Rabu, 26 Mei 2010

Ramalanku Benar Belaka


Sebenarnya saya pernah berniat untuk tidak mengulas lagi pasal politik dan niat saya itu telah saya ceritakan kepada seorang kawan yang boleh dikatakan selalu jugaklah menjengok blog saya ni. Itupun disebabkan saya suruh.

Walau bagaimanapun memang betul la kata Tok Guru Nik Aziz yang merupakan bekas ustaz Kemas yang dilantik oleh UMNO bahawa dalam kehidupan ini agama dan politik memang tidak dapat dipisahkan. Pembawakan politik yang betul yang berpaksikan dan dipandu oleh agama (bukan mempergunakan agama) adalah asas kepada kita untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Bagi saya PAS telah gagal mencapai semua sasaran yang ditetapkan semasa parti tersebut ditubuhkan. Berdasarkan keadaan semasa pula matlamat tersebut telah dikesampingkan dan digantikan dengan matlamat baru iaitu kuasa. Untuk mencapai matlamat baru tersebut mereka terpaksa menukar juga asas perjuangan untuk menegakkan Islam kepada mempertahankan agama hindu dan kristian. Bertukar daripada memperjuangkan kepentingan Melayu kepada melindungi kaum Cina dan India. Buktinya mereka jadi gagap bila Islam dihina tapi jadi petah bilah agama hindu dan kristian dihina. Mereka jadi bisu bila Melayu dihina tapi bersuara bila Cina dan India dihina. Itulah cara untuk berkuasa di negara ini iaitu melalui undi dan undi golongan tersebut amat penting.

Bukan ini tujuan saya kembali mengulas berkaitan politik tetapi memperkatakan tentang ramalan saya berkaitan PAS yang semuanya telah menjadi kenyataan iaitu kejayaan terbesar PAS menjilat kembali semua kahak hijau dan lendir yang mereka ludahkan. Mereka telah dengan begitu sempurnanya mengesan kembali semua tempat mereka meludah bukan saja ditepi-tepi longkang dan di jalan-jalan bahkan di dalam kandang babi sekalipun untuk dijilat kembali.

Sebagaimana yang kita tahu tuduhan terbesar PAS kepada UMNO adalah tuduhan bahawa UMNO parti kafir lantaran UMNO bekerjasama dengan parti kafir iaitu merujuk kepada parti MCA dan MIC. Bagaimanapun menjelang tahun 90-an PAS telah bekerjasama dengan Semangat 46 dan DAP (untuk keselesaan PAS menggelarkan DAP parti bukan Islam bukan parti kafir). Bermula daripada situ saya telah menjangkakan bahawa PAS akan menjilat kembali semua kahak hijau yang mereka ludahkan satu persatu.

Mari kita imbau kembali tuduhan PAS kepada UMNO selain daripada yang di atas di mana semuanya tuduhan tersebut telah mereka sendiri laksanakan :-

1. Sebab mereka tak buat masjid mereka kata masjid yang dibuat oleh UMNO haram sebab guna duit haram. Bila mereka bekuasa mereka tukar semua ajk masjid kepada orang mereka dan gunakan masjid yang dituduh haram tersebut sebagai tempat merangka strategi politik mereka.

2. Sebab mereka tak dapat projek mereka tuduh orang yang dapat projek Kerajaan melalui jalan salah iaitu rasuah. Bila mereka berkuasa mereka jadikan rasuah sebagai syarat nak dapat projek iaitu kalau dapat projek kena bagi rasuah pada parti mereka. Untuk rasa selesa mereka panggil rasuah sebagai sumbangan. Supaya nampak baik rasuah dibuat dalam bentuk tanggungan mengerjakan haji atau umrah yang diberi sebagai balasan dapat projek.

3. Sebab keluarga dan kawan-kawan tak dapat projek mereka tuduh Kerajaan mengamalkan kronisme dan nepotisme. Bila mereka berkuasa mereka lantik anak, bini dan menantu ke jawatan yang mereka mempunyai kepentingan. Projek Kerajaan diagihkan di kalangan kawan-kawan keluarga mereka.

4. Sebab nak tarik sokongan Raja-raja Melayu, semasa Kerajaan menggubal undang-undang supaya Raja boleh didakwa, mereka menuduh UMNO menderhaka kepada Raja tapi bila sedikit saja Raja tegur perbuatan mereka, mereka membantah hingga sanggup bawa kes ke mahkamah dan sampai berguling-guling atas jalan macam orang gila.

5. Sebab dengki dengan pengiktirafan Negara Islam lain kepada Malaysia sebagai sebuah Negara Islam yang maju mereka mendakwa Malaysia bukan Negara Islam sebab hudud tidak dilaksanakan. Tapi bila mereka berkuasa dan tidak melaksanakan hudud mereka kata hudud adalah perkara kecik saja dalam Islam. Ada pulak yang kata tak boleh buat hudud sebab UMNO tak bagi. Perkara yang Allah suruh boleh ditinggalkan jika UMNO tak suruh.


6. Sebab dengki dengan Tun Dr. Mahathir yang semakin harum namanya di seantero dunia, mereka suruh Tun letak jawatan secara psykologi kononnya Tun tak akan lepaskan jawatan sampai nyanyuk. Tapi bila tiba giliran mereka, Tok Guru bekas ustaz Kemas tu sampai dah betul-betul nyanyuk, dah merapu meraban pun masih nak berpaut pada jawatan lagi. Bagi mereka kuasa adalah segala-galanya.

7. Sebab mahukan semua orang Islam sertai parti mereka, mereka tuduh UMNO bukan parti Islam dengan merujuk ahli UMNO yang terdiri daripada kaum bumiputra Sabah dan kaum Portugis di Melaka. Sekarang mereka pula buka keahlian kepada bukan Islam untuk dapatkan undi mereka.

8. Semasa wabak JE melanda negara, mereka menuduh UMNO yang menggalakkan penternekan babi secara besar-besaran yang menjadi punca kepada wabak tersebut. Apabila Kerajaan ingin menghapuskan babi untuk mengawal wabak JE mereka membela penternak babi pula dan bila berkuasa mereka meluluskan meluluskan projek babi mega lagi.

Eh.. ini saja ke? Mesti ada banyak lagi ni.. Boleh sapa tolong tambah?..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan