Sabtu, 11 Jun 2011

PAS Tak Berubah Dulu, Kini Dan Sampai Dimusnahkan Anwar

Heboh diperkatakan bahawa PAS telah tukar dasar perjuangan. Perjuangan PAS untuk memertabatkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam telah ditukar kepada negara berkebajikan.

Walau bagaimanapun, jika difikirkan secara mendalam PAS sebenarnya tidak pernah tukar dasar perjuangan dan matlamatnya. Sebabnya PAS memang tak pernah ada dasar perjuangan dan matlamat yang jelas selain daripada melangsaikan dendam kesumat yang lebih difaktorkan oleh rasa dengki dan iri hati terhadap UMNO .

Buktinya PAS tidak pernah melaksanakan sebesar habukpun dasar Islam yang dikatakan diperjuangkan oleh mereka. Mereka tiada matlamat dan hala tuju yang jelas untuk dicapai. Mereka cuma ada rasa hanyut, lalok dan syok sendiri.

PAS seperti meludah ke langit dan selepas itu menunggu untuk menadah balik ludah tersebut sebelum terjatuh ke tanah. PAS selama ini hanya tahu kritik semua dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan dan selepas itu mereka jugak menggunapakai dasar tersebut.

Contohnya PAS mengkritik pelaksanaan dasar Islam Kerajaan dan mempertikaikan kewujudan Bank Islam. PAS kata Bank Islam hanyalah Islam pada kulitnya saja tetapi isinya sama saja masih melibatkan riba. Tetapi bila Kerajaan PAS Kelantan mula menggunakan perkhidmatan Bank Islam, PAS kata itulah bukti PAS selangkah untuk melaksanakan dasar Islam sepenuhnya. Sedangkan pada hakikatnya  PAS hanya duduk goyang kaki dan makan gaji buta.

PAS mengkritik pelaburan ASB sebagai haram. Tetapi merekalah yang banyak melabur dalam amanah saham tersebut. Ternyata yang haram bukannya pelaburan ASB tetapi duit gaji buta mereka yang dilaburkan dalam ASB.

Habis tu apa yang PAS dah tukar sebenarnya? Disebabkan PAS hanya tahu bercakap sahaja tapi kerja tak pernah buat, mereka hanya tukar tajuk untuk bercakap. PAS baru jumpa modal baru untuk bercakap memandangkan modal lama mengenai negara Islam dan Dasar Islam dah dilaksanaan oleh Kerajaan. PAS nak cakap jugak takut abang besar DAP terasa hati pulak. PAS tengok trend di seluruh dunia harga barang dah naik, PAS rasa kalau bercakap pasal negara kebajikan pun ok jugak daripada tak bercakap langsung. Kalau tak bercakap langsung lagi cepat PAS hancur.

PAS lupa mereka dah perintah tiga negeri selama tiga tahun ini. PAS sebenarnya tak payah cakap banyak. Jika PAS rasa nak buat negara kebajikan, PAS dah boleh mulakan sejak tahun 2008. Kalau tiga tahun terlalu  baru sangat PAS patut dah banyak buat kebajikan kepada rakyat Kelantan sejak lebih 20 tahun lepas. Tetapi PAS pilih untuk bercakap banyak saja. PAS tak tahu cara nak buat kerja. Nak belajar cara bagaimana nak buat kebajikan daripada UMNO, PAS rasa malu.

Akhirnya PAS hanya bercakap sajalah. Bila lapar PAS berhenti makan. Bila sampai masa sembahyang, PAS sembahyang. Kalau kalau masa berdoa tu rasa sedih sikit dan terkeluar air mata, PAS cepat-cepat ambil gambar, cetak besar-besar dan letak tepi jalan. Malam, bila rasa mengantuk, PAS tidur. Bangun pagi esok PAS bercakap lagi. Cukup bulan cucuk duit ambik gaji. Itulah PAS dulu, kini dan sampai PAS hancur tak lama lagi.

FIKIR-FIKIRKAN..

JANGAN MARAH..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan