Minyak kelapa dara atau virgin coconut oil (VCO) adalah minyak kelapa yang dihasilkan melalui proses Bio-Teknologi iaitu tanpa menjalani proses pemanasan dan tidak menggunakan bahan-bahan kimia sebagaimana proses yang biasa digunakan untuk menghasilkan minyak masak biasa. Sebelum terhasilnya VCO, minyak kelapa biasa akan melalui beberapa peringkat proses penapisan sehinggalah terbitnya minyak kelapa dara yang putih jernih seperti kristal. Oleh kerana pemanasan tidak berlaku dan bahan kimia tidak digunakan dalam proses menghasilkan minyak kelapa dara maka unsur-unsur penting yang tinggi nilai perubatan dan kesihatan dapat dikekalkan serta tidak mengalami kerosakan. Khasiat serta 'keperawanan' minyak kelapa dapat dipertahankan. Justeru itu dinamakan minyak kelapa dara.
Keistimewaan VCO ialah ianya boleh digunakan untuk kegunaan luaran iaitu sebagai minyak urut dan dilumur pada bahagian badan serta boleh diminum mengikut campuran dan sukatan yang ditetapkan.
Pelbagai kajian yang dibuat di seluruh dunia telah membuktikan yang VCO merupakan minyak yang paling baik berbanding pelbagai minyak makan yang lain. Kandungan Asid Lauric yang tinggi di dalamnya memberikannya ciri-ciri anti-virus, anti-bakteria, anti-fungus dan ia juga dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Pengambilan VCO secara berterusan dapat membantu mengatasi masalah berikut :-
• Membunuh virus penyebab selsema, herpes, demam campak
• Membunuh bacteria penyebab ulser, jangkitan saluran kencing, penyakit gusi dan kaviti, pneumonia dan gonorrhea
• Membantu merangsang sistem imunisasi bagi melawan sel kenser
• Membantu meningkatkan sistem peredaran darah dan metabolisma badan
• Mengawal berat dan mencantikkan bentuk badan
• Melancarkan pernafasan dan menghilangkan dengkuran
• Anti oksida semulajadi, pemangkin kelenjar tiroid
• Tidak meningkatkan paras platelet dalam darah
• Menggalakkan kehilangan berat badan
• Melindungi badan daripada penyakit osteoporosis
• Menggalakkan pertumbuhan sel baru
• Mengurangkan demam, batuk dan selsema dan ulser perut
• Mengurangkan resdung dan psoriasis
• Menghapus dan menghindarkan kelemumur
• Mengurangkan buasir dan sembelit serta mengawal peyakit kencing manis
• Mengurangkan hepatitis C, lelah dan asma
• Mengurangkan penyakit harmorroids serta down syndrome
• Mengurangkan kolestrol, menghindarkan sakit jantung dan darah tinggi
• Melembut, melembabkan, mengurangkan kedutan dan melindungi kulit dari sinaran UV
• Menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
• Sebagai Pelincir/ mengeratkan hubungan suami isteri
• Melambatkan kesan terhadap jangkitan HIV
Sejak kebekangan ini nama minyak kelapa dara semakin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia. Berdasarkan khasiat yang terdapat di dalamnya pelbagai produk telah dihasilkan seperti minyak urut, tonik rambut, ubat lumur, minyak awet muda, sabun mandi, pencuci muka, ubat kuat dan sebagainya. Nampak gaya, kalau macam ni la keadaannya boleh berniaga ni..
Nanti la saya FIKIR-FIKIRKAN..
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
10 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan