikap kawan-kawan sepejabat yang majoritinya pro pembangkang.

Semalam semasa pembentangan bajet mereka pertikaikan semuanya. Bila PM kata nak bagi yuran persekolahan secara percuma, mereka kata sebab Kerajaan nak naikkan tambang bas dan yuran lain. Bila PM kata nak buat jalan raya baru, mereka kata kenapa baru nak buat? Sepatutnya 10 tahun lepas dah buat..

Tapi bila PM nak umumkan tentang hadiah untuk kakitangan kerajaan mereka berlari duduk di sekeliling tv macam kamaruk sangat.. Dasar muka tak malu..

Jumaat, 15 Julai 2011

PAS Buat Kebajikan Lagi

PAS memang terkenal dengan kepakarannya menukar nama. Tak kira la tukar nama apa pun asalkan tukar nama. Tak ada la nampak sangat PAS tak buat kerja.

Terbaru PAS tukar nama Jalan Pengkalan Chepa kepada Jalan Tok Guru. Nampaknya PAS ni nak buat kebajikan kepada siapa ni, kepada rakyat Kelantan ke kepada tok guru?

PAS macam dah dapat rasa yang tok guru dah sampai ke penghujung usia. Jadi supaya orang tak lupakan tok guru, PAS buat bazar tok guru dan tukar nama jalan kepada jalan tok guru. Tak mustahil lepas ni PAS tukar nama bandar Kota Bharu bandaraya Islam kepada Kota Bharu bandar tok guru. Mungkin sempena lawatan pemimpin DAP ke Kelantan. Nama Islam memang dah tak sesuai dengan PAS.

Bila agaknya PAS nak buat kebajikan untuk rakyat??

FIKIR-FIKIRKAN..

JANGAN MARAH..

Selasa, 28 Jun 2011

Nik Aziz Boikot Bersih 2.0?


poknik khabarnya tidak akan menghadiri BERSIH 2.0 pada 9 Julai nanti, sebaliknya akan melakukan ziarah makam Imam Al-Bukhari dan Imam At-Tirmidzi di Uzbekistan bermula esok. 

poknik akan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra jam 6.30 pagi sebelum menaiki pesawat ke Uzbekistan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 11.00 pagi.

poknik turut mengangkut beberapa orang wakil rakyat seperti ADUN Limbongan, ADUN Meranti, ADUN Kemumin dan ADUN Lanas dalam 'percutian' tersebut. 

Rombongan makan angin kerajaan negeri Kelantan akan berada selama dua hari di Uzbekistan sebelum berlepas ke Dubai untuk menuju ke Madinah. Rombongan pemakan angin yang diketuai olehpoknik itu hanya akan pulang pada 10 Julai iaitu sehari selepas BERSIH 2.0 diadakan! 

Artikel di atas saya cilok dari blog GAP.

Persoalannya PAS pergi ramai-ramai tu berapa belanjanya dan dari mana sumber kewangannya?

FIKIR-FIKIRKAN..

JANGAN MARAH..

Ahad, 26 Jun 2011

Masalah PAS Dengan Utusan Malaysia

PAS selalu tak puas hati dengan Utusan Malaysia. PAS selalu cari sebab nak kenakan Utusan. Kalau ada artikel dalam beberapa akhbar yang PAS rasa tak betul PAS hanya salahkan Utusan sahaja. Mula lah PAS nak boikot la baca Utusan terbalik la. Agaknya kalau boleh PAS nak baca Utusan sambil tidur atas jalan.

Tak kisahlah PAS nak buat apa kat Utusan. Apa yang penting PAS dah beli Utusan. Saya sarankan semua ahli PAS beli Utusan setiap hari. Kalau nak langgan secara bulanan pun lagi elok. Lepas tu nak buat apa pun terpulang pada PAS.

Saya dapati perbuatan PAS nak sabotaj Utusan sebenarnya telah menguntungkan Utusan sendiri. Semakin ramai orang kat luar sana yang kurang mambaca Utusan mula membeli Utusan.

Orang ramai makin nak tahu apa yang tak betulnya dengan berita dalam Utusan kerana setahu mereka berita yang disiarkan sama saja dengan akhbar lain. Ada berita sukan, perniagaan, keagamaan, kesihatan, kes mahkamah dan macam-macam lagi berita semasa.

Bagi diri saya sendiri, sebelum ini saya hanya baca Mingguan Malaysia sahaja setiap hari minggu. Bila pembangkang mula istihar boikot Utusan saya mula beli setiap hari sebab nak cari apa masalahnya.

Saya hanya temui dua sebab sahaja kenapa Utusan nak diboikot iaitu pertama Utusan milik UMNO dan kedua Utusan selalu jawab semua penipuan PAS dan PAS tak boleh nak jawab balik. Oleh itu, supaya Utusan tak laku atau tak untung dan supaya penipuan PAS tak terkantol itu saja yang PAS boleh buat. PAS tak berani nak saman Utusan kerana selama ini pun hanya Suara Keadilan dan Harakah yang ada rekod selalu kena saman dan kena mintak maaf.

Utusan Malaysia akhir-akhir ini semakin mendapat sambutan. Dulu kedai mamak sebelah rumah saya selalu tak dapat jual Utusan Malaysia tapi sekarang kalau lewat sikit saja pasti tak sempat beli. Sekiranya saya tak dapat baca Utusan Malaysia pada satu satu hari, sampai malam pun kalau saya jumpa saya masih sanggup membelinya.

Yang pastinya bukan saya sorang saja yang buat begini.

FIKIR-FIKIRKAN..

JANGAN MARAH..

Sabtu, 25 Jun 2011

Peguam Bodoh

Dalam satu penerbangan dari Los Angeles ke Malaysia, seorang gadis cantik duduk di sebelah seorang peguam yang bijak. Sebagai usaha menarik perhatian gadis yang ternyata kepenatan dan tidak berminat untuk berkenalan, peguam tersebut mengajak gadis itu untuk mencuba teka teki.

PEGUAM : Kita bertukar teka teki,kalau awak tidak boleh jawab soalan saya, awak kena bayar saya RM5, kalau saya tidak dapat jawab soalan awak, saya bayar RM500.

Gadis tersebut menerima cabaran itu.

PEGUAM : Berapa jarak di antara bumi dan bulan?

Gadis tersebut dengan selamba membuka dompetnya dan menyerahkan RM5 sebagai tanda kalah.

PEGUAM : Giliran awak.

GADIS : Haiwan apakah yang naik bukit dengan tiga kaki dan turun bukit dengan empat kaki?

Terkejut dengan soalan tersebut, peguam itu terus mengeluarkan komputer ribanya dan cuba mencari jawapan di internet tetapi gagal. Peguam muda itu turut menghantar e-mel kepada rakan-rakannya yang bekerja sebagai doktor, peguam, saintis dan ramai lagi tetapi tiada yang mempunyai jawapannya.

Peguam itu akhirnya mengalah lalu mengejutkan gadis yang telah tertidur dan menyerahkan wang RM500 sambil bertanya apakah jawapan bagi teka teki tersebut.

Gadis itu sambil tersenyum menyerahkan RM5 kepada peguam itu sambil menyatakan, "tak tahu."

Begitulah cerita peguam bijak yang bodoh yang saya petik dari Utusan Malaysia hari ni. Utusan Malaysia memang the best.

Kisah ini mengingatkan saya tentang perbicaraan mahkamah yang melibatkan kes tuduhan salah guna kuasa terhadap Datuk Seri Khir Toyo.

FIKIR-FIKIRKAN..

JANGAN MARAH..

Ahad, 19 Jun 2011

PR Tak Layak Bercakap Pasal Pilihan Raya Yang Adil

Saya rasa nak terkucil bila Anwar Ibrahim kata rusuhan Bersih yang akan dilakukan untuk spin kes Anwar kena bela diri di mahkamah sebab liwat Saiful akan dibatalkan jika Najib boleh berjanji bahawa pilihan raya umum ke 13 akan berjalan dengan adil.

Woi Nuar, kau siapa nak cakap pasal pilihan raya adil ke tak adil.. Cermin diri dulu la.. Parti sendiri punya pemilihan pun tunggang langgang, ada hati nak tegur kerajaan. Pii Raa.. Mabuk..

Lebih baik kau balik fikir bagaimana cara supaya Azizah dan anak kau tak terkantoi masa jadi saksi alibi kau nanti..

Selasa, 14 Jun 2011

PAS Mula Melaksanakan Kebajikan

Sebaik sahaja bertukar daripada parti Islam kepada parti kebajikan, PAS melaksanakan kebajikan mereka yang pertama. PAS telah menganugerahkan potongan terhadap bekalan elektrik di Pasar Lama MPKB, Kota Bharu. Kebajikan yang dibuat oleh PAS benar-benar mengembirakan peniaga di pasar tersebut.

Rakyat Kelantan tidak percaya sama sekali PAS begitu cepat melaksanakan apa yang dijanjikan. Sesungguhnya Allah Maha Besar..

FIKIR-FIKIRKAN..

JANGAN MARAH..

Sabtu, 11 Jun 2011

Cadangan Bernas Untuk PAS

PAS tengah sibuk betul sejak kebelakangan ini. Ya la apa taknya dok fikir nak lantik jawatankuasa baru lagi. Nak jaga hati DAP lagi. Lantik yang bukan-bukan karang takut DAP tak suka pulak. Hai.. pening betul PAS nampaknya.

PAS ni selain daripada pandai berkata-kata dengan kata lain pakar dalam bab bercakap banyak, mereka juga sebenarnya mempunyai satu lagi kepakaran yang hebat yang sememangnya telah digunakan dengan berkesan sejak berjaya mengambil alih Kelantan daripada BN pada tahun 1990.

Kepakaran hebat PAS yang tidak dapat dipertikai tersebut lalah tak lain dan tak bukan kepakaran buat slogan dan tukar nama. Contohnya PAS berjaya buat slogan Membangun Bersama Islam. PAS juga berjaya tukar nama Pantai Cinta Berahi kepada Pantai Cahaya Bulan. PAS berjaya tukar nama Pasar Besar Kota Baru kepada Pasar Siti Khadijah. Semua itu merupakan kejayaan terbesar PAS jika tidak diambil kira kejayaan membina patung buddha terbesar.

Selaras dengan kejayaan ibu negeri lain mendapat status bandaraya, PAS juga ingin melihat bandar Kota Bharu dipanggil dengan panggilan bandaraya. Nak sebut Bandaraya Kota Bharu dah memang tak layak. PAS lalu letak nama Kota Bharu Bandaraya Islam. Untuk menyaingi bandar-bandar di negeri lain yang semakin maju. PAS kata Kota Bharu juga dah maju sebab ada pasaraya Tesco.

Oleh kerana kepakaran yang ada pada PAS tersebut dan demi untuk memuaskan hati abang besar DAP, selain daripada untuk menarik sokongan pengundi Cina dan penganut Kristian untuk mengundi PAS, kalau hanya setakat tukar slogan daripada negara Islam kepada negara berkebajikan saja saya rasa masih belum cukup sebenarnya.

PAS perlu buang perkataan Islam daripada nama parti tersebut. PAS boleh letak nama Parti Kebajikan SeMalaysia (PKS) ke, nama Parti Ampu DAP (PAD) ke, Parti Benci UMNO (PBU) ke, Parti Dengki Kejayaan UMNO (PDKU) ke, Parti Tiru Kebajikan UMNO (PTKU) ke dan macam-macam lagi la nama yang cantik-cantik. Kalau PAS dapat buat macam tu barulah PAS dan DAP dikatakan tidur sebantal mimpi sama-sama. Saya rasa ramai yang akan kagum dengan keberanian PAS. Baru la sesuai kalau PAS nak bertanding di kawasan campur.

FIKIR-FIKIRKAN..

JANGAN MARAH..

PAS Tak Berubah Dulu, Kini Dan Sampai Dimusnahkan Anwar

Heboh diperkatakan bahawa PAS telah tukar dasar perjuangan. Perjuangan PAS untuk memertabatkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam telah ditukar kepada negara berkebajikan.

Walau bagaimanapun, jika difikirkan secara mendalam PAS sebenarnya tidak pernah tukar dasar perjuangan dan matlamatnya. Sebabnya PAS memang tak pernah ada dasar perjuangan dan matlamat yang jelas selain daripada melangsaikan dendam kesumat yang lebih difaktorkan oleh rasa dengki dan iri hati terhadap UMNO .

Buktinya PAS tidak pernah melaksanakan sebesar habukpun dasar Islam yang dikatakan diperjuangkan oleh mereka. Mereka tiada matlamat dan hala tuju yang jelas untuk dicapai. Mereka cuma ada rasa hanyut, lalok dan syok sendiri.

PAS seperti meludah ke langit dan selepas itu menunggu untuk menadah balik ludah tersebut sebelum terjatuh ke tanah. PAS selama ini hanya tahu kritik semua dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan dan selepas itu mereka jugak menggunapakai dasar tersebut.

Contohnya PAS mengkritik pelaksanaan dasar Islam Kerajaan dan mempertikaikan kewujudan Bank Islam. PAS kata Bank Islam hanyalah Islam pada kulitnya saja tetapi isinya sama saja masih melibatkan riba. Tetapi bila Kerajaan PAS Kelantan mula menggunakan perkhidmatan Bank Islam, PAS kata itulah bukti PAS selangkah untuk melaksanakan dasar Islam sepenuhnya. Sedangkan pada hakikatnya  PAS hanya duduk goyang kaki dan makan gaji buta.

PAS mengkritik pelaburan ASB sebagai haram. Tetapi merekalah yang banyak melabur dalam amanah saham tersebut. Ternyata yang haram bukannya pelaburan ASB tetapi duit gaji buta mereka yang dilaburkan dalam ASB.

Habis tu apa yang PAS dah tukar sebenarnya? Disebabkan PAS hanya tahu bercakap sahaja tapi kerja tak pernah buat, mereka hanya tukar tajuk untuk bercakap. PAS baru jumpa modal baru untuk bercakap memandangkan modal lama mengenai negara Islam dan Dasar Islam dah dilaksanaan oleh Kerajaan. PAS nak cakap jugak takut abang besar DAP terasa hati pulak. PAS tengok trend di seluruh dunia harga barang dah naik, PAS rasa kalau bercakap pasal negara kebajikan pun ok jugak daripada tak bercakap langsung. Kalau tak bercakap langsung lagi cepat PAS hancur.

PAS lupa mereka dah perintah tiga negeri selama tiga tahun ini. PAS sebenarnya tak payah cakap banyak. Jika PAS rasa nak buat negara kebajikan, PAS dah boleh mulakan sejak tahun 2008. Kalau tiga tahun terlalu  baru sangat PAS patut dah banyak buat kebajikan kepada rakyat Kelantan sejak lebih 20 tahun lepas. Tetapi PAS pilih untuk bercakap banyak saja. PAS tak tahu cara nak buat kerja. Nak belajar cara bagaimana nak buat kebajikan daripada UMNO, PAS rasa malu.

Akhirnya PAS hanya bercakap sajalah. Bila lapar PAS berhenti makan. Bila sampai masa sembahyang, PAS sembahyang. Kalau kalau masa berdoa tu rasa sedih sikit dan terkeluar air mata, PAS cepat-cepat ambil gambar, cetak besar-besar dan letak tepi jalan. Malam, bila rasa mengantuk, PAS tidur. Bangun pagi esok PAS bercakap lagi. Cukup bulan cucuk duit ambik gaji. Itulah PAS dulu, kini dan sampai PAS hancur tak lama lagi.

FIKIR-FIKIRKAN..

JANGAN MARAH..

Rabu, 8 Jun 2011

PAS Tinggalkan Islam Demi Putrajaya

KENYATAAN Joceline Tan dalam analisisnya di akhbar The Star kelmarin mengenai kesan pemilihan Pas merumuskan secara tepat apa yang berlaku bila beliau berkata,‘‘Pemilihan Pas menunjukkan betapa kebulurnya parti itu untuk memenangi pilihan raya umum, kebuluran yang menyebabkan mereka bersedia berkompromi dengan dasar “kepimpinan ulama’" parti tersebut!".
Deklarasi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa ‘Pas Islam pergi’ akan mengetepikan perjuangan penubuhan ‘negara Islam” dan mengubahnya kepada slogan “negara kebajikan” adalah bukti jelas kenyataan di atas.

Kesanggupan beliau menyatakan “konsep negara Islam” tidak ada dalam al-Quran bagi menghalalkan perubahan dasar itu membuktikan kesanggupan neo-Pas melakukan apa sahaja untuk memenuhi impian ke takhta Putrajaya.

Ini adalah kenyataan daripada seseorang yang 30 tahun lepas sanggup mengisytiharkan UMNO sebagai kafir kerana tidak mahu melaksanakan hudud, qisas dan ta‘zir dan menolak penubuhan negara Islam.

Sebab itu ada hadis Melayu menyebut “Kalau nak meludah jangan ke langit, kerana kelak akan terkena muka sendiri!".

Melaksanakan negara Islam bermakna melaksanakan juga konsep kebajikan, sebab di dalam Islam ada ciri kebajikan. Tetapi melaksanakan negara kebajikan belum tentu melaksanakan negara Islam, sebab bukan semua kebajikan itu Islamik.

Abu Talib adalah antara manusia paling hebat membuat kebajikan; beliau membela, membesar, melindungi dan mempertahankan Rasulullah SAW, tetapi beliau tetap kafir. New Zealand dan Sweden adalah antara negara yang dikenali sebagai welfare state - “negara kebajikan”, tetapi mereka tetap negara kafir.

Menukar slogan daripada ‘negara Islam kepada ‘negara kebajikan adalah sekadar retorik politik, tetapi malangnya al-Quran dijadikan sandaran kepada retorik ini!

Teman sebenarnya bersimpati dengan Abdul Hadi. Teman sangat menghormati beliau sebagai seorang agamawan yang tegas walaupun tidak banyak bercakap, namun beliau kini tersepit di antara ‘impian ke syurga’ dengan ‘kilauan Putrajaya’.

Kenyataan beliau bahawa pemilihan kepimpinan Pas yang baru adalah “Kabinet perang pilihan raya” beliau mengundang satu persoalan besar: perang untuk siapa?

Adakah Abdul Hadi terlupa ada di antara kaum Anwarinas yang dimahkotakan perwakilan baru-baru ini pernah secara terbuka mencabar beliau supaya meletak jawatan. Juak-juak mereka di luar sana juga pernah menghina Abdul Hadi secara terbuka dengan mendesak beliau meletakkan jawatan Presiden.
Malah mereka berkata Abdul Hadi adalah ‘penghalang besar mereka ke Putrajaya! Teman tidak terkejut jika konspirasi halus akan dibuat untuk menekan Abdul Hadi sama ada meletak jawatan, atau ‘ISA -Ikut Saja Anwarinas!

Dan itulah yang telah Abdul Hadi lakukan. Tindakan pertama beliau sebagai Presiden bagi kaum Anwarinas membuktikannya; kenyataan beliau secara terbuka semasa ucapan penangguhan menolak kilp video yang didakwa membabitkan Anwar, atas alasan tidak ada 4 saksi, adalah bukti jelas betapa tersepitnya beliau.

Kenyataan beliau ini sebenarnya memperlekehkan hukum dan undang-undang Islam, seolah-olah Islam tidak menerima kemajuan sains dan teknologi, seolah-olah hukum Islam ini statik dan jumud, tidak mengikuti perkembangan masa!

Adakah wanita yang mengadu dirogol wajib membawa empat orang saksi; tidak cukupkah DNA, klip video, CCTV, kajian forensik dan lain-lain untuk mensabitkan kesalahan serangan seksual itu?
Sebenarnya teman yakin Abdul Hadi tahu, jauh di hati kecilnya siapa pelaku dalam klip video itu. Bak kata beberapa ulama Pas yang pernah menonton, “Sukar untuk nak kata itu bukan Anwar!!!".
Abdul Hadi tahu isunya bukan qazaf, bukan zina; tetapi kelayakan untuk memimpin dan menjadi pemimpin.

Dan Abdul Hadi tahu klip video itu membuktikan manusia yang ditabal isterinya sendiri tidak layak menjadi pemimpin, tetapi sayang, Abdul Hadi tersepit kelemasan dalam gelombang kemunculan kaum Anwarinas!

Pemilihan kali ini menyaksikan kaum Anwarinas berjaya menguasai saf kepimpinan Pas. Sebagaimana idola mereka, kaum Anwarinas ini adalah kaum yang sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi nafsu politik mereka.

Dan yang lebih merbahaya, ini adalah kaum yang akan bersedia menggunakan al-Quran dan sunah untuk menghalalkan apa sahaja yang akan mereka lakukan, sebiji sebagaimana yang dibuat oleh Attarturk semasa menghalalkan tindakan menghancurkan Islam dengan menggunakan Islam.
Sebab itu mereka tidak layak dilabel “Erdogan”, kerana prinsip dan perjuangan Reccep Tayyib Erdogan jauh berbeza dengan mereka.

Lebih layak mereka diberi label “Attarturk”, atau lebih afdal “kaum Anwarinas”, kerana kiblat mereka ialah manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah Tuhan, bukannya Abdul Hadi.

Kaum Anwarinas mendakwa mereka sangat menghormati ulama. Malah mereka menegaskan akan memperkasakan ulama di dalam Pas. Ternyata ini sekadar retorik politik dan pemanis mulut sahaja! Inilah kaum yang pernah menuntut Abdul Hadi meletakkan jawatan. Beberapa hari sebelum pemilihan, juak mereka menghina Abdul Hadi dengan mendesak beliau mengosongkan jawatan Presiden.
Nasihat para ulama seperti Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Haron Din dan Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib agar kepimpinan ulama sedia ada dikekalkan, mereka tolak macam sampah. Hari ini mereka ‘pootar-poosing’ mendakwa sangat menghormati dan akan memperkasakan ulama.
Umat Islam dan rakyat negara ini perlu bersedia berhadapan dengan satu fenomena baru politik machiavelli yang akan dibawa oleh kaum Anwarinas ini.

Ia adalah kaum yang mana prinsip utamanya ialah “matlamat menghalalkan cara”. Kalau kalimah Allah SWT pun mereka sanggup gadai-jual demi politiking yang melampau, maka politiking kaum ini memang tidak ada sebarang batasan.

Kalau anak isteri mereka boleh jadikan bahan gadaian politik dengan “baiah talak tiga”, umat dan rakyat boleh bayangkan apa yang mereka boleh dan sanggup lakukan demi sedikit mahkota kekuasaan!
Ingatlah, inilah kaum yang dahulu pernah melabel Anwar Ibrahim dengan gelaran “Al-Juburi”. Inilah kaum yang pernah melabel Anwar sebagai “kafir”, termasuk di atas mimbar Jumaat.

Inilah kaum yang pernah melabel syiah sebagai “kafir”. Inilah kaum yang pernah mengisytiharkan berkawan dengan kafir itu kafir - arridho bil kufr, kufr bentak mereka. Tapi hari ini, kaum ini juga menjadi penjilat Anwar nombor wahid! Inilah kaum yang hari ini menjadikan syiah sebagai rakan sekutu.

Inilah kaum yang hari ini yang sanggup tidur sebantal dengan DAP! Inilah kaum yang hari ini melabel Sahibus Samahah Mufti Perak dengan gelaran “haramsani”.

Inilah kaum yang hari ini mengatakan “negara Islam” tidak ada dalam al-Quran!!! Kaum Anwarinas ini adalah kaum yang bersedia melakukan apa sahaja; politik mereka tanpa batas tiada sempadan; semuanya halal bila boleh memuaskan nafsu serakah mereka!

Artikel di atas adalah tulisan Zul Nordin dalam Utusan Malaysia. Dulu cikgu Mala tinggalkan suami demi lelaki lain. Sekarang PAS tinggalkan Islam demi Putrajaya.

FIKIR-FIKIRKAN..

JANGAN MARAH..

Isnin, 6 Jun 2011

Matlamat Baru PAS : Kena Selalu Jaga Hati Abang Besar DAP

Semua orang tahu tujuan PAS ditubuhkan iaitu untuk kepentingan Islam sama ada untuk tegakkan hukum Islam, tubuhkan negara Islam dan untuk lain-lain kepentingan Islam.

Malangnya sejak pilihan raya umum ke 12 semuanya dah berubah. PAS mula nampak nak ke Putrajaya saja. Dengan kata lain PAS hanya kejar kuasa, bukan kejar kebenaran. PAS tersentuh hati bila Cina DAP pura-pura minat mendekati Islam dan nak baca Quran. PAS tak sedar itulah kelemahan mereka yang digunakan sepenuhnya oleh DAP.

Dalam muktamar PAS pun PAS dah tak berani nak sebut tentang negara Islam dan hukum hudud yang menjadi perkara wajib untuk diperkatakan dalam semua perjumpaan PAS sebelum ini. Apatah lagi PAS nak sebut tentang penderitaan rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim yahudi.

PAS boleh diibaratkan seperti seorang yang bercakap di atas pentas dan disaksikan oleh salah seorang DAP. PAS bercakap sambil memandang kepada DAP. Jika DAP angkat jari tanda bagus PAS akan rasa lega dan puas hati.

Begitulah balasan Allah terhadap golongan yang menuduh kepada orang lain di atas perkara yang tidak benar. Perkara tersebut akan berbalik dan menimpa mereka kembali. Sebelum ini PAS tuduh UMNO kafir kerana berkerjasama dengan orang kafir iaitu MCA dan MIC. Tetapi sekarang mereka sanggup jadi balaci kepada kafir harbi DAP.

Kepada ulama PAS yang saya hormati sekelian terutamanya Dato' Harun Din. Saya tahu Dato' pasti tengah memikirkan kedudukan Dato' dalam PAS. Saya harap Dato' buatlah keputusan segera demi masa depan Islam dan ummatnya.

ALANGKAN BENARNYA FIRMAN ALLAH TAALA..

FIKIR-FIKIRKAN..

JANGAN MARAH..

Rabu, 1 Jun 2011

Lidah Ustaz PAS Kelu Disoal Zul Nordin

YB Datuk Zulkifli Noordin ialah Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu di Kedah. Semua orang mengenali beliau sebagai orang yang sangat setia dengan Anwar Ibrahim @ Pak Sheikh.
YB Zul juga ialah salah seorang ahli pasukan peguam Anwar yang bermati-matian mempertahankan anak guamnya itu daripada tuduhan liwat yang dihadapi bekas Timbalan Perdana Menteri itu, semasa zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad dulu.

Dia juga berada di belakang Anwar semasa pilihan raya umum 2008 sehinggalah beliau sendiri memenangi kerusi yang disandangnya sekarang atas tiket PKR.
Pada masa itu, YB Zul (yang saya kenali) turut mempertahankan DAP, yang terkenal dengan sikap cauvinis menebal mereka terhadap Melayu dan Islam. Namun, hari ini beliau telah berubah. Pusing 360 darjah. Keluar dari PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas. Mengapa beliau bersikap begitu?
Sebenarnya YB Zul tahu ‘luar dalam’ siapa itu Anwar. Gelora hatinya tidak boleh ditahan lagi. YB Zul tidak boleh berkompromi dengan pihak yang sanggup menggadaikan agama dan bangsa demi menyelamatkan tengkoknya sendiri.

Lebih daripada itu, beliau tidak mahu lagi bermuka-muka dengan pihak yang hipokrit – puak Anwarinas Pas mahupun PKR, yang kini bergerak di surau-surau, masjid-masjid membawa mesej “fitnah-fitnah-fitnah” menggunakan hadis dan al-Quran sebagai nas mereka mempertahankan Anwar Ibrahim.

Ikuti dialog YB Zul (yang membahasakan dirinya teman) dengan seorang ustaz ‘Anwarinas’ di sebuah masjid, yang saya petik penuh daripada blog beliau: http: //zul4kulim.blogspot.com/

KEBETULAN teman singgah solat di sebuah masjid (nama tidak akan disebut). Selepas solat, kebetulan ada ceramah oleh seorang Ustaz kawan teman yang juga aktivis sebuah parti politik. (juga nama tidak akan disebut). Semasa berceramah, kawan teman ini tidak perasan yang teman ada di situ. Teman pun dok berlonggok dengan para jemaah masjid yang lain, yang ada dalam 30-50 orang, termasuk jemaah wanita.

Ustaz kawan teman ini memulakan ceramah dengan membaca Surah Al-Hujurat ayat 6 dan An-Nur ayat 4. Lalu beliau mengupas tentang isu videoklip dan mendakwa ianya adalah satu fitnah besar menuduh orang berzina (cara dia kupas macam dia yang buat videoklip tu, walaupun sebenarnya dia tengok pun tak lagi). Malah beliau menyebut terus nama manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah Tuhan sebagai mangsa fitnah zina, dan mendakwa mereka yang menuduh sebagai layak dihukum qazaf. Malah beliau menambah bahawa beliau hairan mengapa YAB Datuk Seri Najib boleh terlepas daripada tuduhan membunuh Altantuya sebaliknya “insan suci” (ni perkataan Ustaz tu yop) Anwar Ibrahim terus difitnah.

Kemudian Ustaz ni membawa kisah Nabi Yusuf a.s yang turut menjadi mangsa fitnah. Dan cara beliau bawa cerita tu seolah-olah Anwar dan Nabi Yusuf sama taraf yop!!!
Kebetulan ada makan-makan disediakan selepas ceramah, teman ambil kesempatan untuk bertanya beberapa soalan. Teman tidak mahu bertanya secara terbuka selepas ceramah, khuatir nanti akan meletakkan Ustaz kawan teman tu serba salah. Lalu teman pun ambil peluang untuk bertanya sambil makan-makan. Boleh nampak wajah Ustaz kawan teman itu seperti tidak selesa menyedari teman ada di situ. Lalu bermulalah dialog teman dengan Ustaz kawan teman ni:

ZN: Salam Ustaz, ana nak tanya adakah Ustaz sudah menonton sendiri videoklip tersebut sepenuhnya, atau versi yang singkat itu?

Ust: Ana tidak gamak menengok sebab ianya haram! Malah sesiapa yang tengok itu semuanya haram dan melakukan dosa besar!

ZN: Bagaimana Ustaz tahu haram sedangkan Ustaz tengok lagi pun tidak? Baik, ana nak tanya, kalau seorang perompak pecah masuk rumah seseorang, dan setelah merompak, dia merogol pembantu rumah orang tu, kemudian dia lari. Kebetulan rumah tersebut ada video CCTV, adakah haram bagi polis melihat video itu untuk mengecam perompak/perogol tersebut? Adakah haram polis menyebarkan video itu di media cetak, elektronik dan siber untuk mengecam perompak/ perogol itu?

UST: Itu isu lain, itu satu jenayah! Sebenarnya videoklip ke, DNA ke tidak boleh dijadikan bahan bukti di mana-mana Mahkamah Syariah! (kata Ustaz dengan agak meninggi suara) (Nota: teman agak terkejut dengan kenyataan ini kerana jelas memperbodoh dan memperlekeh Islam seolah-olah menolak sains & teknologi sedangkan di zaman kegemilangannya Islam mempelopori sains & teknologi).

ZN: Di mana lainnya Ustaz? Soalnya sekarang ialah ada satu bahan bukti yang boleh mengecam siapa pelakunya, bukan perlakuan itu yang nak didedahkan! Baik, bagaimana pula kalau ada aduan menyatakan suami seseorang itu nusyuz dan mengadakan hubungan sulit dengan wanita lain. Mereka didapati pergi ke sebuah hotel. Yang ada hanya bukti CCTV yang kebetulan ada di dalam bilik hotel itu. Takkan tidak boleh si isteri guna video CCTV itu untuk membuktikan suaminya curang?
UST: (tak menjawab).

ZN: Isunya sekarang Ustaz, videoklip itu diperlukan pertama untuk mengecam dan membuktikan pelaku dan watak di dalamnya, bukan membuktikan perbuatan di dalamnya. Hanya setelah terbukti siapa pelakunya baru kita pergi ke peringkat selanjutnya iaitu apa yang dibuat oleh para pelaku tersebut. Apakah itu salah dan berdosa?

UST: Tapi video itu adalah rakaman video lucah! Orang sedang buat seks!

ZN: Tadi Ustaz kata tidak tengok lagi, mana Ustaz tahu? Jadi tidakkah penting untuk Ustaz tengok dulu baru buat rumusan? Tidakkah Ustaz tahu tiada siapa yang membuat tuduhan seks atau zina terhadap Anwar Ibrahim. Datuk Eskay, kawan baik Anwar sendiri, hanya menggunakan video itu untuk memberitahu rakyat bahawa kawannya Anwar tidak layak jadi pemimpin, adakah itu salah?

UST: Tetapi video itu mendedahkan ‘aib seseorang, dan mendedahkan ‘aib seseorang itu dilarang dan adalah haram hukumnya dalam Islam (lalu Ustaz membaca sepotong ayat al-Quran).

ZN: Kalau ada seseorang datang meminang anak perempuan Ustaz, dan kebetulan ana tahu akhlak dan karekter peminang tersebut, dan kebetulan ana ada satu videoklip menunjukkan perangai peminang itu, adakah ana berdosa ana memberitahu Ustaz dan menunjukkan video itu sebagai bukti keterangan ana?

UST: Itu soal peminangan, tidak ada kena mengena dengan videoklip seks ini.

ZN: Tapi Anwar Ibrahim mahu “meminang” seluruh rakyat Malaysia, tidakkah seluruh rakyat Malaysia berhak mengetahui akhlak dan karekter sebenar beliau sebab mereka yang akan menentukan sama ada mahu menerima “pinangan” Anwar Ibrahim atau tidak?

UST: Bukan begitu caranya, banyak cara lain yang boleh dibuat!

ZN: Bagaimana cara lain itu Ustaz?

UST: (Tidak menjawab tetapi sebaliknya berkata) Ana rasa elok kita tangguhkan dulu sembang kita kerana para jemaah lain mungkin ada urusan lain.
(Seorang jemaah menjawab, “takpa Ustaz, kami pun nak tau jugak. Kebetulan YB ada sini eloklah Ustaz perjelaskan”).

ZN: Ana nak sentuh isu qazaf yang Ustaz sebut. Bukankah qazaf ini berlaku hanya jika seseorang menuduh tanpa bukti orang lain melakukan zina?

UST: Ya, dan jika penuduh itu gagal membawa empat orang saksi yang cukup syaratnya penuduh itu hendaklah dihukum qazaf dengan 80 sebatan.

ZN: Tetapi di dalam kes videoklip ini, Datuk Eskay atau mana-mana pihak lain tidak pernah membuat tuduhan untuk membuktikan Anwar berzina. Mereka cuma sekadar nak buktikan Anwar tidak layak menjadi seorang pemimpin umat Islam dan negara ini, dan video itu sebagai bukti. Itupun kita perlu tunggu sehingga polis mengesahkan ketulenan videoklip itu dan siapa watak-wataknya? Apakah itu juga termasuk dalam qazaf?

UST: Soalnya bukan menuduh zina, tetapi ianya videoklip menunjukkan perbuatan seks! Itu sudah cukup untuk mewujudkan qazaf! (Nota: padahal Ustaz ni video tu pun tak tengok lagi!)

ZN: Adakah pendirian Ustaz kalau ada wanita mengadu dirogol juga perlu membawa empat orang saksi, kalau tidak dia akan diqazaf?

UST: Sesiapa juga yang menuduh seseorang dengan tuduhan membabitkan seks sama ada zina, rogol, liwat dan lain-lain, hukum Islam memerlukan empat orang saksi. Jika tidak, orang itu hendaklah dikenakan qazaf iaitu disebat!

ZN: (Teman agak terkejut dengan jawapan Ustaz ni) Tidakkah Ustaz rasa dengan cara itu tiada wanita akan berani membuat laporan polis mengadu dirogol! Tidakkah itu akan menggalakkan jenayah rogol, kerana para penjenayah ini akan tahu tiada siapa boleh bawak empat orang saksi. Adakah ini cara sistem keadilan Islam? Ana rasa ini bukan cara yang Islamik?

UST: Islam lebih memelihara kehormatan seseorang, sebab itu Allah mewajibkan empat orang saksi (lalu Ustaz membaca sepotong ayat al-Quran dan satu hadis) (kemudian Ustaz menceritakan mengenai tuduhan seorang wanita Yahudi terhadap anak Saidina ‘Umar).

ZN: Tapi macam mana dengan kehormatan wanita yang telah dirogol itu? Tidakkah Islam sangat menjaga kehormatan dan kemuliaan wanita, serta membela dan mempertahankan mereka? Satu lagi soalan ana nak tanya, Ustaz kata adalah satu fitnah bercakap tanpa bukti. Sekarang secara terbuka Ustaz menuduh Datuk Seri Najib sebagai pembunuh Altantuya. Apa bukti yang Ustaz ada?

UST: (Langsung tidak menjawab sebaliknya terus tutup majlis) Sorilah ana terpaksa pergi dulu kerana ada program lain. Assalammu‘alaikum.

Begitulah secara ringkas dialog di antara teman dengan kawan teman Ustaz lulusan pengajian Islam ini. Tujuan teman bukan untuk mempertikaikan Ustaz kawan teman ni, sebab itu teman tidak sebut nama dan lokasi tempat dialog itu. Malah teman sangat menghormati komitmen dan dedikasi Ustaz ni menyampaikan ceramah siang dan malam. Cuma teman kasihan kepada para jemaah yang kebanyakannya tidak tahu hujung pangkal, datang dengan ikhlas untuk menimba ilmu tetapi menerima sogokan politik murahan yang teman rasa bertopengkan agama dan kitab.

Dan teman kasihan kepada sahabat teman itu, yang mungkin ikhlas orangnya, tetapi dikalkatukan oleh kabus-kabus politik kepartian yang terlalu sempit. Semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita semua.

Cerita ni saya petik daripada Utusan Malaysia hari ni. Hebat Utusan Malaysia ni sebenarnya. Dulu saya baca Utusan pada hari Sabtu dan Ahad saja sebab di pejabat dah ada akhbar lain. Tapi sejak PR buat kempen boikot Utusan, saya mula membelinya setiap hari. Sebelum pergi kerja beli dulu, simpan kat rumah. Lepas balik rumah baru baca.

Apapun petikan kat atas menunjukkan kepada kita dengan jelas sekali mentaliti orang PAS. Bab soal dan kritik orang lain dialah nombor satu. Tapi bila kena tanya sikit lidah kelu tak terkata.

FIKIR-FIKIRKAN..

JANGAN MARAH..

Ahad, 29 Mei 2011

Tips Nak Kenal PAS

Dah lama tak update. Hari ni saya nak kongsi satu tips iaitu bagaimana cara nak kenal PAS. Caranya mudah saja.

Kalau PAS tuduh macam-macam benda negatif kat UMNO, itu menandakan 3 benda atau petunjuk saja yang pasti dapat dikesan.

1. PAS telah buat perkara tersebut.

2. PAS sedang buat benda tersebut.

3. PAS akan melakukannya bila mereka dapat peluang.

Contoh yang paling jelas ialah berkaitan tuduhan PAS bahawa UMNO menggunakan pengundi hantu. Sebenarnya sebelum PAS tuduh UMNO mereka dah lama buat benda tu.

Semasa zaman saya bersekolah di Kelantan pada tahun 80-an saya telah melihat sendiri perkara tersebut berlaku di depan mata saya. Semasa hari pengundian PAS membawa masuk pengundi yang entah dari mana datangnya menggunakan beberapa kenderaan. Yang saya pasti mereka semua tak pernah langsung saya lihat sebelum itu.

Berdasarkan cakap-cakap di kalangan orang PAS sendiri, mereka telah memindahkan pengundi daripada kawasan yang mereka yakin akan kalah ke kawasan yang kedudukannya 50-50.

Tidak berapa lama kemudian kedengaran mereka mula menuduh UMNO menggunakan pengundi hantu mereka bertindak menahan kenderaan yang mereka tidak kenali. Bagi mereka sebarang individu yang mereka tak kenal adalah orang luar yang datang untuk mengundi di kawasan tersebut.

Bukan tuduhan tentang pengundi hantu sahaja. Bahkan semua tuduhan yang mereka lemparkan kepada UMNO sebelum ini termasuk tuduhan kafir sebab berkawan dengan orang kafir dan tuduhan rasuah juga telah mereka buat sebaik saja dapat peluang.

Itulah PAS. Mereka merasakan mereka adalah manusia yang paling baik sekali. Sekiranya mereka melakukan kejahatan sekalipun bagi mereka orang lain tetap lebih jahat daripada mereka atau setidak-tidaknya sama jahat dengan mereka. Tak akan ada orang lain yang lebih baik daripada mereka.

FIKIR-FIKIRKAN..

JANGAN MARAH..

Selasa, 22 Februari 2011

Kejayaan Terbesar PAS : Ditarbiah Oleh DAP

EPISOD hubungan Pas dengan DAP yang turut dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah banyak diperkatakan. Setiap kali Dr. Mahathir mengkritik Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat, beliau tangkas menjawab balas.

Dalam episod terbaru mengenai Pas dan DAP, Mursyidul Am Pas itu menyuarakan, hubungan tersebut membolehkan Pas memperkenalkan Islam kepada DAP kerana perkara itu gagal dilakukan oleh UMNO.

Bagi Nik Aziz, hasil hubungan akrab tersebut, serangan DAP terhadap Islam telah bertukar. Kata tok guru itu, “serangan DAP kepada Islam, alhamdulillah sekarang ini bertukar daripada langkah mayat kepada boleh berunding.”

Sejauh mana dakwaan itu benar? Apa yang dirunding, sedangkan sebarang perkara berkaitan agama Islam, mahu dihumban ke tepi oleh kepimpinan DAP. Contohnya boleh dilihat perkembangan Islam di negeri yang dikuasai DAP.
Akibat kenyataan seumpama itu juga, dapat dilihat sekarang keghairahan pemimpin DAP keluar dan masuk masjid serta surau tanpa menjaga sensitiviti umat Islam.

Apa yang telah ditarbiah dan didakwahkan oleh Nik Aziz kepada pemimpin DAP? Tak nampak pun kebaikannya, di sebaliknya semakin bertambah angkuh beberapa wakil rakyat parti itu bertindak kurang ajar dan biadab ketika memasuki kawasan ibadat umat Islam.

‘Lesen’ kononnya DAP sudah memahami Islam itu dipergunakan apabila DAP ghairah ‘menonjolkan soal keislaman’ sebagai pendekatan baru untuk menarik orang Melayu kepada parti tersebut.

Amat memeranjatkan sebuah parti yang menolak penubuhan Negara Islam melakukan perubahan nilai. Tidak pernah pun ada dalam perjuangan sosialis DAP selama ini ghairah menonjolkan unsur-unsur keislaman.

Perkara yang sangat pelik ini sedang wujud dan harus diberi perhatian serius. Ini kerana kita tidak mahu orang Melayu Pas, PKR, Melayu liberal dan Melayu yang tidak memihak sesiapa terlupa bahawa di belakang parti itu ada pemimpin yang tidak menitik beratkan Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan iaitu agama Islam sebagai agama rasmi, Perkara 153 yang menjamin keistimewaan orang Melayu dan juga penduduk asal Sabah dan Sarawak serta bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Kerana mahu menunjukkan kesetiakawan dengan DAP, perjuangan Pas yang asal untuk menegakkan hukum Hudud kini telah berubah menjadi perjuangan membela bangsa lain iaitu DAP. Hudud tinggal kenangan.

Masihkah anda ingat bagaimana Nik Aziz mengatakan beliau tidak berbangga dengan kejadian dirinya sendiri sebagai bangsa Melayu. Jadi tak menghairankan kini Nik Aziz bersama-sama DAP amat lantang menentang Islam dan Melayu.
Sebagai parti politik, Pas sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan kepentingan politik mereka terjamin dan menghalalkan apa yang mereka lakukan.

Kalau dulu mereka kata bekerjasama dengan orang kafir, kita akan jadi kafir, tetapi kini mereka melakukan perkara sama dan dipertahankannya dengan pelbagai alasan.

Pas menuduh UMNO kafir apabila bekerjasama dengan MCA dan MIC tetapi kini mereka melakukan perbuatan sama apabila bersekongkol dengan DAP.

Banyak situasi sudah kita lihat bagaimana Nik Aziz sanggup menukar tafsiran terhadap Islam kerana politik. Beliau antara pemimpin Pas paling cekap memanipulasi pemikiran dan menukar tafsiran dalam apa-apa isu termasuk menjadikannya selari dengan kehendak rakan bukan Islam.

Sekali lagi, masihkah anda ingat bagaimana Pas menghalalkan tindakan khatib mendoakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat bagi menggantikan Yang di-Pertuan Agong dengan alasan untuk menarik bukan Islam kepada Islam.

Begitu juga kes Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching mencemari kali kedua kesucian institusi Islam dengan memakai pakaian ketat dalam majlis senamrobik di pekarangan masjid.

Apakah semua ini dilakukan oleh Nik Aziz kerana percaya DAP lebih menghormati Islam daripada UMNO. ‘Ustaz dan ustazah’ DAP sudah mampu memberikan salam dan membaca hadis walaupun belum berkhatan dan mengucap?

Sejak kebelakangan ini, atas nama perkongsian matlamat politik, batas-batas kesucian Islam cuba dilanggar. Selain ruang solat dimasuki, ayat-ayat suci al-Quran dibaca dan diterjemah oleh pemimpin bukan Islam dalam DAP dan PKR.

Janganlah kerana hendak undi politik, maka Nik Aziz dan Pas membiarkan DAP dan bukan Islam lain mencemarkan kesucian agama kita?

FIKIR-FIKIRKAN..

JANGAN MARAH..

Sabtu, 19 Februari 2011

Apa Bukti PAS Tarbiah DAP

KUALA LUMPUR 18 Feb. - Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) yang mengakui tujuan Pas bekerjasama dengan DAP adalah untuk memperkenalkan Islam kepada sekutu politiknya itu disifatkan sebagai amat meragukan.


Setiausaha Agung Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Tengku Amalluddin Sani Raja Ahmad Sufian berkata, ini kerana kerjasama Pas dengan DAP dilihat lebih berkepentingan politik daripada keutamaan 'memperkenalkan' Islam.

Lagipun katanya, DAP telah wujud sejak berpuluh tahun lalu di negara ini dan parti itu sepatutnya telah memahami Islam memandangkan ia merupakan agama rasmi di Malaysia.
Justeru, katanya, Nik Abdul Aziz dicabar supaya mengemukakan bukti serta pelan perancangan parti tersebut dalam memperkenalkan Islam kepada DAP seperti yang diakui Menteri Besar Kelantan itu.

"Jika benar seperti apa yang didakwa Nik Aziz, JMM tidak akan teragak-agak untuk menyokong dan menyertai Pas dalam wadah memperkenalkan Islam kepada DAP, saya mahu lihat pelan perancangan beliau (Nik Abdul Aziz) dahulu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz mengenai perkara itu di Kota Bharu semalam.

Kenyataan menteri besar itu merupakan susulan daripada percakarannya dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kebelakangan ini, yang antaranya mempersoalkan tentang kewajaran Pas bekerjasama dengan DAP.
Menurut Nik Abdul Aziz, hasil kerjasama Pas dengan DAP setakat ini memperlihatkan DAP kini tidak lagi menyerang Islam seperti sebelumnya.

Tengku Amalluddin kemudiannya secara sinis menambah, Pas diminta supaya 'memperkenalkan' Islam kepada DAP secara penuh berhemah supaya agama itu terus dihormati.

"Jangan sampai (Pengerusi DAP) Karpal Singh cakap 'langkah mayat saya dahulu' jika mahu mendekatkan Islam kepada DAP," tegasnya.

Dipetik dari UTUSAN MALAYSIA

Fikir-fikirkan

Jangan Marah