Keputusan roboh madrasah muktamad – Azizan
ALOR SETAR 21 Dis. – Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini sekali lagi menegaskan bahawa keputusan untuk merobohkan Madrasah Salihiah Kanchut bagi membina kompleks beli-belah adalah muktamad mengikut ketetapan Majlis Fatwa Negeri.
Kata beliau, tidak timbul lagi sebarang salah faham memandangkan persetujuan telah dicapai oleh kerajaan negeri dan pemaju untuk merobohkan madrasah itu.
“Kerajaan negeri telah bersetuju, jangan salah faham kerana kerajaan negeri dan pemaju telah bersetuju supaya bangunan yang paling akhir dirobohkan adalah madrasah tersebut setelah bangunan kompleks membeli-belah itu siap.
“Semua sudah selesai, memanglah dahulu Majlis Fatwa memutuskan agar bangunan tersebut tidak dirobohkan namun keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada Julai 2011 telah memindanya dan bangunan itu sudah dibenar untuk dirobohkan. Kita boleh bina bangunan di atas tapak madrasah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Darulaman, di sini hari ini.
Beliau mengulas notis penangguhan mengosongkan bangunan madrasah tersebut di Jalan Tambang Badak dekat sini yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) kepada Jawatankuasa surau berkenaan baru-baru ini.
Pelbagai pihak termasuk Jawatankuasa madrasah tersebut mengecam tindakan kerajaan negeri yang membenarkan madrasah berstatus tanah wakaf khas dan berusia 100 tahun itu dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah kompleks membeli-belah.
Dalam pada itu, menurut Azizan lagi, pihaknya turut mengarahkan MAIK memperoleh tapak baru bagi menggantikan Madrasah Salihiah tersebut.
“Perkara ini mengikut cadangan daripada Majlis Fatwa di mana pihak pemaju juga sudah memberikan sejumlah pampasan kepada MAIK untuk mencari tapak baru selain surau baru akan dibina dalam kompleks membeli belah ini.
“Saya sudah melihat pelan surau di dalam kompleks tersebut dan berpuas hati,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain kata Azizan, pihaknya berpuas hati dengan projek pembinaan kompleks beli-belah Aman Central yang dijangka siap mengikut jadual ditetapkan.
“Sekarang dalam peringkat untuk merobohkan bangunan lama. Nampaknya ada pembaharuan walaupun baru-baru ini ada pihak minta injunksi mahkamah supaya operasi pembinaannya dihentikan tetapi kini ditolak mahkamah.
“Kita berharap pembinaan bangunan baru akan dilakukan secepat mungkin dan mengubah suasana bandar ini,” katanya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kalau UMNO buat, walau nak roboh suaru sementara untuk diganti dengan surau baru yang kekal, lebih besar dan selesa pun tak boleh. Habis orang PAS mengamuk sampai guling-guling atas jalan. Tapi bila PAS nak robohkan surau yang dah berusia lebih 100 tahun dan digantikan dengan pasaraya. Orang PAS semuanya senyap macam tikus.
PAS mula meninggalkan perjuangan untuk hari akhirat demi mengejar kesenangan dunia yang sementara. Persoalannya. Bolehkah orang kampung nak bersembahyang Subuh secara jemaah dalan surau di pasaraya pada pukul 5 atau 6 pagi?
Fikir-fikirkan..
Jangan Marah..
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
10 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan