Khamis, 22 Disember 2011

Pembangkang Takut Kalau Harga Barang Turun

Pembangkang di Malaysia ni sebagaimana kita semua tahu hanya tahu berpolitik sepanjang masa. Mereka tidak pernah memikirkan tentang kesusahan rakyat. Kebajikan bagi mereka hanya bahan kempen tapi tidak pernah dijadikan realiti terutama di negeri yang mereka perintah.

Pembangkang sangat takut sekiranya Kerajaan menurunkan harga barang walaupun rakyat suka kerana itu akan merugikan masa depan politik mereka. Mereka serang Kedai rakyat 1 Malaysia kerana jual barang pada harga murah tetapi mereka biarkan kedai lain yang menjual barang pada harga yang mahal.

Mereka momokkan kepada rakyat bahawa minyak petrol ron 95 tidak bermutu dan rakyat kena bertukar kepada minyak ron 97 yang kualitinya lebih baik tapi sebenarnya mereka ingin rakyat merasakan bahawa harga minyak tidak dikawal oleh Kerajaan.

Pembangkang sangat berharap ekonomi negara tidak meningkat dan sentiasa dalam keadaan rendah dan tertekan. Dengan itu harga barang sentiasa tinggi. Mereka burukkan Malaysia di luar negara dan cuba mewujudkan keadaan yang tidak aman di dalam negara supaya pelabur menjauhi dari melabur di Malaysia.

Kesimpulannya apa yang rakyat suka sebenarnya tidak disukai oleh pembangkang tetapi mereka mahu rakyat menyukai mereka. Mereka tidak membantu rakyat tetapi sentiasa mencari kelemahan terhadap semua program bantuan kepada rakyat yang dibuat oleh Kerajaan.

FIKIR-FIKIRKAN..

JANGAN MARAH..

1 ulasan:

  1. Mereka harap harga barang naik, harga minyak naik, negara tak aman, ekonomi tak stabil, pelabur tak datang, pemimpin Kerajaan bergaduh dan macam-macam lagi supaya mudah mereka mengkritik.

    Apa yang paling mereka harapkan ialah rakyat tidak tanya apa kebaikan yang dah mereka buat selama ini.

    BalasPadam