Jumaat, 23 Disember 2011

Apakah Terdapat Komplot Di Kalangan Kakitangan Kerajaan Sendiri Untuk Menjatuhkan Kerajaan??

Sebagaimana yang saya selalu ceritakan sebelum ini bahawa terdapat begitu ramai kakitangan Kerajaan Pusat selama ini yang menyokong pembangkang terutamanya mereka yang berpangkat tinggi.

Bila keluarnya pekeliling berkaitan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) baru-baru ini yang berkaitan pelaksanaan gaji minimum ramai kakitangan Kerajaan yang tertanya-tanya mengapakah lampiran berkaitan senarai tangga gaji tidak disertakan?

Bila penerangan diberikan di setiap jabatan dan bila kakitangan Kerajaan mula menerima surat OPTION barulah segalanya terserlah. Betapa berbezanya kenaikan gaji, terutama di kalangan kumpulan pelaksana dengan pegawai atasan terutama JUSA. Begitu juga dengan pegawai yang telah lama berhidmat dengan pegawai baru terutamanya bagi perjawatan kanan.

Gaji pegawai bawahan contohnya N1 yang bergaji RM8++ menerima kenaikan gaji sebanyak RM80 sahaja dan gaji barunya ialah RM9++. Manakala gaji JUSA C RM6,+++ mendapat kenaikan gaji sebanyak RM5,+++ dan gaji barunya ialah RM12,+++.

Begitu juga bagi kumpulan pelaksana yang dah bekerja lebih 12 tahun contohnya N32 yang bergaji RM2,7++ mendapat kenaikan sebanyak RM1++ dan gaji barunya ialah RM2,8++. Manakala kakitangan dalam gred yang sama yang baru saja dinaikkan pangkat yang bergaji RM2,4++ mendapat kenaian gaji sebanyak RM3++ dan gaji barunya ialah RM2,7++.

Ramai kakitangan Kerajaan mula mempertikaikan tentang skim gaji baru tersebut dan ramai yang bertanya Inikah apa yang dikatakan RAKYAT DIDAHULUKAN? Rakyat yang bagaimana?

SBPA seolah-olah sengaja hendak menaikkan kemarahan kakitangan paling majoriti dalam Kerajaan  terutamanya dari kumpulan pelaksana. Apakah ini merupakan komplot oleh tangan hitam dalam Kerajaan sendiri supaya kakitangan Kerajaan mengundi pembangkang terutamanya di parlimen Putrajaya dalam PRU ke 13 nanti?

FIKIR-FIKIRKAN..

JANGAN MARAH..

Khamis, 22 Disember 2011

Pembangkang Takut Kalau Harga Barang Turun

Pembangkang di Malaysia ni sebagaimana kita semua tahu hanya tahu berpolitik sepanjang masa. Mereka tidak pernah memikirkan tentang kesusahan rakyat. Kebajikan bagi mereka hanya bahan kempen tapi tidak pernah dijadikan realiti terutama di negeri yang mereka perintah.

Pembangkang sangat takut sekiranya Kerajaan menurunkan harga barang walaupun rakyat suka kerana itu akan merugikan masa depan politik mereka. Mereka serang Kedai rakyat 1 Malaysia kerana jual barang pada harga murah tetapi mereka biarkan kedai lain yang menjual barang pada harga yang mahal.

Mereka momokkan kepada rakyat bahawa minyak petrol ron 95 tidak bermutu dan rakyat kena bertukar kepada minyak ron 97 yang kualitinya lebih baik tapi sebenarnya mereka ingin rakyat merasakan bahawa harga minyak tidak dikawal oleh Kerajaan.

Pembangkang sangat berharap ekonomi negara tidak meningkat dan sentiasa dalam keadaan rendah dan tertekan. Dengan itu harga barang sentiasa tinggi. Mereka burukkan Malaysia di luar negara dan cuba mewujudkan keadaan yang tidak aman di dalam negara supaya pelabur menjauhi dari melabur di Malaysia.

Kesimpulannya apa yang rakyat suka sebenarnya tidak disukai oleh pembangkang tetapi mereka mahu rakyat menyukai mereka. Mereka tidak membantu rakyat tetapi sentiasa mencari kelemahan terhadap semua program bantuan kepada rakyat yang dibuat oleh Kerajaan.

FIKIR-FIKIRKAN..

JANGAN MARAH..

PAS Buat Tak Apa, UMNO Buat Tak Boleh.

Keputusan roboh madrasah muktamad – Azizan


ALOR SETAR 21 Dis. – Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini sekali lagi menegaskan bahawa keputusan untuk merobohkan Madrasah Salihiah Kanchut bagi membina kompleks beli-belah adalah muktamad mengikut ketetapan Majlis Fatwa Negeri.

Kata beliau, tidak timbul lagi sebarang salah faham memandangkan persetujuan telah dicapai oleh kerajaan negeri dan pemaju untuk merobohkan madrasah itu.

“Kerajaan negeri telah bersetuju, jangan salah faham kerana kerajaan negeri dan pemaju telah bersetuju supaya bangunan yang paling akhir dirobohkan adalah madrasah tersebut setelah bangunan kompleks membeli-belah itu siap.

“Semua sudah selesai, memanglah dahulu Majlis Fatwa memutuskan agar bangunan tersebut tidak dirobohkan namun keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada Julai 2011 telah memindanya dan bangunan itu sudah dibenar untuk dirobohkan. Kita boleh bina bangunan di atas tapak madrasah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Darulaman, di sini hari ini.

Beliau mengulas notis penangguhan mengosongkan bangunan madrasah tersebut di Jalan Tambang Badak dekat sini yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) kepada Jawatankuasa surau berkenaan baru-baru ini.

Pelbagai pihak termasuk Jawatankuasa madrasah tersebut mengecam tindakan kerajaan negeri yang membenarkan madrasah berstatus tanah wakaf khas dan berusia 100 tahun itu dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah kompleks membeli-belah.

Dalam pada itu, menurut Azizan lagi, pihaknya turut mengarahkan MAIK memperoleh tapak baru bagi menggantikan Madrasah Salihiah tersebut.

“Perkara ini mengikut cadangan daripada Majlis Fatwa di mana pihak pemaju juga sudah memberikan sejumlah pampasan kepada MAIK untuk mencari tapak baru selain surau baru akan dibina dalam kompleks membeli belah ini.

“Saya sudah melihat pelan surau di dalam kompleks tersebut dan berpuas hati,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain kata Azizan, pihaknya berpuas hati dengan projek pembinaan kompleks beli-belah Aman Central yang dijangka siap mengikut jadual ditetapkan.

“Sekarang dalam peringkat untuk merobohkan bangunan lama. Nampaknya ada pembaharuan walaupun baru-baru ini ada pihak minta injunksi mahkamah supaya operasi pembinaannya dihentikan tetapi kini ditolak mahkamah.

“Kita berharap pembinaan bangunan baru akan dilakukan secepat mungkin dan mengubah suasana bandar ini,” katanya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau UMNO buat, walau nak roboh suaru sementara untuk diganti dengan surau baru yang kekal, lebih besar dan selesa pun tak boleh. Habis orang PAS mengamuk sampai guling-guling atas jalan. Tapi bila PAS nak robohkan surau yang dah berusia lebih 100 tahun dan digantikan dengan pasaraya. Orang PAS semuanya senyap macam tikus.
 
PAS mula meninggalkan perjuangan untuk hari akhirat demi mengejar kesenangan dunia yang sementara. Persoalannya. Bolehkah orang kampung nak bersembahyang Subuh secara jemaah dalan surau di pasaraya pada pukul 5 atau 6 pagi?
 
Fikir-fikirkan..
 
Jangan Marah..