Ceritanya senang dan ringkas sahaja. Gambar separuh bogel Y. B. Elly Wong yang menampakkan benda yang tak patut ditengok telah tersebar dan menjadi bahan bualan di mana-mana saja.
Dengan tak malunya Elly Wong buat-buat malu dan telah membuat laporan polis dengan menuduh si lelaki ni yang tak bertanggungjawab menyebarkan gambar tersebut. Kelam kabut la pihak polis menyiasat dan mengesan lelaki tersebut.
Untuk menampakkan dia betul-betul malu dia buat-buat nak letak jawatan. Ramai lah kawan-kawan dia buat-buat pujuk beliau. Asal ada orang pujuk saja Elly Wong terus tak jadi letak jawatan.
Tub-tub terdedah berita bahawa lelaki yang sebarkan gambar tak senonoh tersebut adalah teman lelaki Elly Wong sendiri. Khabarnya sering tidur bersama. Sebab itulah macam tu punya gambar pun boleh dapat.
Terbaru pulak lelaki tersebut ditangkap oleh polis Indonesia sebab nak memohon pasport dengan menggunakan dokumen palsu dan dia telah mengaku bahawa perbelanjaannya di Indonesia adalah ditanggung oleh Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat Selangor buat-buat terkejut dan katanya akan siasat perkara tersebut.
Kesimpulannya macam gini.
Elly Wong, ahli parlimen Pakatan Rakyat tuduh teman sekatilnya seorang lelaki Melayu yang merupakan ahli Pakatan Rakyat telah sebar gambar separuh bogelnya dan dia sangat malu.
Elly Wong buat laporan polis kononnya telah dianiaya. Siap bawak tukang menangis lagi dari kalangan ahli Pakatan Rakyat jugak. Juara menangis dimenangi oleh muslimah PAS (Parti Adat dan Sukan).
Pakatan Rakyat suruh lelaki tersebut melarikan diri ke Indonesia dan segala perbelanjaannya semasa di sana akan ditanggung oleh Pakatan Rakyat.
Kesimpulannya lagi.
Pakatan Rakyat suruh polis tangkap lelaki tu - Pakatan Rakyat jugak suruh lelaki tu lari ke Indonesia. Siap perbelanjaan ditanggung lagi.
Ni Pakatan Rakyat ke pakatan apa ni.
Kesimpulannya lagi sekali.
Setelah beberapa kesimpulan dibuat baru lah boleh dibuat kesimpulan yang sebenar.
Semua benda yang dibuat oleh Pakatan Rakyat ni rupanya saja dibuat-buat jer. Cuma penyokong mereka saja yang buat-buat tak tahu.
Patutlah Pakatan Rakyat suka tuduh orang lain berkonspirasi (buat-buat). Rupa-rupanya...
FIKIR-FIKIRKAN...
JANGAN MARAH..
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
10 tahun yang lalu