Jumaat, 23 Disember 2011

Apakah Terdapat Komplot Di Kalangan Kakitangan Kerajaan Sendiri Untuk Menjatuhkan Kerajaan??

Sebagaimana yang saya selalu ceritakan sebelum ini bahawa terdapat begitu ramai kakitangan Kerajaan Pusat selama ini yang menyokong pembangkang terutamanya mereka yang berpangkat tinggi.

Bila keluarnya pekeliling berkaitan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) baru-baru ini yang berkaitan pelaksanaan gaji minimum ramai kakitangan Kerajaan yang tertanya-tanya mengapakah lampiran berkaitan senarai tangga gaji tidak disertakan?

Bila penerangan diberikan di setiap jabatan dan bila kakitangan Kerajaan mula menerima surat OPTION barulah segalanya terserlah. Betapa berbezanya kenaikan gaji, terutama di kalangan kumpulan pelaksana dengan pegawai atasan terutama JUSA. Begitu juga dengan pegawai yang telah lama berhidmat dengan pegawai baru terutamanya bagi perjawatan kanan.

Gaji pegawai bawahan contohnya N1 yang bergaji RM8++ menerima kenaikan gaji sebanyak RM80 sahaja dan gaji barunya ialah RM9++. Manakala gaji JUSA C RM6,+++ mendapat kenaikan gaji sebanyak RM5,+++ dan gaji barunya ialah RM12,+++.

Begitu juga bagi kumpulan pelaksana yang dah bekerja lebih 12 tahun contohnya N32 yang bergaji RM2,7++ mendapat kenaikan sebanyak RM1++ dan gaji barunya ialah RM2,8++. Manakala kakitangan dalam gred yang sama yang baru saja dinaikkan pangkat yang bergaji RM2,4++ mendapat kenaian gaji sebanyak RM3++ dan gaji barunya ialah RM2,7++.

Ramai kakitangan Kerajaan mula mempertikaikan tentang skim gaji baru tersebut dan ramai yang bertanya Inikah apa yang dikatakan RAKYAT DIDAHULUKAN? Rakyat yang bagaimana?

SBPA seolah-olah sengaja hendak menaikkan kemarahan kakitangan paling majoriti dalam Kerajaan  terutamanya dari kumpulan pelaksana. Apakah ini merupakan komplot oleh tangan hitam dalam Kerajaan sendiri supaya kakitangan Kerajaan mengundi pembangkang terutamanya di parlimen Putrajaya dalam PRU ke 13 nanti?

FIKIR-FIKIRKAN..

JANGAN MARAH..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan