Sabtu, 11 Jun 2011

Cadangan Bernas Untuk PAS

PAS tengah sibuk betul sejak kebelakangan ini. Ya la apa taknya dok fikir nak lantik jawatankuasa baru lagi. Nak jaga hati DAP lagi. Lantik yang bukan-bukan karang takut DAP tak suka pulak. Hai.. pening betul PAS nampaknya.

PAS ni selain daripada pandai berkata-kata dengan kata lain pakar dalam bab bercakap banyak, mereka juga sebenarnya mempunyai satu lagi kepakaran yang hebat yang sememangnya telah digunakan dengan berkesan sejak berjaya mengambil alih Kelantan daripada BN pada tahun 1990.

Kepakaran hebat PAS yang tidak dapat dipertikai tersebut lalah tak lain dan tak bukan kepakaran buat slogan dan tukar nama. Contohnya PAS berjaya buat slogan Membangun Bersama Islam. PAS juga berjaya tukar nama Pantai Cinta Berahi kepada Pantai Cahaya Bulan. PAS berjaya tukar nama Pasar Besar Kota Baru kepada Pasar Siti Khadijah. Semua itu merupakan kejayaan terbesar PAS jika tidak diambil kira kejayaan membina patung buddha terbesar.

Selaras dengan kejayaan ibu negeri lain mendapat status bandaraya, PAS juga ingin melihat bandar Kota Bharu dipanggil dengan panggilan bandaraya. Nak sebut Bandaraya Kota Bharu dah memang tak layak. PAS lalu letak nama Kota Bharu Bandaraya Islam. Untuk menyaingi bandar-bandar di negeri lain yang semakin maju. PAS kata Kota Bharu juga dah maju sebab ada pasaraya Tesco.

Oleh kerana kepakaran yang ada pada PAS tersebut dan demi untuk memuaskan hati abang besar DAP, selain daripada untuk menarik sokongan pengundi Cina dan penganut Kristian untuk mengundi PAS, kalau hanya setakat tukar slogan daripada negara Islam kepada negara berkebajikan saja saya rasa masih belum cukup sebenarnya.

PAS perlu buang perkataan Islam daripada nama parti tersebut. PAS boleh letak nama Parti Kebajikan SeMalaysia (PKS) ke, nama Parti Ampu DAP (PAD) ke, Parti Benci UMNO (PBU) ke, Parti Dengki Kejayaan UMNO (PDKU) ke, Parti Tiru Kebajikan UMNO (PTKU) ke dan macam-macam lagi la nama yang cantik-cantik. Kalau PAS dapat buat macam tu barulah PAS dan DAP dikatakan tidur sebantal mimpi sama-sama. Saya rasa ramai yang akan kagum dengan keberanian PAS. Baru la sesuai kalau PAS nak bertanding di kawasan campur.

FIKIR-FIKIRKAN..

JANGAN MARAH..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan