Sabtu, 10 Mac 2012

PAS

Seorang lelaki memasuki kedai serbaneka lalu meletakkan RM20  di atas kaunter untuk meminta menukarkan wang yang lebih kecil.

Apabila pekerja membuka laci tempat simpanan wang, lelaki itu pantas menunjukkan senapang dan meminta kesemua wang tunai di dalam laci itu diserahkan kepadanya. Pekerja terbabit menurut arahan itu.

Lelaki itu kemudian mengambil kesemua wang tunai yang diserahkan dan meninggalkan RM20 miliknya di kaunter.

Jumlah wang tunai yang berjaya dilarikannya adalah RM15.

Pada pendapat saya itulah yang yang akan terjadi pada PAS pada PRU ke-13 nanti. Dek kerana terlalu ghairah untuk merampas Putrajaya, Kelantan dan Kedah pula terlepas ke tangan BN.

Pesan saya, dalam mengejar kedudukan dan kuasa di dunia jangan sampai pinggirkan agama Islam yang suci.

FIKIR-FIKIRKAN..

JANGAN MARAH..