Selasa, 4 Mei 2010

Mudahnya Mencipta Persepsi

Alhandulillah selepas puas membaca blok orang lain akhirnya saya diberi ruang dan gerak hati oleh Yang Maha Kuasa untuk cuba menulis blog sendiri.

Pada penulisan pertama ini saya ingin menarik perhatian pembaca mengenai mudahnya mencipta atau mewujudkan persepsi. Sebenarnya ramai yang sudah tahu pasal perkara tersebut. Cuma apa salahnya jika saya ulang lagi sekali.

Untuk mewujudkan persepsi hanya perlukan seorang yang meyampaikan maklumat dan ada pula orang yang sudi mendengarnya. Maklumat tersebut pula tak semestinya betul dan boleh direka-reka. Syaratnya maklumat tersebut disampaikan secara berulang-kali di mana saja dan pada bila-bila masa, walaupun kepada pendengar yang sama sekalipun. Tambah lagi jika tidak ada orang yang nak menyangkal, lagi senang kerja.

Kebelakangan ini teknik mewujudkan persepsi ini digunakan dengan begitu meluas sekali terutamanya oleh orang politik. Sebabnya tak lain tak bukan adalah untuk mengalihkan isu.

Pada pendapat saya orang politik yang menggunakan teknik ini adalah orang politik yang jahat yang mana mereka menganggap masyarakat sekarang bodoh. Mereka terpaksa senangtiasa mewujudkan persepsi baik untuk diri mereka dan puak mereka di samping mewujudkan persepsi buruk kepada lawan kerana jika mereka tidak berbuat demikian kejahatan mereka akan dapat dihidu oleh masyarakat.

Tetapi apa yang malangnya masyarakat kita telah berjaya membuktikan yang mereka betul-betul bodoh dengan lebih percaya kepada persepsi berbanding mencari bukti untuk mengesahkan bahawa mereka bukan bodoh.

SEKIAN PENDAPAT SAYA KALI NI..
JANGAN MARAH..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan