Rabu, 26 Mei 2010

Ramalanku Benar Belaka


Sebenarnya saya pernah berniat untuk tidak mengulas lagi pasal politik dan niat saya itu telah saya ceritakan kepada seorang kawan yang boleh dikatakan selalu jugaklah menjengok blog saya ni. Itupun disebabkan saya suruh.

Walau bagaimanapun memang betul la kata Tok Guru Nik Aziz yang merupakan bekas ustaz Kemas yang dilantik oleh UMNO bahawa dalam kehidupan ini agama dan politik memang tidak dapat dipisahkan. Pembawakan politik yang betul yang berpaksikan dan dipandu oleh agama (bukan mempergunakan agama) adalah asas kepada kita untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Bagi saya PAS telah gagal mencapai semua sasaran yang ditetapkan semasa parti tersebut ditubuhkan. Berdasarkan keadaan semasa pula matlamat tersebut telah dikesampingkan dan digantikan dengan matlamat baru iaitu kuasa. Untuk mencapai matlamat baru tersebut mereka terpaksa menukar juga asas perjuangan untuk menegakkan Islam kepada mempertahankan agama hindu dan kristian. Bertukar daripada memperjuangkan kepentingan Melayu kepada melindungi kaum Cina dan India. Buktinya mereka jadi gagap bila Islam dihina tapi jadi petah bilah agama hindu dan kristian dihina. Mereka jadi bisu bila Melayu dihina tapi bersuara bila Cina dan India dihina. Itulah cara untuk berkuasa di negara ini iaitu melalui undi dan undi golongan tersebut amat penting.

Bukan ini tujuan saya kembali mengulas berkaitan politik tetapi memperkatakan tentang ramalan saya berkaitan PAS yang semuanya telah menjadi kenyataan iaitu kejayaan terbesar PAS menjilat kembali semua kahak hijau dan lendir yang mereka ludahkan. Mereka telah dengan begitu sempurnanya mengesan kembali semua tempat mereka meludah bukan saja ditepi-tepi longkang dan di jalan-jalan bahkan di dalam kandang babi sekalipun untuk dijilat kembali.

Sebagaimana yang kita tahu tuduhan terbesar PAS kepada UMNO adalah tuduhan bahawa UMNO parti kafir lantaran UMNO bekerjasama dengan parti kafir iaitu merujuk kepada parti MCA dan MIC. Bagaimanapun menjelang tahun 90-an PAS telah bekerjasama dengan Semangat 46 dan DAP (untuk keselesaan PAS menggelarkan DAP parti bukan Islam bukan parti kafir). Bermula daripada situ saya telah menjangkakan bahawa PAS akan menjilat kembali semua kahak hijau yang mereka ludahkan satu persatu.

Mari kita imbau kembali tuduhan PAS kepada UMNO selain daripada yang di atas di mana semuanya tuduhan tersebut telah mereka sendiri laksanakan :-

1. Sebab mereka tak buat masjid mereka kata masjid yang dibuat oleh UMNO haram sebab guna duit haram. Bila mereka bekuasa mereka tukar semua ajk masjid kepada orang mereka dan gunakan masjid yang dituduh haram tersebut sebagai tempat merangka strategi politik mereka.

2. Sebab mereka tak dapat projek mereka tuduh orang yang dapat projek Kerajaan melalui jalan salah iaitu rasuah. Bila mereka berkuasa mereka jadikan rasuah sebagai syarat nak dapat projek iaitu kalau dapat projek kena bagi rasuah pada parti mereka. Untuk rasa selesa mereka panggil rasuah sebagai sumbangan. Supaya nampak baik rasuah dibuat dalam bentuk tanggungan mengerjakan haji atau umrah yang diberi sebagai balasan dapat projek.

3. Sebab keluarga dan kawan-kawan tak dapat projek mereka tuduh Kerajaan mengamalkan kronisme dan nepotisme. Bila mereka berkuasa mereka lantik anak, bini dan menantu ke jawatan yang mereka mempunyai kepentingan. Projek Kerajaan diagihkan di kalangan kawan-kawan keluarga mereka.

4. Sebab nak tarik sokongan Raja-raja Melayu, semasa Kerajaan menggubal undang-undang supaya Raja boleh didakwa, mereka menuduh UMNO menderhaka kepada Raja tapi bila sedikit saja Raja tegur perbuatan mereka, mereka membantah hingga sanggup bawa kes ke mahkamah dan sampai berguling-guling atas jalan macam orang gila.

5. Sebab dengki dengan pengiktirafan Negara Islam lain kepada Malaysia sebagai sebuah Negara Islam yang maju mereka mendakwa Malaysia bukan Negara Islam sebab hudud tidak dilaksanakan. Tapi bila mereka berkuasa dan tidak melaksanakan hudud mereka kata hudud adalah perkara kecik saja dalam Islam. Ada pulak yang kata tak boleh buat hudud sebab UMNO tak bagi. Perkara yang Allah suruh boleh ditinggalkan jika UMNO tak suruh.


6. Sebab dengki dengan Tun Dr. Mahathir yang semakin harum namanya di seantero dunia, mereka suruh Tun letak jawatan secara psykologi kononnya Tun tak akan lepaskan jawatan sampai nyanyuk. Tapi bila tiba giliran mereka, Tok Guru bekas ustaz Kemas tu sampai dah betul-betul nyanyuk, dah merapu meraban pun masih nak berpaut pada jawatan lagi. Bagi mereka kuasa adalah segala-galanya.

7. Sebab mahukan semua orang Islam sertai parti mereka, mereka tuduh UMNO bukan parti Islam dengan merujuk ahli UMNO yang terdiri daripada kaum bumiputra Sabah dan kaum Portugis di Melaka. Sekarang mereka pula buka keahlian kepada bukan Islam untuk dapatkan undi mereka.

8. Semasa wabak JE melanda negara, mereka menuduh UMNO yang menggalakkan penternekan babi secara besar-besaran yang menjadi punca kepada wabak tersebut. Apabila Kerajaan ingin menghapuskan babi untuk mengawal wabak JE mereka membela penternak babi pula dan bila berkuasa mereka meluluskan meluluskan projek babi mega lagi.

Eh.. ini saja ke? Mesti ada banyak lagi ni.. Boleh sapa tolong tambah?..

Isnin, 24 Mei 2010

Model Baru Telefon Nokia

Nokia C6

KOMITED dalam memperluaskan rangkaian produk telekomunikasinya, Nokia tidak pernah jemu untuk tampil dengan pelbagai perkhidmatan teknologi yang dekat dengan hati pengguna.

Kehadiran gajet-gajet termaju yang diintegrasi bersama aplikasi moden itu pasti akan melengkapkan misi Nokia untuk menghubungkan manusia secara lebih komprehensif.

Memegang erat matlamat itu, syarikat berkenaan memperkenalkan tiga lagi model telefon bimbitnya iaitu Nokia C3, Nokia C6 dan Nokia E5.

Kesemua model tersebut didatangkan dengan fungsi papan kekunci QWERTY rangkaian penuh bagi memudahkan capaian aplikasi seperti mesej, rangkaian sosial, emel dan sembang secara dalam talian.

Menurut Ketua Pemasaran Nokia, Anssi Vanjoki, kemudahan itu bakal memberi peluang pengguna mengakses pelbagai platform komunikasi mobiliti yang semakin mendapat permintaan tinggi sekarang.

''Pengguna hari ini mahu menikmati pengalaman komunikasi mobiliti terbaik menggunakan peranti yang mudah dan ringkas.

''Justeru melalui model-model telefon bimbit ini, pengguna akan dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut dengan lebih lancar,'' katanya.

Tidak cukup dengan itu, kesemua model itu turut disempurnakan bersama perkhidmatan inovasi Ovi bagi kemudahan capaian seperti muzik, peta, emel dan aplikasi-aplikasi terkini

Bukti Hang Tuah Wujud


Selepas hampir 500 tahun kejatuhan Empayar Melaka, manuskrip pertama yang menyenaraikan lakaran pelbagai jenis keris termasuk keris legenda ‘Taming Sari’ berjaya ditemui.

Manuskrip dipercayai berusia 250 tahun itu ditemui seorang pengkaji sejarah, Wan Ahmad Arshad, 41, di Terengganu kira-kira tiga bulan lalu.

Menurutnya, dia mengambil masa tiga bulan untuk membuat kajian dan menterjemah kandungan manuskrip setebal 33 muka surat itu.

“Ada 27 lakaran pamor atau bahagian tepi bilah keris disenaraikan dalam manuskrip itu termasuk Taming Sari dan keris milik Hang Jebat.


“Berdasarkan penelitian dan perbandingan, saya dapati lakaran Taming Sari itu menyamai keris dalam simpanan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, penemuan itu sekali gus menolak dakwaan bahawa Hang Tuah tidak wujud kerana senjata yang mempunyai kaitan dengan pahlawan itu disenaraikan dalam manuskrip yang berkisar keagamaan.

“Manuskrip ini berkisar mengenai pengajaran dan amalan tarekat Syadzilliah yang diasaskan As Sheikh Abu Hassan Al-Shazilli di Mesir pada kurun ke-13.

“Ia juga banyak memfokuskan kepada ilmu hikmat dan amalan perang termasuk zikir Hizbulbahar,” katanya.

Pengusaha Galeri Pusaka Moyang itu berkata, pada bahagian bawah lakaran keris itu tertera ayat ‘keris Hang Tuah, sebuah negeri atau sebelah negeri harganya, cerita Taming Sari’ manakala satu lagi lakaran tertera ayat ‘Hang Jebat, sebelah negeri harganya, cerita pengkarang harganya’.

“Berdasarkan kajian, pamor keris diperbuat daripada nikel untuk meresap racun supaya senjata itu lebih berbisa,” katanya.

Wan Ahmad berkata, sebelum ini, wujud pelbagai versi mengenai Taming Sari dan ada juga yang menganggap ia sekadar legenda.

“Dengan penemuan ini, ia membuktikan secara bertulis bahawa Hang Tuah dan saudaranya memang wujud,” katanya.

Wan Ahmad sebelum ini pernah mendakwa memiliki senaskhah al-Quran milik pahlawan Melayu itu yang berusia lebih 600 tahun yang ditemui dirumah moyangnya di Perak.

Menurutnya, al-Quran itu diperoleh Hang Tuah ketika ke Rom yang diperintah Empayar Uthmaniah bagi mempelajari ilmu bedil (meriam) dankini disahkan berusia 697 tahun seperti tercatat dalam sijil kesahihannya.

Katanya, pemergian Hang Tuah ke Rom itu atas perintah Sultan Mansor Syah dan semua itu tercatat dalam Sejarah Melayu.

Jumaat, 21 Mei 2010

Kisah Pemuda Beribubapakan Babi

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Setiap hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Lawak Gajah

Seorang pengurus sebuah Zoo mendapat panggilan telefon mengenai kematian seekor gajah di Zoo tersebut. Sebagai langkah pemeriksaan, pengurus tersebut telah pergi ke kandang gajah tersebut dan mendapati ada seorang lelaki menangis bersebelahan dengan bangkai gajah tersebut.

Pengurus : Sebagai penjaga gajah, saya faham kesedihan yang kamu rasa apabila haiwan yang kita bela sudah mati.

Lelaki: Saya bukan penjaga gajah ini, tuan. Tetapi sayalah yang ditugaskan untuk menggali kubur dan menanamnya.

Jumaat, 14 Mei 2010

Minyak Kelapa Dara (VCO)

Minyak kelapa dara atau virgin coconut oil (VCO) adalah minyak kelapa yang dihasilkan melalui proses Bio-Teknologi iaitu tanpa menjalani proses pemanasan dan tidak menggunakan bahan-bahan kimia sebagaimana proses yang biasa digunakan untuk menghasilkan minyak masak biasa. Sebelum terhasilnya VCO, minyak kelapa biasa akan melalui beberapa peringkat proses penapisan sehinggalah terbitnya minyak kelapa dara yang putih jernih seperti kristal. Oleh kerana pemanasan tidak berlaku dan bahan kimia tidak digunakan dalam proses menghasilkan minyak kelapa dara maka unsur-unsur penting yang tinggi nilai perubatan dan kesihatan dapat dikekalkan serta tidak mengalami kerosakan. Khasiat serta 'keperawanan' minyak kelapa dapat dipertahankan. Justeru itu dinamakan minyak kelapa dara.

Keistimewaan VCO ialah ianya boleh digunakan untuk kegunaan luaran iaitu sebagai minyak urut dan dilumur pada bahagian badan serta boleh diminum mengikut campuran dan sukatan yang ditetapkan.

Pelbagai kajian yang dibuat di seluruh dunia telah membuktikan yang VCO merupakan minyak yang paling baik berbanding pelbagai minyak makan yang lain. Kandungan Asid Lauric yang tinggi di dalamnya memberikannya ciri-ciri anti-virus, anti-bakteria, anti-fungus dan ia juga dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Pengambilan VCO secara berterusan dapat membantu mengatasi masalah berikut :-

• Membunuh virus penyebab selsema, herpes, demam campak

• Membunuh bacteria penyebab ulser, jangkitan saluran kencing, penyakit gusi dan kaviti, pneumonia dan gonorrhea

• Membantu merangsang sistem imunisasi bagi melawan sel kenser

• Membantu meningkatkan sistem peredaran darah dan metabolisma badan

• Mengawal berat dan mencantikkan bentuk badan

• Melancarkan pernafasan dan menghilangkan dengkuran

• Anti oksida semulajadi, pemangkin kelenjar tiroid

• Tidak meningkatkan paras platelet dalam darah

• Menggalakkan kehilangan berat badan

• Melindungi badan daripada penyakit osteoporosis

• Menggalakkan pertumbuhan sel baru

• Mengurangkan demam, batuk dan selsema dan ulser perut

• Mengurangkan resdung dan psoriasis

• Menghapus dan menghindarkan kelemumur

• Mengurangkan buasir dan sembelit serta mengawal peyakit kencing manis

• Mengurangkan hepatitis C, lelah dan asma

• Mengurangkan penyakit harmorroids serta down syndrome

• Mengurangkan kolestrol, menghindarkan sakit jantung dan darah tinggi

• Melembut, melembabkan, mengurangkan kedutan dan melindungi kulit dari sinaran UV

• Menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat

• Sebagai Pelincir/ mengeratkan hubungan suami isteri

• Melambatkan kesan terhadap jangkitan HIV

Sejak kebekangan ini nama minyak kelapa dara semakin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia. Berdasarkan khasiat yang terdapat di dalamnya pelbagai produk telah dihasilkan seperti minyak urut, tonik rambut, ubat lumur, minyak awet muda, sabun mandi, pencuci muka, ubat kuat dan sebagainya. Nampak gaya, kalau macam ni la keadaannya boleh berniaga ni..

Nanti la saya FIKIR-FIKIRKAN..

Beranikah Anwar Bertentang Mata Dengan Ezam Di Mahkamah?

Perbicaraan kes Nuar Berahim liwat Saiful makin mendebarkan. Setelah pengaduan yang dibuat oleh Saiful kepada Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara tidak mendapat layanan seperti yang diharapkan, Saiful seterusnya mengadu kepada Ezam Md. Nor, bekas orang kuat Nuar yang beberapa kali telah dipenjarakan kerana berkorban untuk si Nuar yang sekarang merupakan seorang senator. Ezam juga telah mencadangkan kepada Saiful supaya mendapatkan pandangan ahli agama.

Semalam Ezam hadir ke mahkamah untuk sesi pengecaman selepas namanya disebut oleh Saiful semasa sesi soal balas dengan ketua peguam tunda Nuar iaitu Kepala Sinki. Selepas berhempas pulas bersilat, berkung fu, berkuntau, berkarate dan sebagainya untuk cuba menangguhkan perbicaraan menemui kegagalan Kepala Sinki meminta kebenaran mahkamah supaya perbicaraan dibuat secara tertutup. Tapi kebenaran akhirnya makin terserlah. Semalam juga Saiful telah mendedahkan bahawa beliau telah beberapa kali diliwat oleh Nuar di luar negara.

Berikut ini adalah ulasan oleh Agendadaily berkaitan Ezam semasa bersoal jawab dengan wartawan selepas selepas sesi pengecaman.

Senator Ezam Mohd Noor yang tampil diperbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang Khamis untuk proses pengecaman meminta bekas bosnya itu cukup-cukuplah cuba berbohong mengenai wujudnya konspirasi dalam kes itu.



“Hanya orang yang bodoh dan orang yang berkepentingan saja yang masih boleh percaya teori konspirasi Anwar Ibrahim,..seorang yang desperate …seorang desperado …seorang yang sudah terdesak yang cuba alihkan pandangan masyarakat dari membicarakan persoalan yang lebih khusus,”katanya.


Bercakap kepada wartawan di luar mahkamah selepas pengecaman itu pada jam 3.05 petang bekas Setiausaha Politik Anwar di Kementerian Kewangan dulu kata beliau yakin Saiful Bukhari Azlan bercakap benar dalam dakwaan diliwat Anwar.


Serentak dengan itu katanya beliau sendiri meninggalkan Anwar semata-mata kerana yakin Penasihat PKR itu terlibat dalam kegiatan liwat.


Ezam tiba di mahkamah jam 2.05 petang.Beliau diwajidkan hadir di mahkamah untuk pengecaman kerana Selasa Saiful menyebut namanya sebagai salah seorang yang ditemuinya sebelum membuat laporan polis pada 28 Jun 2008 mendakwa Anwar meliwatnya.


Ezam bertanya bagaimana nak kata wujudnya konspirasi antaranya dengan Saiful sedangkan pertemuan mereka pada awal pagi 27 Jun 2008 adalah yang pertama kali dan terakhir.


Katanya sebelum itu beliau tidak kenal langsung Saiful.


Pertemuan selama dua jam itu berlangsung di tempat letak kereta tidak jauh dari plaza tol Rawang di Lebuh Raya Utara Selatan setelah beliau mendapat panggilan ‘ urgent ‘ untuk bertemu juga dengannya malam itu.


Katanya ketika itu beliau dalam perjalanan pulang dari Larut,Perak selepas memberi satu ceramah politik.


“Pertemuan itu berlaku secara spontan…malah di tempat letak kereta saja…dalam dua jam begitu…antara jam 1 hingga 2 pagi.


“Saya juga tanya kenapa nak jumpa saya…kenapa tidak orang lain…jawapan beliau sudah memastikan tiada konspirasi…sebabnya beliau sudah kecewa…sebab beliau jumpa pemimpin negara, tak layan dia…jumpa polis, tak layan dia.


“Dia jumpa saya sebab merasakan saya seorang yang bertegas secara terbuka berani melawan Anwar Ibrahim…”katanya.


Ezam menceritakan bahawa pada malam pertemuan itu beliau menasihatkan Saiful supaya berjumpa ulamak untuk dapatkan nasihat dari sudut Islam.


” Saya kata ini aib bagi dirinya dan keluarga Anwar Ibrahim…kata Saiful boleh bang jumpa ulamak…tapi bang saya kena jumpa doktor dulu sebab ada barang dalam badan saya yang kena buat medical checkup .”


Menurut Ezam, Saiful memberitahunya dia nak pergi buat pemeriksaan doktor itu esoknya.


Namun katanya seperti sedia maklum selepas membuat pemeriksaan itu polis ambil keterangan dan selepas itu ia menjadi kes polis.


Katanya selepas itu mereka tidak bersua lagi.” Itu saja episod saya dengan saudara Saiful,” ujarnya.


Ezam menegaskan ini jelas menunjukkan teori konspirasi Anwar itu adalah tuduhan karut.


“Bagaimana konspirasi boleh berlaku dengan hanya satu pertemuan…hanya beberapa jam sebelum Saiful bertindak membuat laporan polis ( selepas dinasihatkan oleh doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur dimana dia jalani pemeriksaan). Biasanya konspirasi akan ambil masa yang panjang.”


“Jesteru saya ingin memberitahu Anwar Ibrahim dan Wan Azizah…cukuplah menipu orang membabitkan orang lain yang tidak berdosa dalam dosa yang dilakukan.Beliau seharusnya ke mahkamah berdepan dengan saudara Saiful sebagai orang yang jujur menjawab persoalan-persoalan asas.


“Persoalan asas... samaada dia meliwat atau tidak meliwat…itu persoalan asasnya…bukan rela ke tak rela…atau konspirasi ke.


“Saya hadir di mahkamah untuk mengingatkan Anwar hentilah perkara-perara yang merosakan negara ..rosakkan masyarakat dengan teori-teori karut.”


Menjawab soalan adakah hasil pertemuan dua jam dengan Saiful itu beliau yakin kejadian liwat itu benar-benar berlaku,Ezam berkata,”saya yakin Saiful seorang innocent victim …dia seorang jujur…bila saya cadangkan jumpa ulamak untuk selesaikan secara Islam…beliau setuju..tak nampak takut…biasanya orang kalau bohong nampak takut kalau nak jumpa ulamak.


“Saya yakin beliau berkata jujur…dan tidak ada sebab pun beliau nak bohong pada saya…apa sebab nak bohong pada saya…saya waktu itu orang biasa saja…saya bukan ada pegang jawatan apa…saya baru masuk UMNO sebulan masa tu.”


Kepada satu soalan lain beliau menjelaskan sumpah junjung Al-Quran yang dibuat oleh Saiful di Masjid Wilayah Persekutuan tidak ada kena mengena dengannya.


Katanya selepas Saiful buat laporan polis di HKL mereka tidak lagi bertemu.


Menurut Ezam semasa bertemu, Saiful ada menjelaskan salah satu sebab mengapa dia ingin berjumpa dengannya ialah kerana sumpahnya meninggalkan Anwar kerana prinsipnya sebagai orang Islam.


“Saiful tanya pada saya apakah prinsip sebagai seorang Islam itu libatkan soal liwat…saya kata ya.


“Dia tanya saya dengan siapa bang…saya kata itu aibkan Anwar dan keluarganya…saya bukan mangsa...saya kata saya simpan untuk saya…tapi saya menjawab soalan beliau…ia berhubung kait dengan perangai jijik Anwar Ibrahim…saya rasa saya tidak boleh kompromi.”


Ditanya samaada beliau sendiri ada bukti Anwar terlibat liwat,Ezam menjelaskan beliau bukan mangsa dan tidak mahu aibkan orang.


“Untuk saya memang saya yakin ( Anwar terlibat liwat) kalau tidak tak akan saya keluar (dari PKR)…saya masuk dua jail untuk bebaskan dia (Anwar)...mesti ada satu sebab besar mengapa saya tinggalkan dia…kalau tanya saya sebab apa…sebab itulah…sebab lain mungkin saya boleh tolerate tapi sebab ini kita tak boleh sebagai seorang Islam.


“Soalnya saya bukan mangsa…macam Saiful beliau boleh buat laporan sebab dia mangsa…tapi saya mendapat maklum ( tentang Anwar terlibat liwat ),”ujarnya.


Ezam juga menjelaskan setakat ini beliau tidak disenaraikan sebagai saksi kes liwat itu.Namun katanya beliau sedia jika dipanggil.

Macam tu la, nampaknya dah ada rahsia yang terdedah semasa soal jawab dengan wartawan. Bagaimanakah sekiranya Ezam disenaraikan dalam senarai saksi kes tersebut? Apakah Nuar berani komen pasal Ezam sekiranya beliau menjadi saksi di mahkamah memandangkan sebelum ini semua cabaran yang dibuat oleh Ezam satupun tak dapat dijawab oleh Nuar?

Adakah Nuar sekadar akan terdiam sebagaimana Kepala Sinki dan semua peguam tunda Nuar yang lain terdiam semasa Saiful tanya "Nak tunda lagi ke? Dah dua tahun dah." apabila Kepala Sinki berusaha mengeluarkan jurus tunda kes.

FIKIR-FIKIRKAN..

JANGAN MARAH..

Khamis, 13 Mei 2010

Kuasa Suara Ibu


Satu penyelidikan terbaru mendapati, suara ibu sudah cukup untuk menenangkan anak mereka, penemuan yang pasti memberi kelegaan dan mengurangkan rasa bersalah ibu bekerja kerana hanya dapat berhubung dengan anak melalui telefon pada kebanyakan masa.

Kajian dijalankan penyelidik Amerika yang ingin mengetahui bagaimana interaksi suara memberi kesan kepada orang tersayang, menguji paras hormon penenang oxytocin ke atas kanak-kanak perempuan yang sedang menghadapi tekanan. Seramai 61 kanak-kanak perempuan berusia antara tujuh dan 12 tahun, diminta mengaturkan satu persembahan di hadapan orang tidak dikenali dan kemudian dibahagikan kepada tiga kumpulan. Satu daripada kumpulan itu ditenangkan oleh ibu yang hadir selepas persembahan, kumpulan kedua bercakap dengan ibu masing-masing hanya melalui telefon manakala kumpulan ketiga tidak berinteraksi langsung dengan ibu mereka.

Hormon tekanan kanak- kanak berkenaan dipantau sepanjang proses itu dan penyelidik mendapati, kanak-kanak yang ditenangkan sama ada secara fizikal atau dengan suara, mengeluarkan paras oxcytocin yang sama, berbanding kumpulan kanak-kanak yang tidak berinteraksi dengan ibu mereka.

“Hasil kajian ini menunjukkan mereka yang kurang sokongan daripada keluarga dan rakan akan mempunyai tahap kesihatan yang lebih rendah.

“Interaksi suara mungkin mampu memberi kelegaan yang sama dengan hubungan secara bersemuka, termasuk sentuhan,” kata penyelidik.

Lawak Doktor

Gambar untuk hiasan saja


Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku.

Ia pulang ke rumah dengan wajah muram. Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang.

Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,

“Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan pesakit terjadi di mana-mana. Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang.”

Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.

Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,

“Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual antara doktor dan pesakitnya.”

Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih…

Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,

“Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan…”

FIKIR-FIKIRKAN..

Rabu, 12 Mei 2010

MP3 Percuma Doa Ruqyah Syariah - Pengesan Jin Dan Penawar Sihir

Apabila anda mendengar MP3 RUQYAH, adakah anda mengalami keadaan seperti berikut :-

1)denyutan jantung makin kencang
2)badan bergegar
3)ada benda bergerak-gerak bawah kulit
4)mengantuk/menguap
5)batuk
6)gelisah
7)panas di tengkuk

Jika ada mengalami sebahagian simptom2 di atas, kemungkinan besar ada jin yang menghuni tubuh anda. Penjelasannya adalah mudah, jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui saluran darah kita, ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka, lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang...Bagi pesakit-pesakit sihir pula, jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar MP3 RUQYAH SYARIAH ini. Dan bagi kes saka, kita akan terasa panas ditengkuk....

MP3 RUQYAH ini amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami pelbagai penyakit gangguan jin, kerana fadhilat ayat-ayat tersebut amat mustajab bagi mengusir jin-jin jahat/sihir serta memagar diri kita. Selain itu pesakit juga kena baca banyak-banyak dalam hati tak kira masa dan tempat zikir 'THO HA' (surah taha ayt 1) . Kesannya semasa membaca zikir itu adalah perut akan terasa mual dan seterusnya sendawa...Ini petanda segala jin-jin dalam tubuh kita beransur-ansur keluar...InsyaAllah..Dengan mendengar MP3 RUQYAH ini, insyaAllah mampu menyembuh segala penyakit misteri antaranya:

-Fikiran runsing/jiwa gelisah-menyembuhkan penyakit histeria,sihir dan saka
-Mengusir jin di dalam badan,rumah dan premis perniagaan
-Ketengangan dalam rumahtangga
-Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam
-Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa
-Anak-anak mudah mendengar kata orang tua
-Menguatkan hafalan dan pembelajaran
-Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran
-Membersihkan aura diri dan menyahkan energi-energi negatif dari badan.

CARA MENGGUNAKAN MP3 RUQYAH SYARIAH

1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).

2)Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.

3)Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.

4)Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.

5)Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.

6)Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.

TERBUKTI KEBERKESANANNYA

Ramai pengguna MP3 Ruqyah Syariyah ini telah memberi tindakbalas dan menjalani proses rawatan dengan kaedah perubatan Islam.

-Individu yang menghadapi gangguan jin telah sembuh-Ramai individu bermasalah telah pulih dan dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.

-Anak-anak yang bermasalah dari segi pelajaran telah pulih semangat dan dapat belajar dengan cemerlang.-Para suami (ketua keluarga) yang sakit telah pulih dan dapat bekerja semula dan menggembirakan para isteri.

-Para isteri yang bermasalah telah ceria dan dapat menguruskan rumah tangga dengan baik.-Hubungan adik-beradik semakin erat dan kasih sayang berterusan menyenangkan hati kedua ibu bapa.

-Golongan wanita dan lelaki yang mengalami halangan berkahwin telah bertemu titik kedamaian dan menjalani kehidupan rumah tangga dengan penuh bahagia.-Pasangan suami isteri yang sering bertelagah, kembali aman.

-Suami isteri saling menghormati antara satu sama lain. Rumah tangga kembali ceria dan bahagia.

Sila klik link di bawah untuk muatturun secara percuma

http://www.ziddu.com/download/2985099/DoaRuqyah.mp3.html

Terima kasih kerana muat turun MP3 Doa RUQYAH SYARIAH. Semoga MP3 ini dapat memberi kebaikkan kepada anda....insyAllah.

Jika ada ingin memberi sumbangan ikhlas kepada pemilik MP3 tersebut, anda boleh salurkan ke akaun Maybank 114301445781

Karpal Singh Takut Nak Soal Saiful

Kepala Sinki, ketua peguamtunda si Nuar rupanya takut nak soal Saiful di mahkamah. Semalam hanya satu soalan saja yang ditanya pada Saipul iaitu samada perkara liwat tersebut berlaku dengan kerelaan atau paksaan. Lepas tu dia cuba minta maklumat senarai saksi yang tak berkaitan langsung dengan soal balas terhadap Saipul. Tak nampak pula si kepala sinki ni cuba menafikan yang si Nuar dah liwat si Saiful. Alih-alih bagi alasan laporan polis yang dibuat oleh Saiful telah diletakkan dalam seksyen yang salah. Tu tak ada benda lain la tu selain daripada nak gugurkan kes dengan menggunakan kaedah teknikal atau paling tidak pun nak meliwat-liwatkan perbicaraan.

Sehari sebelumnya kepala sinki menggunakan teknik peguam jahat dalam filem tamil untuk menjatuhkan moral Saiful. Si sinki ni tanya Saiful pasal mandi junub dan sama ada sah atau tidak solat yang Saiful buat. Alah macam dalam cerita tamil tu, peguam jahat cuba menjatuh kredibiliti mangsa rogol supaya mangsa rogol nampak macam bukan orang baik. Dengan itu selamatlah perogol yang kaya raya dan nampak macam baik yang telah memberikan bayaran yang lumayan kepada peguam jahat tersebut. Akhinya yang bersalah ialah mangsa rogol bukannya perogol. Sebijik kan..

Kononnya kalau nak jadi mangsa liwat si Nuar ni kena mandi junub dan pastikan sembahyang sah barulah boleh diiktiraf sebagai seorang yang telah diliwat oleh Anwar Ibrahim.

FIKIR-FIKIRKAN..

JANGAN MARAH..

Selasa, 11 Mei 2010

Bomba Buat Lawak Masa Kebakaran

Dua tiga hari lepas satu kebakaran berlaku melibatkan kilang kayu bersaiz kecil di daerah Machang, Kelantan. Selepas menerima panggilan telefon pasukan bomba dan penyelamat bergegas datang ke tempat kejadian dan cuba memadamkan kebakaran.

Apa yang melucukan ialah sebaik sahaja kebakaran cuba dipadamkan didapati air tidak keluar dan bila diperiksa rupanya tangki yang dibawa bersama jentera bomba tersebut sudah kekeringan air.

Pasukan bomba bergegas ke bandar Machang untuk mengisi tangki air yang kosong. Selang beberapa lama kemudian bomba kembali ke tempat kejadian dan cuba sekali lagi untuk memadamkan kebakaran tersebut. Tetapi memang nak dijadikan cerita "hose" untuk menyalurkan air pula pecah menyebabkan bomba tidak dapat menyemburkan air. Akhirnya kilang kayu tersebut sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

Nak harapkan pili bomba di kebanyakan daerah di negeri Kelantan memang sudah difahami benar oleh penduduknya. Sebab itu kebanyakan penduduk di negeri itu menjadikan trend baru untuk mendapatkan sumber air bagi keperluan harian mereka iaitu dengan mendapatkan sumber air bawah tanah. Itupun bagi yang mampu. Apakah penduduk Kelantan juga perlu mula memikirkan keperluan sumber air bawah tanah sebagai persediaan untuk memadamkan kebakaran? Bayangkan sekiranya kajadian tersebut terjadi kepada kita.

FIKIR-FIKIRKAN..

JANGAN MARAH..

Asal Usul Panggilan Misi Kepada Jururawat

Banyak yang diperkata tentang kerjaya seorang jururawat tetapi mungkin ramai tidak tahu kenapa seorang jururawat secara umumnya dipanggil atau dikenali sebagai 'Misi' oleh orang ramai?

"Tidak siapa yang betul-betul tahu dari mana asalnya panggilan itu dalam profesion kejururawatan tempatan atau kenapa jururawat dikenali sebagai 'Misi'," menurut seorang pesara jururawat, Anne Frances.

Bagi Frances, di Malaysia panggilan 'Misi' terhadap seorang jururawat mungkin muncul pada zaman penjajahan oleh pihak British.

"Dalam Bahasa Inggeris, 'Missy' ialah panggilan terhadap wanita muda atau anak gadis. Pada zaman kolonial, doktor British akan memanggil jururawat muda sebagai 'Missy'. Ia satu cara yang sopan bagi menyapa seorang jururawat yang anda tidak tahu namanya.

"Jadi di hospital ketika itu, adalah perkara biasa bagi kita memanggil jururawat sebagai 'Missy' tidak kira siapa namanya yang sebenar," kata beliau.

Kata Frances lagi, penduduk tempatan termasuk masyarakat Melayu kemudian menjadi serasi dengan panggilan ini yang kemudian bertukar menjadi 'Misi' sehinggalah ke hari ini

Isnin, 10 Mei 2010

Faedah Bank Bukan Riba..

Bila orang berselisih pendapat dan berdebat dengan hukum riba atau faedah bank aku teringat pula ayat BANK TANPA FAEDAH..pastinya orang indonesia kata buat apa simpan duit dibank sebab tak ada faedah [tak de gunanya].
Dari satu generasi ke satu generasi perdebatan mengenai hukum faedah bank/bunga bank berterusan hingga ke hari ini.

Masyarakat awam menjadi pening untuk memahami keadaan yang sebenarnya tentang perkara ini.Terjadi juga pada golongan agamawan sendiri sebenarnya mereka mengambil dari sumber atau Nas yang betul tetapi penyampaian dan kefahamannya sendiri adalah disalah ertikan dan berlaku keputusan secara muktamad.Kerana apa ? Berpunca daripada hanya dari pembacaan semata-mata dan mengambil ilmu daripada ulama yang hatinya mati.

Teringat pula kata-kata Syeikh Faidhi [India]..Naib Tareqah Ad-Dasuqiah Al-Muhammadiah di Kota Kaherah sewaktu ketika dulu..menurutnya,ramai antara lepasan Al-Azhar [bukan saja azhari bahkan golongan yang belajar agama] membawa pulang 3 Perkara :
1-Kitab/Buku.
2-Syahadah/Sijil.
3-Hati yang mati.
Maksudnya cukup mendalam dan tersirat apabila difikir2kan dan jika penulis ungkaikan di sini.
Berbalik kepada isi pokok yang ingin dibicarakan adalah kesalahfahaman tentang riba dan sekaligus adanya maslahat secara peribadi seseorang penyampai itu sehinggakan merugikan orang lain.
Keharaman riba sudah disepakati oleh seluruh ulama’ di utara,timur,selatan dan barat, Allah berfirman: “Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda”.

Penafsiran kadar faedah bank juga dianggap perbuatan riba,padahal perbuatan itu dikatakan riba apabila memenuhi dua syarat; iaitu :
1-Adanya unsur paksaan
2-Unsur penipuan.

Apabila keduanya tidak ada dalam mu’amalat maka tidak sah untuk kita katakan riba,melihat secara umumnya kaedar faedah bank yang berlaku sekarang ini sebenarnya dalam lingkungan batas-batas yang wajar dan ia terjadi tanpa adanya unsur paksaan ataupun penipuan, maka hukumnya adalah 100% halal.
Sekali lagi ditegaskan, riba dikatakan riba apabila mengandung unsur paksaan atau penipuan.Bagaimana ?

Jom kita menilai dan berfikir dengan 2 Kejadian Kes yang mengandungi Kes Paksaan dan Kes Penipuan.
Contoh Kes Paksaan: Apabila si A yang mesti menjalani pembedahan di hospital yang apabila ia tidak mengikutinya maka akan membahayakan nyawanya, namun si A ini tidak punya wang sedikitpun atau tidak mencukupi, akhirnya terpaksa meminjam wang dari si B untuk pembiayaan kos operasi tersebut,
Kemudian si B ini memberi syarat-syarat yang berlebihan dan tidak masuk akal serta membebankan si A untuk membayar balik kadar pinjaman tersebut, sekaligus memaksanya untuk memenuhi syarat-syarat tersebut sedangkan si A dalam keadaan sakit, menderita dan sangat memerlukan pembiayaan. Inilah yang disebut riba.
Contoh Kes Penipuan: Apabila si A tidak tahu membaca dan menulis kemudian meminjam wang dari si B, kemudian si B menulis dalam surat perjanjian yang jika dilihat mengandungi unsur-unsur penipuan ke atas si A dan membebankan serta tidak difahami oleh si A, akhirnya si A terkejut sewaktu tempat pembayaran balik dan tidak mampu lagi untuk menolak bukti tertulis tersebut yang membebankan, membingungkan dan merugikannya. Ini juga disebut riba.
Allah berfirman: “Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu memakan harta sesamamu dengan bathil” yakni dengan paksaan atau penipuan atau kedua-duanya.

Adalah kurang tepat apabila hal yang sederhana memberikan batasan bahawa erti riba hanyalah tambahan daripada keuntungan semata-mata. Riba dikatakan riba apabila tambahan atau keuntungan itu merugikan orang lain dengan cara menipunya atau memaksanya.

Apabila berdasarkan kata sepakat dan setuju dari kedua belah pihak yang sama-sama menerima dengan senang hati dan memahami inti mu’amalat antara keduanya, maka tidak sah dikatakan riba[kerana saling redha meredhai] firman Allah : Illa an takun tijaratin `an taradhin]. Sedangkan perkara ini berlaku mengenai faedah bank.

Tidak ada yang memaksa dan tidak ada yang terpaksa. Tidak ada yang menipu dan tidak ada yang tertipu. Penyimpan wang [Penabung] tidak memaksa bank untuk memberi kadar faedah/bunga, Pihak Bank juga tidak memaksa penabung untuk menerima kadar faedah/bunga. Tidak ada pula unsur penipuan antara penabung dan pihak bank, sebab bunga itu aktif dimaklumkan kepada penabung tanpa ada unsur ketersembunyian.

Pernikahan tidak akan sah tanpa ijab dan qabul meskipun maharnya berjuta-juta dolar, apabila ada ijab dan qabul maka pernikahanya sah walau maharnya cuma beberapa ringgit saja,Rasul bersabda: “Berilah mahar walau hanya secincin besi”. Ertinya: persetujuan kedua pihak dalam segala jenis mu’amalat adalah menghalalkan dan mengesahkan mu’amalat tersebut selama tidak ada paksaan, tidak ada penipuan dan tidak melampaui batas-batas yang sudah digariskan syari’at islam.
“Tidak ada paksaan dalam agama” demikian firman Tuhan dalam Qur’an-Nya, bagi yang tidak mahu menerima kadar faedah bank, maka itu haknya walau akibatnya keuntungan bank terus membengkak dan meledak bila tidak diserahkan kepada para penabung (para pemiliknya).

Allah berfirman: “Sungguh celaka orang-orang yang curang, yang apabila menerima tawaran dari orang lain mereka minta dipenuhi, dan apabila mereka menawar untuk orang lain mereka mengurangi”. Allah juga berfirman: “Tidakkah kau melihat orang-orang yang manjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya?”.
Untuk menjelaskan maksud kedua ayat di atas cukup dengan melihat kenyataan yang terjadi dalam fatwa-fatwa yang hanya berdasarkan hawa nafsu para mufti. Sebagaimana diceritakan bahawasanya seseorang bertanya kepada mufti tentang hukum dinding rumah yang dikencing oleh seekor anjing, mufti menjawab: “Harus diruntuhkan dan buat dinding baru”, penanya kemudian melanjutkan: “Tetapi anjing itu kencing di dinding rumah tuan mufti?”, mufti lalu menjawab: “Cukup dengan percikan air saja” !!

Ketika Sayyid Tantawi (Syeikh Azhar) menfatwakan halalnya faedah bank, para ulama’ Azhar segera membantahnya padahal majoriti mereka yang bertaraf pekerjaan sebagai perundingan kewangan di beberapa bank Arab Saudi dan mendapatkan banyak keuntungan ribuan dolar. Namun ketika itu salah seorang daripada mereka tidak lagi menerima banyak keuntungan dari bank,ia datang kepada Syeikh Azhar dan mengakui kebenaran fatwanya !! Sayangnya pengakuan tersebut sudah terlewat.!!

Orang-orang yang mendirikan dan membangun bank-bank islami adalah orang-orang yang sangat mantap !! kerana mereka seolah-olah menuduh bank-bank lain telah melanggar tuntunan dan tuntutan syari’at islam, dan merasa benar sendiri. Padahal semua bank sama, tidak ada yang dinamakan sebagai bank kristian, bank yahudi, bank hindu, bank buddha, bank atheis atau bank-bank yang lain, lalu mengapa ada bank islami ?!? Amat disayangkan bila fatwa-fatwa yang beredar hanyalah fatwa banki dan bukan fatwa syar’i !!

Rasulullah Saw. bersabda: “Permudahlah dan jangan persulit”. Kemudahan di sini adalah intisari agama yang dapat dirangkum menjadi dua point iaitu:
1-Tidak menyekutukan Allah (inti semua ibadat) dan
2-Tidak memudaratkan / menyakiti / merugikan orang lain (inti semua mu’amalat). Bila kedua point di atas sudah dipenuhi oleh seorang hamba maka keislamannya sudah cukup normal.

Sumber :

1. Perbincangan dan Pengajian Maulana Syeikh Mukhtar Ali Muhammad al-Dusuqi Ra. (Syeikh Tarekat Dusuqiyah Muhammadiyah).
2. Akhbar al-Buhairah wal-Aqalim Mesir edisi 135 tahun 2004.
3. Akhbar Shautul-Ummah Mesir edisi 12 Januari 2004 dan 15 Maret 2004.
4. Perbincangan dan Pengajian Bersama Sidi Syeikh Sofwat

FIKIR-FIKIRKAN..
(dicilok dari blog ALAM ILMI untuk dikongsi)

Jumaat, 7 Mei 2010

Lebih Senang Memantau Janji Orang Lain Daripada Menunaikan Janji Sendiri

Kerja yang berkaitan dengan pemantauan memang disukai oleh ramai orang. Kalau boleh semua orang ingin diletakkan dalan Jawatankuasa Pemantauan dalam sesuatu projek daripada diletakkan dalam Jawatankuasa Kerja. Ini adalah kerana Jawatankuasa Pemantauan hanya perlu memastikan kerja-kerja yang dirancang oleh Jawatankuasa Kerja dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya untuk memastikan kejayaan sesuatu projek. Manakala Jawatankuasa Kerja pula perlu merancang setiap kerja sebelum cuba melaksanakannya sebaik mungkin. Dari segi hirarkinya pula Jawatankuasa Pemantauan sudah semestinya mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dan ahli Jawatankuasa Kerja tidak perlu sibuk-sibuk nak ambil tahu apa yang dibuat oleh oleh Jawatankuasa Pemantauan.

Atas dasar itulah beberapa hari lepas seorang Naib Presiden PAS (Pembohongan Asas Strategi) iaitu Salahuddin Ayub telah menegaskan bahawa beliau merancang untuk memantau semua janji-janji BN semasa PRK Hulu Selangor. Terfikir oleh kita kenapa hanya perlu memantau janji yang dibuat oleh BN? Apakah janji-janji yang dibuat oleh PR (Penipu Rakyat) tak perlu dipantau? Apakah disebabkan kedudukan mereka lebih tinggi di Selangor iaitu sebagai Kerajaan Negeri, maka hanya mereka yang layak memantau janji orang lain? Adakah kerana nama mereka adalah PR (Penipu Rakyat) maka mereka tidak perlu menunaikan janji? Atau adakah mereka sememangnya tidak pernah menjanjikan apa-apapun kepada rakyat Selangor sehinga mereka telah dapat merambas Negeri Selangor daripada BN pada PRU ke-12 yang lepas?

Apa kata kita semua terutamanya rakyat Selangor sendiri cuba pula memantau janji-janji yang dibuat oleh PR (Penipu Rakyat) dan apa yang telah berjaya dilaksanakan oleh mereka. Rakyat berhak memantau janji Kerajaan Negeri kerana kedudukan rakyat yang lebih tinggi. Rakyatlah yang telah memilih Kerajaan Negeri. Di bawah ini saya telah sediakan Manifesto yang dijanjikan oleh PR (Penipu Rakyat) untuk menawan hati rakyat Selangor pada PRU Ke-12 pada tahun 2008. Klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas.



Berdasarkan pemerhatian saya, sebaik sahaja BN memenangi PRK Hulu Selangor beberapa janji yang dibuat semasa kempen pilihan raya telah dilaksanakan. Apa pula yang dibuat oleh PR (Penipu Rakyat) selepas dua tahun mereka memerintah Negeri Selangor? Adakah rakyat Selangor hanya sekadar ditipu oleh penipu? Hanya penipu, orang yang ditipu dan Yang Maha Kuasa sahaja yang mengetahuinya.

FIKIR FIKIRKAN..

JANGAN MARAH..

Rabu, 5 Mei 2010

Keluarga Yang Bersalah Punca Polis Tembak Pelajar



Dalam seminggu ini satu negara heboh memperkatakan tentang satu kejadian di mana seorang pelajar berusia 15 tahun telah ditembak mati oleh anggota polis yang sedang menjalankan tugas.

Perkara ini menjadi berita hangat disebabkan mangsa adalah seorang pelajar 15 tahun manakala pihak yang melepaskan tembakan adalah anggota polis. Sekiranya mangsa adalah anggota polis atau di kalangan orang awam dan pihak yang melepaskan tembakan pula adalah merupakan pemimpin parti pembangkang saya amat pasti insiden tersebut tidak akan diperbesar-besarkan sebegini rupa dan dalam keadaan tersebut hampir pasti yang akan dipersalah adalah mangsa yang telah meninggal dunia. Pendek kata pusing ke mana sekalipun yang salah adalah polis dan yang sentiasa betul adalah pembangkang kerana mereka adalah PR (penipu rakyat).

Berdasarkan sidang media yang dibuat oleh saksi utama kejadian tersebut yang berada bersama-sama mangsa semasa kejadian berlaku, polis telah mengarahkan mereka memberhentikan kenderaan tetapi mangsa terus memandu menyebabkan polis bertindak menembak tayar kereta yang mereka naiki. Bagaimanapun mangsa tidak menghiraukan keadaan keretanya yang telah pancit dan meneruskan pemanduan dengan alasan untuk balik ke rumah. (apa la polis ni, orang nak balik ke rumah pun kejar. Lain kali sebelum kejar tanya dulu nak ke mana. Kalau jawapannya nak merompak ke, nak bunuh orang ke baru la boleh kejar. Jangan lupa tanya sekali umur berapa tahun...). Akhirnya polis melepaskan satu lagi tembakan dan mengenai bahagian belakang kepala mangsa yang menyebabkan mangsa meninggal dunia.

Mengikut saksi utama itu lagi, semasa hendak menyerahkan diri lima orang anggota polis tersebut telah membelasahnya menyebabkan dia telah mengalami kecederaan di tangan sebelum dapat melarikan diri. (apa punya polis ni, lima orang belasah budak umur 15 tahun seorang, cedera kat tangan je? Dapat lepas lari lagi tu...). Mungkin kelima-lima anggota polis kepenatan selepas membelasah saksi dengan sepenuh hati dan saksi yang menyimpan tenaga semasa dibelasah menggunakan sepenuh tenaga untuk melarikan diri.

Terdahulu kereta mangsa telah dikejar oleh kumpulan bermotor disebabkan pergeseran yang berlaku antara kereta mangsa dengan sebuah kenderaan lain. Mangsa sebelum itu telah keluar minum bersama seorang kawan dengan menggunakan kereta kakaknya tanpa kebenaran dan sempat menolong seorang kawan lain yang mengalami masalah motornya yang rosak.

Cuba kita bayangkan sekiranya polis melepaskan kereta tersebut begitu sahaja dan kereta tersebut rupanya dipandu oleh penjenayah yang baru saja selesai merompak, merogol dan membunuh dan mangsa rompakan adalah keluarga pelajar 15 tahun tersebut, siapa yang akan dipersalahkan? Pasti polis juga akan disalahkan sebab tidak dapat menangkap penjenayah. Sekiranya mangsa yang ditembak mati tersebut memang penjenayah sekalipun PR (penipu rakyat) akan datang membantu keluarga penjenayah yang ditembak dan sekali lagi polis akan dipersalahkan. Mereka tak akan pedulikan langsung mangsa jenayah yang dirompak, dirogol dan dibunuh tersebut kerana tidak akan memberikan sebarang keuntungan politik kepada mereka.

Berbalik kepada tajuk asal. Yang menjadi persoalan saya di sini ialah sekiranya mangsa dikejar sekumpulan bermotor dan semasa melarikan diri mangsa ternampak kereta peronda polis, kenapa tidak berhenti saja dan dapatkan bantuan polis tersebut.

Kesimpulannya mangsa tidak berhenti untuk mendapatkan bantuan polis disebabkan mangsa tidak mempunyai lesen memandu. Kenapa pelajar yang tidak mempunyai lesen memandu dibenarkan/dibiarkan memandu kenderaan tak kira la pada awal pagi ke, bila ke.. Sekiranya keluarga tak sedar/tidak beri kebenaran kepada mangsa untuk memandu tetapi mangsa berdegil dan tetap curi-curi keluar memandu, SIAPA YANG SALAH?

MUNGKIN POLIS JUGA YANG SALAH SEBAB TAK BERJUANG SUPAYA BUDAK UMUR 15 TAHUN DAPAT LESEN MEMANDU. FIKIR-FIKIRKAN..

JANGAN MARAH..

Selasa, 4 Mei 2010

Mudahnya Mencipta Persepsi

Alhandulillah selepas puas membaca blok orang lain akhirnya saya diberi ruang dan gerak hati oleh Yang Maha Kuasa untuk cuba menulis blog sendiri.

Pada penulisan pertama ini saya ingin menarik perhatian pembaca mengenai mudahnya mencipta atau mewujudkan persepsi. Sebenarnya ramai yang sudah tahu pasal perkara tersebut. Cuma apa salahnya jika saya ulang lagi sekali.

Untuk mewujudkan persepsi hanya perlukan seorang yang meyampaikan maklumat dan ada pula orang yang sudi mendengarnya. Maklumat tersebut pula tak semestinya betul dan boleh direka-reka. Syaratnya maklumat tersebut disampaikan secara berulang-kali di mana saja dan pada bila-bila masa, walaupun kepada pendengar yang sama sekalipun. Tambah lagi jika tidak ada orang yang nak menyangkal, lagi senang kerja.

Kebelakangan ini teknik mewujudkan persepsi ini digunakan dengan begitu meluas sekali terutamanya oleh orang politik. Sebabnya tak lain tak bukan adalah untuk mengalihkan isu.

Pada pendapat saya orang politik yang menggunakan teknik ini adalah orang politik yang jahat yang mana mereka menganggap masyarakat sekarang bodoh. Mereka terpaksa senangtiasa mewujudkan persepsi baik untuk diri mereka dan puak mereka di samping mewujudkan persepsi buruk kepada lawan kerana jika mereka tidak berbuat demikian kejahatan mereka akan dapat dihidu oleh masyarakat.

Tetapi apa yang malangnya masyarakat kita telah berjaya membuktikan yang mereka betul-betul bodoh dengan lebih percaya kepada persepsi berbanding mencari bukti untuk mengesahkan bahawa mereka bukan bodoh.

SEKIAN PENDAPAT SAYA KALI NI..
JANGAN MARAH..