Ahad, 22 April 2012

PAS Lagi


Di satu petang A berjumpa dengan B, seorang pengembala kambing biri-biri.

A : Ternakan biri-biri pakcik semuanya sihat-sihat belaka. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?

B : Boleh apa saja.

A : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?

B : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

A : Yang putih.

B : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.

A : Yang hitam?

B : Yang hitam pun sama..

A : Berapa banyak pulak rumput biri-biri ni makan setiap hari?

B : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

A : Yang putih.

B : Ohh, kalau yang putih makan lebih kurang empat kilogram rumput setiap hari.

A : Yang hitam macam mana pula?

B : Yang hitam pun sama..

A : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?

B : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

A : Yang putih.

B : Aaa.. Yang putih hasilkan sekitar enam kilogram bulu setiap tahun.

A : Dan yang hitam?

B : Yang hitam pun sama..

A : Kenapa pakcik bezakan biri-biri pakcik, padahal jawapan semuanya sama saja?

B : Mestilah sebab biri-biri yang putih tu pakcik yang punya.

A : Ooo, macam tu ke. Habis tu biri-biri hitam siapa tuannya?

B : Yang hitam pun sama..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cerita kat atas tu sebijik macam PAS. Dah macam tu dan hanya itu lah cara PAS nak tonjolkan dirinya. Nak ungkitkan kebaikan yang mereka lakukan tak boleh sebab memang tak ada langsung. Kesudahannya mereka hanya mampu burukkan apa saja yang Kerajaan lakukan.

Anehnya bila dapat peluang mereka buat benda yang sama jugak. PAS sebenarnya bukan tak suka apa yang BN buat, tapi dengki sebab tak dapat. Sebab itu kalau dapat mereka pun buat. Apa yang PAS buat? Banyak.. Dari yang dituduh salahguna kuasa sampailah yang dituduh kafir..

FIKIR-FIKIRKAN..

JANGAN MARAH..



Sabtu, 10 Mac 2012

PAS

Seorang lelaki memasuki kedai serbaneka lalu meletakkan RM20  di atas kaunter untuk meminta menukarkan wang yang lebih kecil.

Apabila pekerja membuka laci tempat simpanan wang, lelaki itu pantas menunjukkan senapang dan meminta kesemua wang tunai di dalam laci itu diserahkan kepadanya. Pekerja terbabit menurut arahan itu.

Lelaki itu kemudian mengambil kesemua wang tunai yang diserahkan dan meninggalkan RM20 miliknya di kaunter.

Jumlah wang tunai yang berjaya dilarikannya adalah RM15.

Pada pendapat saya itulah yang yang akan terjadi pada PAS pada PRU ke-13 nanti. Dek kerana terlalu ghairah untuk merampas Putrajaya, Kelantan dan Kedah pula terlepas ke tangan BN.

Pesan saya, dalam mengejar kedudukan dan kuasa di dunia jangan sampai pinggirkan agama Islam yang suci.

FIKIR-FIKIRKAN..

JANGAN MARAH..

Khamis, 9 Februari 2012

Pakatan Apa Yang Pakatan Rakyat Buat?

Ceritanya senang dan ringkas sahaja. Gambar separuh bogel Y. B. Elly Wong yang menampakkan benda yang tak patut ditengok telah tersebar dan menjadi bahan bualan di mana-mana saja.

Dengan tak malunya Elly Wong buat-buat malu dan telah membuat laporan polis dengan menuduh si lelaki ni yang tak bertanggungjawab menyebarkan gambar tersebut. Kelam kabut la pihak polis menyiasat dan mengesan lelaki tersebut.

Untuk menampakkan dia betul-betul malu dia buat-buat nak letak jawatan. Ramai lah kawan-kawan dia buat-buat pujuk beliau. Asal ada orang pujuk saja Elly Wong terus tak jadi letak jawatan.

Tub-tub terdedah berita bahawa lelaki yang sebarkan gambar tak senonoh tersebut adalah teman lelaki Elly Wong sendiri. Khabarnya sering tidur bersama. Sebab itulah macam tu punya gambar pun boleh dapat.

Terbaru pulak lelaki tersebut ditangkap oleh polis Indonesia sebab nak memohon pasport dengan menggunakan dokumen palsu dan dia telah mengaku bahawa perbelanjaannya di Indonesia adalah ditanggung oleh Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat Selangor buat-buat terkejut dan katanya akan siasat perkara tersebut.

Kesimpulannya macam gini.

Elly Wong, ahli parlimen Pakatan Rakyat tuduh teman sekatilnya seorang lelaki Melayu yang merupakan ahli Pakatan Rakyat telah sebar gambar separuh bogelnya dan dia sangat malu.

Elly Wong buat laporan polis kononnya telah dianiaya. Siap bawak tukang menangis lagi dari kalangan ahli Pakatan Rakyat jugak. Juara menangis dimenangi oleh muslimah PAS (Parti Adat dan Sukan).

Pakatan Rakyat suruh lelaki tersebut melarikan diri ke Indonesia dan segala perbelanjaannya semasa di sana akan ditanggung oleh Pakatan Rakyat.

Kesimpulannya lagi.

Pakatan Rakyat suruh polis tangkap lelaki tu - Pakatan Rakyat jugak suruh lelaki tu lari ke Indonesia. Siap perbelanjaan ditanggung lagi.

Ni Pakatan Rakyat ke pakatan apa ni.

Kesimpulannya lagi sekali.

Setelah beberapa kesimpulan dibuat baru lah boleh dibuat kesimpulan yang sebenar.

Semua benda yang dibuat oleh Pakatan Rakyat ni rupanya saja dibuat-buat jer. Cuma penyokong mereka saja yang buat-buat tak tahu.

Patutlah Pakatan Rakyat suka tuduh orang lain berkonspirasi (buat-buat). Rupa-rupanya...

FIKIR-FIKIRKAN...

JANGAN MARAH..