Dua tiga hari lepas satu kebakaran berlaku melibatkan kilang kayu bersaiz kecil di daerah Machang, Kelantan. Selepas menerima panggilan telefon pasukan bomba dan penyelamat bergegas datang ke tempat kejadian dan cuba memadamkan kebakaran.
Apa yang melucukan ialah sebaik sahaja kebakaran cuba dipadamkan didapati air tidak keluar dan bila diperiksa rupanya tangki yang dibawa bersama jentera bomba tersebut sudah kekeringan air.
Pasukan bomba bergegas ke bandar Machang untuk mengisi tangki air yang kosong. Selang beberapa lama kemudian bomba kembali ke tempat kejadian dan cuba sekali lagi untuk memadamkan kebakaran tersebut. Tetapi memang nak dijadikan cerita "hose" untuk menyalurkan air pula pecah menyebabkan bomba tidak dapat menyemburkan air. Akhirnya kilang kayu tersebut sudah tidak dapat diselamatkan lagi.
Nak harapkan pili bomba di kebanyakan daerah di negeri Kelantan memang sudah difahami benar oleh penduduknya. Sebab itu kebanyakan penduduk di negeri itu menjadikan trend baru untuk mendapatkan sumber air bagi keperluan harian mereka iaitu dengan mendapatkan sumber air bawah tanah. Itupun bagi yang mampu. Apakah penduduk Kelantan juga perlu mula memikirkan keperluan sumber air bawah tanah sebagai persediaan untuk memadamkan kebakaran? Bayangkan sekiranya kajadian tersebut terjadi kepada kita.
FIKIR-FIKIRKAN..
JANGAN MARAH..
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
10 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan