Sabtu, 17 Julai 2010

PAS Parti Yang Kian Terpinggir



Sejarah telah membuktikan bahawa PAS merupakan parti politik Melayu yang paling kuat selepas UMNO. Banyak isu yang dibangkitkan oleh PAS gagal ditangkis oleh UMNO terutamanya isu yang berkaitan dengan agama Islam. Perjuangan PAS untuk memartabatkan Islam terutamanya dalam pelaksanaan hukum hudud dan syariah Islam yang lain berjaya menarik ramai cendekiawan Islam untuk menyertai parti tersebut.

Nama PAS begitu sinonim dengan kebaikan, akhlak yang mulia dan iman yang sempurna. Sehinggakan sekiranya ada di kalangan ahli PAS yang menghadapi masalah moral atau terlibat dengan kegiatan yang kurang baik hampir mustahil orang ramai akan mempercayainya. Para mat dan minah rempit, bohsia dan bohjan dan semua golongan yang dipandang serong oleh masyarakat yang ingin menunjukkan bahawa mereka telah berubah ke arah kebaikan hanya perlu tunjukkan sokongan mereka kepada PAS, pasti masyarakat akan dapat menerimanya. PAS menjadi pilihan mereka yang alim, warak, yang baru bertaubat, yang ingin mencari kebenaran, yang ingin menuju ke jalan Allah, yang tidak mementingkan keduniaan dan macam-macam lagi.

Tetapi itu semua telah berlalu. Pilihan Raya Umum yang ke-12 telah merubah segalanya. Kejayaan PAS rupanya telah mencapai klimaks. Keyakinan yang tinggi bahawa pembangkang akan dapat mengambilalih Kerajaan daripada Barisan Nasional dan keterujaan yang teramat sangat untuk membalas dendam terhadap UMNO telah meletakkan PAS pada tahap yang hina. PAS hanya mampu melutut di kaki DAP. PAS seperti melukut di tepi gantang. Bahkan untuk bercakap mengenai kepentingan Islam sekalipun PAS terkedu apabila pemimpin DAP ada di sebelah. PAS hanya digunakan untuk mengutuk UMNO saya. Sekiranya pemimpin PAS tersilap bercakap mengenai hukum hudud atau penubuhan Negara Islam, DAP hanya perlu buat-buat batuk atau berdehem sahaja pasti PAS terdiam.

PAS bukan lagi pejuang Islam, bukan lagi pejuang Hudud dan bukan lagi pejuang Syariat Islam. Sementelah lagi PAS sudah tidak lagi menjadi Parti Islam apabila membuka keahliannya kepada golongan kafir. Apa lagi yang ada pada PAS? Ramai orang Melayu Islam sudah mula menjauhkan diri dari PAS. Tambahan lagi dengan melihat perangai pemimpin PAS yang hina kerana melakukan semua perkara buruk dan jijik yang pernah dituduh dilakukan oleh UMNO. Apa perkara buruk yang dilakukan oleh UMNO yang PAS tak buat? Tak ada. Semua telah Berjaya dilaksanakan oleh PAS dengan cemerlangnya.

PAS sebenarnya sedar bahawa mereka sekarang semakin terpinggir dan mereka juga sedar hanya satu talian hayat saja yang mereka masih ada iaitu bergabung dengan UMNO. Itu pun untuk masa yang terhad sahaja memandangkan UMNO semakin pulih dari kebencian masyarakat. PAS perlu wujudkan keikhlasan dalam diri dan segera berbaik dengan UMNO sebelum UMNO tidak mahu memandang PAS lagi walau sebelah mata. Pada masa itu semuanya sudah tidak berguna lagi. PAS akan jadi sejarah yang penghujungnya akan disebut “PAS, Parti Islam Semalaysia Yang Sudah Tiada Islamnya Lagi”.

SELAMAT TINGGAL PAS..

FIKIR-FIKIRKAN..

JANGAN MARAH..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan