Dalam seminggu ini satu negara heboh memperkatakan tentang satu kejadian di mana seorang pelajar berusia 15 tahun telah ditembak mati oleh anggota polis yang sedang menjalankan tugas.
Perkara ini menjadi berita hangat disebabkan mangsa adalah seorang pelajar 15 tahun manakala pihak yang melepaskan tembakan adalah anggota polis. Sekiranya mangsa adalah anggota polis atau di kalangan orang awam dan pihak yang melepaskan tembakan pula adalah merupakan pemimpin parti pembangkang saya amat pasti insiden tersebut tidak akan diperbesar-besarkan sebegini rupa dan dalam keadaan tersebut hampir pasti yang akan dipersalah adalah mangsa yang telah meninggal dunia. Pendek kata pusing ke mana sekalipun yang salah adalah polis dan yang sentiasa betul adalah pembangkang kerana mereka adalah PR (penipu rakyat).
Berdasarkan sidang media yang dibuat oleh saksi utama kejadian tersebut yang berada bersama-sama mangsa semasa kejadian berlaku, polis telah mengarahkan mereka memberhentikan kenderaan tetapi mangsa terus memandu menyebabkan polis bertindak menembak tayar kereta yang mereka naiki. Bagaimanapun mangsa tidak menghiraukan keadaan keretanya yang telah pancit dan meneruskan pemanduan dengan alasan untuk balik ke rumah. (apa la polis ni, orang nak balik ke rumah pun kejar. Lain kali sebelum kejar tanya dulu nak ke mana. Kalau jawapannya nak merompak ke, nak bunuh orang ke baru la boleh kejar. Jangan lupa tanya sekali umur berapa tahun...). Akhirnya polis melepaskan satu lagi tembakan dan mengenai bahagian belakang kepala mangsa yang menyebabkan mangsa meninggal dunia.
Mengikut saksi utama itu lagi, semasa hendak menyerahkan diri lima orang anggota polis tersebut telah membelasahnya menyebabkan dia telah mengalami kecederaan di tangan sebelum dapat melarikan diri. (apa punya polis ni, lima orang belasah budak umur 15 tahun seorang, cedera kat tangan je? Dapat lepas lari lagi tu...). Mungkin kelima-lima anggota polis kepenatan selepas membelasah saksi dengan sepenuh hati dan saksi yang menyimpan tenaga semasa dibelasah menggunakan sepenuh tenaga untuk melarikan diri.
Terdahulu kereta mangsa telah dikejar oleh kumpulan bermotor disebabkan pergeseran yang berlaku antara kereta mangsa dengan sebuah kenderaan lain. Mangsa sebelum itu telah keluar minum bersama seorang kawan dengan menggunakan kereta kakaknya tanpa kebenaran dan sempat menolong seorang kawan lain yang mengalami masalah motornya yang rosak.
Cuba kita bayangkan sekiranya polis melepaskan kereta tersebut begitu sahaja dan kereta tersebut rupanya dipandu oleh penjenayah yang baru saja selesai merompak, merogol dan membunuh dan mangsa rompakan adalah keluarga pelajar 15 tahun tersebut, siapa yang akan dipersalahkan? Pasti polis juga akan disalahkan sebab tidak dapat menangkap penjenayah. Sekiranya mangsa yang ditembak mati tersebut memang penjenayah sekalipun PR (penipu rakyat) akan datang membantu keluarga penjenayah yang ditembak dan sekali lagi polis akan dipersalahkan. Mereka tak akan pedulikan langsung mangsa jenayah yang dirompak, dirogol dan dibunuh tersebut kerana tidak akan memberikan sebarang keuntungan politik kepada mereka.
Berbalik kepada tajuk asal. Yang menjadi persoalan saya di sini ialah sekiranya mangsa dikejar sekumpulan bermotor dan semasa melarikan diri mangsa ternampak kereta peronda polis, kenapa tidak berhenti saja dan dapatkan bantuan polis tersebut.
Kesimpulannya mangsa tidak berhenti untuk mendapatkan bantuan polis disebabkan mangsa tidak mempunyai lesen memandu. Kenapa pelajar yang tidak mempunyai lesen memandu dibenarkan/dibiarkan memandu kenderaan tak kira la pada awal pagi ke, bila ke.. Sekiranya keluarga tak sedar/tidak beri kebenaran kepada mangsa untuk memandu tetapi mangsa berdegil dan tetap curi-curi keluar memandu, SIAPA YANG SALAH?
MUNGKIN POLIS JUGA YANG SALAH SEBAB TAK BERJUANG SUPAYA BUDAK UMUR 15 TAHUN DAPAT LESEN MEMANDU. FIKIR-FIKIRKAN..
JANGAN MARAH..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan